Penjaga Solidariti Kahwin?

1.Penulis mengucapkan Selamat Pengantin Baru Kepada Presiden PMIUM merangkap (bekas?) Amir Kampus dan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia.

2.Penulis mengetahui bahawa penjaga solidariti telah selamat berkahwin sejak dari 30 November lepas lagi, tetapi merasakan nilai beritanya tiadalah apa-apa sangat.

3.Cuma, penulis berharap perkahwinannya kekal sepanjang hayat dan boleh dibawa sehingga ke akhirat.

4.Perkahwinan semasa belajar ini bukanlah sesuatu yang gharib.Bahkan,Prof. Zulkifli Yusof (T1) pun berkahwin semasa tahun kedua.

5.Ada ahli jamaah yang berkahwin kerana diatur unit Baitul Muslim.Mungkin penjaga solidariti ini kahwin suka sama suka.

6.Elok dipercepatkan perkahwinan ini kerana menjaga solidariti tidak sama menjaga persatuan yang didakwa menjaga ugama. Kerana pergaulan yang tiada batas dengan amoi-amoi ini bertentangan dengan etika PMI sebenar.

7.Mungkin sebab itu penjaga agama dipilih menjaga solidariti kerana mungkin dapat menjaga nafsu tidak seperti penjaga solidariti-penjaga solidariti sebelum ini.

8.Namun,untuk pasangan lain yang tiada pendapatan agak sukar mengikut jejak langkah penjaga solidariti.Untuk walimah sahaja,sekepala bernilai paling kurang di zaman ini RM 10.Tidak termasuk sewa baju pengantin yang mahal dengan pakej tukang tangkap gambar.

9.Akhirnya,ramai pasangan muda terpaksa dan terperangkap dengan ‘personal loan’.Anak sudah masuk 3,hutang walimah dan hutang sewa baju kahwin belum habis berbayar kerana perangkap ‘personal loan’ yang sebenarnya riba.

10.Apa-apa pun Islam itu mudah tetapi perkara halal dan haram wajib dipatuhi untuk mendapat keberkatan dari Allah Subhana Wa Taala.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: