Pasca TAMPAN:Pembahagian Islah dan Bina’,Diskriminasi Siswi AI Ke Atas Bukan AI?

Dan berkatalah (sebahagian) golongan sufaha’ tersebut, biarkan sahaja perkaderan JIK/PMI diteruskan kerana ia laksana telur ayam oleh sang ibu ayam. Jangan kerana sebiji telur yang busuk,maka dihukumkan semua ayam dan seluruh telur-telurnya berbahaya untuk dimakan. Maka disambung oleh (sebahagian) golongan sufaha’, kenapa harus dikisahkan TAMPAN itu, kenapa tiada susah penulis menukilkan hukum-hakam ke atas gegar U, sureheboh dan seumpama dengannya. Lantas, dikatakan oleh sang manusia yang safih itu eloklah dibiarkan sahaja mahasiswa-mahasiswi PMI/JIK berpalitan najis dan mencapai klimaks secara luar tabi’i itu di alam mahasiswa dengan bantuan TAMPAN tersebut.

Tiadalah yang paling dirisaukan oleh para ulama’ salafussoleh kepada umat melainkan apabila perkara bid’ah dan dosa dianggap sebagai sunnah dan ajaran ugama. Hukum konsert serta percampuran lelaki wanita ajnabi (lebih syadid lagi kalau dikupas di Kedai Sajian Bonda PMIUM) adalah jelas haram, dan mereka yang terlibat tahu ianya haram dan tidak disukai oleh agama. Tetapi, jikalau perkara yang haram tetapi disalut dengan nama ugama dan perhiasan-perhiasan untuk menampakkan bahawa ianya sunnah, maka sekali  terpalit, susahlah orang yang melakukannya untuk mengatakan ianya dosa. Contohnya, sukar sungguh untuk bekas lulusan Timur Tengah 70-an membanteras mandi safar yang bid’ah kerana dianggap amalan itu sebagai suruhan agama.

Ada yang mengatakan biarkan sahaja perkaderan PAS ini, kerana hasilannya yang “mantap”. Maka, jikalau diistinbatkan analogi itu,biarkan sahaja orang-orang pedalaman itu masuk Kristian, kerana kalau masuk Kristian, maka bertamadunlah orang-orang pedalaman itu. Adalah mereka memakai baju, pandai menulis dan tiadalah mereka di hutan belantara lagi. Ia adalah telur yang baik, hemat golongan sufaha’ ini. Ataupun, biarkan sahaja ada umat Melayu yang berasulkan Kahar kerana apa salahnya, jikalau pengikut Rasul Melayu itu lagi kuat sembahyang malamnya, berpuasa Nabi Daud, tiada tinggal subuh berjemaah, apatah lagi tiadalah ia berkata perkataan-perkataan yang lagha.

Maka, tidak apa, asalkan telurnya itu molek, sedap putih dan kuningnya. Itulah kepercayaan golongan sufaha’ dalam hal memahami hukum-hakam gerakan Islam dalam konteks kepimpinan dalam Khilafah Islamiyyah yang didasari oleh Hadith-hadith Sahih dalam bab Pentadbiran dan Kerajaan.Bagi mereka, perbincangan hukum-hakam bid’ah atau sunnah perkaderan PMI ini hanyalah makam tinggi untuk golongan atas kayangan semata-mata, maka biarlah mahasiswa yang bodoh lagi jahil ini bermain-main dan berklimaks-klimaks dalam gerakan yang menidakkan nilai agama dan kemanusiaan.

Untuk memahami dan menelusuri pemikiran  golongan sufaha’ ini tidak susah.Mereka meletakkan jikalau golongan AU (ahli jamaah PMI dipanggil ahli unit) masih beriltizam dengan PAS, maka dia adalah “telur yang bagus”.Jikalau, mereka tidak beriltizam dengan PAS maka mereka adalah telur yang busuk. Iltizam dengan jamaah adalah sama dengan ketaatan mereka kepada Allah mengikut formula mudah golongan yang safih ini. Jikalau mereka tidak ke masjid tetapi rajin berusrah (sudah tentunya PAS bukan ABIM-Perlis ataupun Jamaah Islah Malaysia), mereka ini hanya jatuh telur gred B sahaja, tapi jikalau mereka ini keluar dari jamaah tetapi hatinya teguh dengan rumah Allah (walaupun Nabi menjamin keimanannya pun),maka ia adalah telur tembelang yang busuk lagi menjijikkan.

Begitulah mudah mereka ini menjatuhkan hukum bukan berdasarkan neraca Al Quran dan sunnah tetapi berdasarkan “apa orang kata” dan rasa hati semata-mata. Apakah boleh dikatakan seseorang itu pejuang mahasiswa ataupun pejuang “di alam realiti” kalau sekali disergah di alam maya, terus bergegar iman dan jiwa raga? Jikalau hendak menjadi popular dan disanjung, maka teruskanlah mengintimakkan diri dengan golongan Yahudi kampus tersebut.

Allah Taala di dalam Al Quran ada menyebutkan bahawa orang yang takut kepada mereka itu adalah ulama’. Namun, pra syarat untuk menjadi ulama’ ini bukan berdasarkan shahadah ataupun kelulusan mereka tetapi adalah taqwa. Tetapi, golongan PMI/JIK ini seperti rabbi Yahudi menganggap mereka ada kuasa untuk menjadi lebih tinggi dari orang lain. Siswi Akademi Islam ini tidak mahu bersama siswi bukan Akademi Islam selepas berbai’ah lalu mewujudkan Unit Bina’. Yang bukan AI, dicampakkan di Unit  Islah. Seolah-olah, mulianya mereka dibandingkan dengan bukan AI.

Jikalau begitulah penggredan telur-telur sesama PMI ini, maka apakah pula gred “telur bukan PMI”? Kewujudan kasta yang dibuat PMI ini menjadikan orang bukan dari Akademi Pengajian Islam ini sebagai pariah. Adakah ini yang diajar oleh Rasulullah? Maka, berlumba-lumbalah siswa dari kalangan AU ini mengejar siswi Bina’ ini , kononnya merekalah wanita solehah yang ditunjukkan oleh agama. Padahal, ia bukanlah kriteria yang dikehendaki  agama, belajar agama tidak sama dengan mempunyai agama. Ayah  Pin juga mempunyai isteri  lulusan agama tetapi ia sudah hilang agamanya.

Syahdan, pendedahan ini tidak disukai oleh golongan PMI/JIK ini walaupun ia adalah kebenaran. Malahan, mereka amat membenci golongan yang menentang mereka ini seperti mana Yahudi yang hanya inginkan Nabi tersebut dari golongan mereka sahaja. Golongan sufaha’ ini tidak pula mempertikaikan mereka yang menjual kisah mahasiswa untuk kepentingan dan habuan mata dunia yang sedikit seperti Ali Bukhari Amir dan Zainulfaqar Yaacob walaupun mereka ini bukan lagi berbaju mahasiswa lagi. Sufaha’ tersebut juga tidak pernah peduli campurtangan Nasir Zakaria, Anwar Ridwan Zakaria, PM Dr Ishak Sulaiman, Prof. Dr. Zulkifli Yusof malahan Muhammad Hussein sendiri dalam dunia mahasiswa yang kononnya sepatutnya dibiarkan kepada mahasiswa untuk mahasiswa seperti yang digembar-gemburkan.

Namun, mereka bertepuk tangan gembira apabila syaitan-syaitan jantan dan betina ini menghasut dan menghembuskan dakyah kesesatan dan mungkar hatta ke salur darah pembuluh mahasiswa. Tetapi, mereka cukup marah apabila orang lain bersama dengan Aspirasi walaupun sekadar tidak ubah seperti para malaikat mendoakan para mujahidin. Maka, adakah patut kita membiarkan sahaja terus perkaderan PMI/JIK ini berlaku? Masakan gagak boleh menghasilkan telur ayam, walaupun rupanya enak dan lazat? Begitulah keadaan perkaderan PMI/JIK ini. Bagaimana elok pun orang berkata sistem perkaderan itu, tetapi jikalau ia dihasilkan dari permulaan yang busuk yakni  menipu di atas nama Nabi dan machivallisme,maka sampai bila-bila pun tidak akan dapat menghasilkan output yang baik.

Namun, jikalau mereka sudah menyumbat hati dan pendengaran mereka maka seribu kali diberitahu pun mereka tidak akan peduli. Golongan sufaha’ ini tidak ubah seperti pekak, bisu dan buta serta  telinga mereka ditutup dari seruan penulis dengan jari-jari mereka kerana takutkan kebenaran yang terbentang di hadapan mata mereka.

One Response to “Pasca TAMPAN:Pembahagian Islah dan Bina’,Diskriminasi Siswi AI Ke Atas Bukan AI?”

  1. bro,,bole bg email x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: