Namakan Calon 1 Jan:Bukti PAS Hadapi Kemelut!

Haji Hadi telah bersuara apabila UMNO mencalonkan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh. Bernama dan Malaysiakini melaporkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi telah mengisytiharkan bahawa PAS hanya akan mengumumkan siapakah calon bagi pilihanraya kecil Kuala Terengganu pada 1 Januari. Perkara ini ditelah oleh ramai orang sebagai terlampau lewat. Ini turut disiarkan sebagai sebuah artikel dalam laman Tranungkite semalam.

hadi

Haji Hadi adalah di antara pemimpin yang mengetuai Pro-Muqabalah.Oleh itu, puak Erdogan  amat tidak menyenangi kepimpinannya dalam PAS

Presiden PAS tersebut seolah-olah bermain teka-teki dengan para pemberita tentang siapakah calonnya. Kononnya, seperti bermain Seni Perang ala Sun Tzu.Tetapi, tindakan Haji Hadi mencerminkan kemelut Erdogan PAS dan Pro-Muqabalah yang semakin memuncak.

Teka-teki bermain seperti menolak Mat Sabu sebagai pilihan apabila ditanyakan soalan tersebut:

Abdul Hadi berkata: “(Sama ada) Mat (Mohamad) Sabu, Nasharuddin atau Salahuddin…1 Januari.”

Namun, Erdogan PAS mungkin tersenyum tetapi berhati-hati apabila dikatakan oleh Presiden PAS itu bahawa calonnya sebagai ‘seorang profesional dan berjiwa rakyat’.Namun, jika benar calonnya adalah Syed Azman, apa bezanya diumumkan 21 Disember ataupun 1 Januari?

Hemat penulis jikalau dinasabkan calonnya seorang professional buat masa ini,tentulah Mat Sabu boleh ditolak ketepi,kecuali kalau Haji Hadi berbohong yang boleh dijadikan isu untuk PRK kelak.Sementelahan itu, di Tranungkite sudah bergegak gempita bahawa Syed Azmanlah pilihan PAS melihat beberapa artikelnya seperti Syed Azman Harapan dan Penghalang dan PARLIMEN KUALA TERENGGANU “WAN LAWAN SYED”.Lobi yang kuat ini tidak lain dan tidak bukan adalah dari unsur-unsur Erdogan tetapi ditulis dengan cukup lembut dan berhemah supaya tidak menimbulkan syak dari Pro-Muqabalah di laman mereka sendiri.

Mungkinkah Haji Hadi tidak boleh mendedahkan siapa sebenarnya calon PAS kerana bimbang sabotaj dari Erdogan?Datuk Mustafa Ali juga sebenarnya adalah profesional dan bukannya ulama’.Ataupun calonnya adalah seorang bekas pensyarah UPM yang ditarbiyyah mengikut manhaj PAS bukan seperti sesetengah anak pimpinan PAS yang dilatih IRC/JIM/Alami?

Oleh itu, taktik Haji Hadi ini sebenarnya bukanlah untuk mengelirukan UMNO kerana sesiapa pun sama sahaja bagi lawan PAS itu.Tetapi, muslihat Haji Hadi ini lebih dihunuskan kepada puak Erdogan PAS untuk mengelirukan mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: