PMIUM Isytihar Perang Ke Atas NC Baru UM?

Penulis baru-baru ini melihat video DEMO sekumpulan gadis-gadis bukan Islam yang nampaknya berperawakan tomboy membantah fatwa pengharaman Tomboy oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Terdetik rasa hati penulis, jikalau DEMA turut mengeluarkan kenyataan yang menyokong tomboy-tomboy tersebut, adakah penjaga agama akan bersama agama ataupun bersama DEMA?

Setakat ini, tiada sokongan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh penjaga agama dan kumpulannya secara rasmi.Mungkin mereka menunggu Salahuddin Ayub ataupun Idris Ahmad bersuara, barulah mereka ini bergegas menjaga ugama. Begitulah nasib agama kita, semuanya perlu menunggu keputusan jamaah yang politikal. Jika ia tiada untung dalam mengenakan kerajaan, biarkan ia sahaja.Biarkanlah orang kata sebarangan terhadap agama jikalau ia dilakukan oleh sekutu harbi jamaah politik tersebut.

Maka, diberitakan penjaga solidariti dan kompeni telah melawat bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Penulis memuji tindakan demikian. Begitulah caranya mahasiswa menghormati yang lebih tua.Namun, alangkah baiknya jikalau sikap sebegini ditunjukkan oleh gerombolan ini terhadap pimpinan lain universiti dan juga pimpinan negara. Cuma, janganlah pula tindakan baik ini disusuli pula dengan perbuatan bersifat baling batu sembunyi tangan dan telunjuk lurus kelingking berkait.

profghauth

Perlantikan Prof. Datuk Ghauth sebagai NC baru UM dipandang serong oleh Razali Zaidin.Ini menunjukkan ketidakmatangan Razali sebagai seorang mahasiswa dalam berhadapan dalam keputusan KPT

Inilah yang dikesali penulis apabila Dato’  Rafiah Salim ingin diadu-dombakan oleh Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Norazali Zainuddin dengan Kementerian Pengajian Tinggi. Tidak perlulah kes 48 jam itu diperbesar-besarkan. Kerana biarlah Dato’ Rafiah dipandang sebagai wira yang menaikkan kedudukan UM, 8 anak tangga lebih tinggi dalam THES dan dinobatkan sebagai universiti terbaik Malaysia. Dan adalah lebih afdhal juga dibesar-besarkan jasa Dato’ Rafiah yang mementingkan Key Performance Index (KPI) dalam pentadbirannya.

Biarkanlah si Bonda pergi dengan rasa dihargai dan besar hati bukannya dicucuh lagi kebencian dan adu domba. Ini bukan kerja seorang ahli Majlis Mesyuarat Kampus yang pernah berbai’ah kepada Allah Taala.Bukan sahaja tiada pahala tetapi juga tiada nilai akademik dan inteletual sehingga boleh dibidas oleh seorang non Muslim yang bernama Lau Kok Hwa.

Namun, persoalan kini adakah Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional sedar apa yang ditulisnya?Penulis melihat sebarang tindakan KPT khususnya dan kerajaan umumnya adalah buruk pada pandangan aparat-aparat PAS yang bertopengkan mahasiswa ini. Malahan, perlantikan Naib Canselor baru Universiti Malaya,Professor Dato’ Dr. Ghauth Jasmon ini dipandang sinis oleh Norazali yakni ibarat kata Lau Kok Hwa sebagai “mengikut perasaan”.

Mungkin si Norazali cuba menjadi lain dari orang lain serta berpandangan lateral tetapi pandangannya bertepatan sekali dengan lirik  sebuah lagu nasyid yang popular:

Pandangan mata selalu menipu,

Pandangan akal selalu tersalah,

Pandangan nafsu selalu melulu,

Pandangan hati itulah yang hakiki,

Kalau hati itu bersih.

Lantas dituduh perlantikan Professor Dato’ Ghauth sebagai perlantikan kroni.Tuduhan tiada asas ini tentulah memalukan Universiti Malaya dan penulis merasakan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional ini sebagai mahasiswa UM dan exco PMIUM perlu meminta maaf kepada NC UM di atas kebiadapan dan keceluparannya dalam artikelnya. Walaupun hanya sebagai nukilan di dalam blog, ia telah diambil oleh mahasiswa pembangkang sebagai satu artikel yang menarik perhatian lebih 500 orang pembaca di laman mereka. Tentulah ini mencemarkan nama baik Universiti Malaya di hadapan ramai pembaca dan pengikut laman web tersebut.

Rasa sangsi dan tiada hormat terhadap perlantikan Prof.Dato’ Ghauth Jasmon dinukilkan sebagai “seperti menukar pakaian” oleh Norazali. Kita menunggu tindakan daripada pihak Universiti dan meminta agar sebelum apa-apa tindakan ini dimulakan, Norazali sepatutnya memberi surat tunjuk sebab kepada ayahanda Prof. Dato’ Ghauth di atas tuduhan palsu tersebut.

Jikalau PMIUM bermaruah, sepatutnya tindakan bijak PMIUM adalah memecat Norazali dari jawatan exco PMIUM yang disandangnya.Jika tidak, ini bermakna PMIUM telah mengisytiharkan perang terhadap Prof. Dato’ Ghauth Jasmon, NC baru Universiti Malaya kerana pandangan Norazali itu adalah pandangan yang berautoriti dari seorang “menteri kabinet” PMI.

Sebenarnya, penulis yakin Prof. Dato’ Ghauth sudah masak dengan perangai aparat-aparat PAS di kampus. NC baru UM tersebut mempunyai pengalaman sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan yang banyak melihat perpecahan ummat hanya disebabkan oleh perbezaan jamaah dan ideologi politik terutamanya di kalangan pensyarah-pensyarah. Oleh itu, selain daripada menaikkan kedudukan UM sebagai menara gading tertua di dunia dalam persada akademik dan penyelidikan, NC baru ini juga akan bertindak atas pengetahuannya tentang perangai dan sikap ahli-ahli jamaah PAS yang hanya melemahkan UM sebagai pusat ilmu akibat aktiviti subversif mereka.

Mereka ini melemahkan pelajar dengan takwim perkaderan. Untuk pensyarah pula, mereka ini hanya mengambil kroni-kroni mereka sahaja di jabatan yang mereka kuasai. Kita boleh lihat penerbitan mereka pun tidaklah setara mana berbanding professor-professor terutamanya dari jamaah Tabligh dan JIM kerana puak-puak PAS ini banyak tertumpu kepada kerja politik semata-mata.

Dengan itu, penulis tidak lupa untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Prof. Dato’ Dr. Ghauth Jasmon dan selamat datang ke Universiti Malaya.Semoga pentadbiran Dato’ akan membawa Universiti Malaya ke arah kecemerlangan, kegemilangan dan terbilang di Malaysia dan Antarabangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: