MB Nizar: Antara Zakat dan Camry

Berikut adalah nukilan MB Perak,Dato’ Seri Nizar Jamaluddin sebelum memenangi pilihanraya yang lepas dalam blognya:

Apa perlu bayar zakat fitrah pada amil kerajaan ?

Adakah kerajaan membahagikan kutipan kepada semua 8 asnaf?
Jika ia, namun kenapa masih ramai umat Islam di perkampungan yang miskin papa kedana?
Ini membuktikan bahawa jutaan zakat fitrah yang diterima tidak diagihkan sama rata untuk menolong umat!

Lebih baik jika kita sendiri yang beri kepada mana-mana 8 asnaf secara direct. Ini lebih memudahkan dan selamat.

Fikirkan! Telah 40-50 tahun beri kepada amil Majlis atau Jabatan Agama, namun tiada perbezaan.

Tiba masanya untuk kita merenung kembali sama ada awla kita bagi pada kerajaan sedangkan kita tahu pihak mereka tidak mengagihkan sama rata!
Bukan penyokong BN mengalami kesukaran mendapat bantuan. Adakah ahli atau penyokong BN ?

Hari ini, MB Nizar seolah-olah lupa dengan nukilannya beberapa bulan sebelum memenangi pilihanraya. Ternyata,MB Nizar lupa akan ngomelannya sendiri dalam blognya,Kamparinn Blogspot.

MB Nizar sekarang ingin membeli 16 buah kereta Toyota Camry 2.4. Didedahkan lagi bahawa pada sewaktu heboh MB Terengganu ingin menukar kereta,MB Nizar berkata:

“perbelanjaan penyelengaraan kereta rasmi kerajaan Perak tidak setinggi Terengganu malah peruntukan untuk penyelenggaraan kereta yang tidak digunakan boleh dibawa masuk ke perbelanjaan rakyat. “

nizar

Amat memalukan bagi penulis apabila melihat MB Nizar sudah lupa tentang ramai umat Islam Perak yang miskin papa kedana.

Apatah lagi didedahkan oleh Proton sendiri hanya 3 buah kereta Proton Perdana dihantar ke Pusat Servis Proton semenjak Nizar mengambil alih kerusi MB.

Kita hairan,kenapa MB Nizar begitu tergesa-gesa membuat penukaran tersebut?

Mungkin sesetengah pihak menganggap semangat patriotik tidak hanya digambarkan melalui kereta yang dipakai.

Tetapi,adakah patriotik seorang yang dulunya amat terasa kepapaan rakyat di kampung,tiba-tiba yang ternukil dimulutnya belilah Toyota Camry 2.4?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: