PRK Kuala Terengganu:Mat Sabu Taruhan Erdogan PAS Lemahkan PAS Terengganu?

Semalam MB Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kepada Harakahdaily bahawa tidak wujud golongan Erdogan dan Pro-Muqabalah yang menjadikan pilihanraya kecil Kuala Terengganu sebagai medan berpencak silat.

Biasanya, telahan penganalisis politik pembangkang adalah apa sahaja yang pemimpin berkata benar, maksudnya tidak benar.Maka, jika kita aplikasikan kaedah penganalisis politik pembangkang terhadap kata-kata Nik Aziz itu, telahannya ialah benarlah bahawa PAS mempunyai percakaran dalaman yang hebat sekarang ini.

Dalam tidak berkata benar, MB Kelantan itu bercakap benar,PAS di Terengganu yang didominasi golongan Pro-Mubahalah memang tiada masalah.Sekarang yang bermasalah adalah PAS Pusat yang kutub Erdogan dan kutub Pro-Mubahalah saling tolak-menolak. Oleh itu, jika kita bijak membaca mesej si Tuan Guru maka sebenarnya, benarlah PAS menghadapi masalah, dan Datuk Nik Aziz suka tidak suka terpaksa bersenang hati dengan anak-anak buahnya yang sekarang bergocoh.

Mat Sabu tiba-tiba ditunjukkan oleh Datuk Nik Aziz sebagai calon.Penulis secara jujur beranggapan mungkin ia dan mungkin tidak keputusan ini hasil pengaruh hasutan Erdogan. Penulis tidak pasti.Jika benar barangkali,bisikan tuan penasihat 25% yang mempengaruhinya ataupun Nik Abduh yang pernah menghadiahkan kepada bapanya gelaran tokoh di Majlis Jamaah Islah Malaysia (JIM) punya angkara.Ataupun, jika andaikan tiada kong kali kong berlaku seperti anggapan pertama, ia mungkin berasal dari mimpi MB Kelantan itu berasaskan Mat Sabu pernah menjadi calon di Kuala Terengganu.

Tetapi, tudingan memilih calon ini peliknya menjadi “top to bottom”.Bukankah apabila Kedah berhasrat hendak membela babi, Tuan Guru tidak mahu masuk campur.Tetapi apabila memilih calon kepada negeri seorang Tuan Guru yang lain, pantas pula komen Tuan Guru.Keputusan ini haruslah dibuat oleh Datuk Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu.Namun, disebabkan Mustafa Ali faham konsep wala’ yang menjadi dosa besar orang PAS menentang pimpinan yang lebih besar darinya walaupun dengan berkata “Ah”,maka didiamkan sahaja keceluparan Mursyidul Am PAS tersebut.

Bagi penulis, Mat Sabu sebenarnya adalah penampan kepada Pro-Muqabalah.Mat Sabu bukan Erdogan. Tetapi, reaksi dan caranya ketika ini adalah pro-Erdogan.Mat Sabu dituduh sebagai Syiah dan menjadi payung Syiah dalam PAS.Sikap orang Syiah yang lurus bendul adalah merodok apa sahaja yang dinamakan “establishment”. Padahal Dinasti Safawiyyah,Fatimiyyah dan Shah Iran yang Syiah itu adalah establishment.Jadi, jikalau apa sahaja yang dikatakan pro kepada UMNO maka dengan cepat sekali orang yang anti-establishment itu akan menyondol tanpa mengira siapa yang di belakang aksi sondolan itu.

Sebenarnya, jikalau Mat Sabu dipilih sebagai calon, ini akan memalukan Datuk Mustafa Ali yang Pro-Muqabalah.Golongan yang celupar ini menggelarkan Pro-Muqabalah sebagai Fraksi UMNO dalam PAS.Tuduhan ini tidak tepat, masakan Datuk Mustafa Ali yang mengarahkan PAS masuk campur ke dalam kampus selepas Anwar masuk UMNO itu adalah UMNO?Masakan Datuk Harun Taib yang marah kepada jemaah dalam jemaah itu dan menulis kitab khusus tentang hal itu adalah UMNO?Mereka ini jikalau dikelar urat sendi mereka tentulah darah hijau yang akan mengalir.

Golongan Erdogan PAS ini berharap benar agar Dr Syed Azman dicalonkan.Tetapi, ia mungkin disambut dengan upacara langkah mayat oleh Haji Hadi Awang dan Mustafa Ali dahulu.Namun, jika tiada rotan, akar pun jadi, oleh itu lebih afdhal bagi Mat Sabu untuk menjadi calon dari calon-calon Pro-Mubahalah.Antara nama yang dikatakan dari pihak Pro-Mubahalah adalah Datuk Mustaffa Ali sendiri dan Datuk Wan Mutalib Embong.

Jikalau puak Erdogan berjaya mencaturkan calon pilihanraya kali ini maka ini akan memalukan PAS Terengganu yang merupakan benteng kepada golongan PAS tulen.PAS Terengganu suka ataupun tidak terpaksa menyokong calon yang ditunjuk Pusat.Jika mereka memboikotnya maka kekalahan ini akan digunakan oleh puak Erdogan sebagai peluru untuk menembak golongan Pro-Muqabalah terutamanya PAS Terengganu.
Jika calon tunjukkan Erdogan ini menang, ia akan menambahkan pengaruh Erdogan di dalam PAS.Oleh itu, Mat Sabu merupakan calon terbaik Erdogan untuk mengalihkan mata Pro-Muqabalah dari memandang Dr Syed Azman. PAS Terengganu perlu melakukan sesuatu kerana agen propaganda PAS,Harakah dikuasai Erdogan dan Malaysiakini juga lebih mewatakhitamkan Pro-Mubahalah dari Erdogan.(Malaysiakini mewarwarkan Syed Azman sebagai calon PAS di KT)

Justeru, PAS Terengganu perlu berani bersuara untuk memastikan tangan-tangan Erdogan yang diterajui JIM dalam PAS agar tidak seperti lebih sudu dari kuah dalam pilihanraya kecil kali ini.

Oleh itu, penulis menyimpulkan, krisis dalaman PAS ini melemahkan nadi PAS untuk berhadapan dengan pilihanraya kecil Kuala Terengganu dan ini meletakkan PAS dalam keadaan yang berat dan sukar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: