Analisis Inspektor Gajet Tentang Kepala Babi di Surau API

Penulis membaca satu ulasan menarik dari blog Angin Perubahan oleh satu komentar,fikir-fikirkan komennya:

1) Malaysiakini difahamkan bahawa kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar pro-Mahasiswa – Mohd Azlan Zainal – yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

aku musykiil bagaimana hanya Azlan yang baru jumpa kepala babi tersebut. Megnapa orang lain tidak jumpa dulu? Masa kes conteng di dinding surau dulu Hilman Nordin yang jumpa dulu…kenapa orang lain tak jumpa dulu? pelik kan.

2) Semua orang kena pukau ke?

Takkanlah tak sedar langsung kehadiran orang asing. Letih pun kita masih lagi tidur tidur ayam. mengapa tidak ada seorang pun yang perasan kehadiran orang luar. kalau nak tanggung guni kepala babi tu mesti bawak kereta bukan boleh bawak naik motor. mesti unit keselamatan perasan.

3) Sila tengok betul betul susunan kepala babi dan bendera itu. Ianya diatur elok elok bukannya dilempar secara tergesa gesa. Ini menunjukkan orang yang buat kerja ini punyai masa yang banyak untuk letak kepala babi tersebut. Kalau orang yg tidak biasa dengan surau tu tentu dia akan lempar sahaja dan cabut lari.

4) macam mana pelempar kepala babi itu boleh timing masa yang tepat dan tahu semua orang sudah tidur nyenyak…hanya orang dalam surau itu sahaja yang tahu semua orang sudah tidur.

5) Mohamad berkata, kepala babi itu diletak di bahagian pintu surau yang jarang digunakan, dan terlindung di belakang sebatang tiang surau.

Mana ada orang luar dan pihak Aspirasi tahu pintu belakang surau itu. Hanya orang yang biasa sahaja yang tahu selok belok surau dan pintu yang jarang digunakan. kalau orang luar masuk takkan dia sanggup galas guni babi dan masuk secara semberono sahaja. Tak kan lah dia tak takut disergah sebelum sempat letak babi dalam tempat tersebut.

6) Bodoh sangatlah kalau orang itu semata-mata tanggung risiko masuk dalam surau hanya untuk letak kepala babi. Dia kalau setakat nak bangkitkan kemarahan boleh sahaja letak kepala babi itu di kereta atau motor atau pintu pagar akademi. Itu pun sudah cukup untuk jadikan isu. Nampak sangatlah ada yang tidak kena dalam isu ini.

7) bagaimana Azlan dan Hilman boleh hidu dan tidak letih? Bukankah mereka ini juga gantung poster…macam mana mereka boleh tahu terlebih dahulu…

8) Azlan jumpa jam 5 pagi. maknanya, kepala babi itu hanya bertahan selama beberapa minit sahaja, kemudian terus dijumpai oleh watak sang hero

9) Apakah ini strategi terdesak PMI untuk menang di UM setelah kalah di USM dan UKM? Jika kalah di UM, PKR akan hilang satu kumpulan jentera di Lembah Pantai

10) Dari mana babi tersebut diperolehi..siapa yang dekat dengan sumber babi…

*Nota:Ini adalah pandangan peribadi Inspektor Gajet.Apa yang disiarkan tidak ada kena mengena dengan penulis.

One Response to “Analisis Inspektor Gajet Tentang Kepala Babi di Surau API”

  1. Maharaja Zhou, kamulah sebenarnya si Azlan Zainal yang mula-mula jumpa kepala babi tu. Ingat aku tak tau ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: