Analisis Isu Kepala Babi:Budak PMIUM Berada di Tempat Kejadian Berlaku

Katakanlah,di Tel Aviv tiba-tiba pada waktu selepas ibadah Yahudi berlangsung di tengah-tengah ramai orang,sebuah synagogue meletup.Kawasan itu kawasan Yahudi bukan kawasan Arab Israel.Paling dekat rumah seorang Arab (katakanlah)pun 20 km dengan dijaga ketat oleh askar dan polis Yahudi 24 jam.

Kalau tiba-tiba Ehud Olmert berkata pengeboman ini dilakukan oleh Hamas,bolehkah kita percaya?Lagi pula,bom yang digunakan ada kesan “white phosphorus”.Bukan taktik biasa Hamas,pengebom berani mati dan seumpamanya.Kalau ini,terjadi,bolehkah kita percaya yang orang Islam amnya ataupun Hamas dan Al Qaeda khususnya yang melakukannya?Begitu juga kes kepala babi di surau API.

Mereka yang sefrekuensi dengan penulis adalah Teh Hoong Keat,Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya.Teh tidak menuduh lawan PMI sepertimana yang hendak diindikasi oleh Razali Zaidin tetapi sebaliknya menganggap kes ini boleh mencemar nama baik PMIUM dan Pro-M:

“satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.

“Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci,” katanya.

Tentu ada sebab Teh mengeluarkan kenyataan ini yang nyata tampaknya jujur ataupun mungkin Teh terlalu gelabah ketika disoal Malaysiakini sehingga itu ayat yang terpercul dari mulutnya?

Adakah Teh tahu kekuatan dan keupayaan sebenar gerombolan manusia yang meletakkan kepala babi tersebut?

Di samping itu,penulis memuji tindakan Penggerak Mahasiswa yang tidak menuduh sesiapa,tidak seperti Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional yang terus mengeluarkan kenyataan ini:

Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Dan lihatlah bagaimana mengikut laporan Malaysiakini bahawa semasa kejadian ini berlaku beberapa orang sedang berada di dalam surau API,dikatakan sedang “tidur”.Kononnya semua tidur mati dari pukul 9.00 malam sampai tidak sedar apa-apa.Adakah ini munasabah?

Di masa yang sama Azlan Zainal,Presiden Parti Mahasiswa Negara dan kawannya Ahmad Shahir Md Shah mengaku sedang hirasah menjaga kawasan persekitaran Surau API.Menurut sumber yang pro kepada mereka ini, mereka hanya masuk ke surau pada pukul 5.10 pagi dalam laporan polis.

Tetapi, harus diingat,mereka sedang hirasah keselamatan poster serta barang kempen mereka dan bukannya terus menuju ke surau API.Oleh itu, kita hairan kenapa maklumat ini tidak dimuatkan dalam blog Pro-M?

Dalam siasatan polis,sepatutnya Azlan Zainal dan Ahmad Shahir perlu dijadikan suspek utama.Azlan Zainal perlu menyatakan siapa manusia-manusia dari kalangan jentera PMI yang tidur itu.

Suspek ketiga adalah Dr Ruzman,pensyarah API.Jikalau penulis menjadi polis,beliau tetap akan disoalsiasat walaupun penulis yakin beliau mempunyai alibi yang cukup untuk menjawab di mana beliau berada.

Dilihat pada berita yang dilaporkan (lihat foto pertama dari link),wajah aparat-aparat PMI tidak nampak sedih sebaliknya bersemangat dan gembira gambar mereka diambil sambil posing dengan foto kepala babi tersebut.

demokepalababi

Perhatikan wajah mereka satu-persatu,dan gantikan gambar kepala babi dengan gambar pemain bolasepak Liga Inggeris.Tampak “begitu sedih” wajah mereka apabila Rumah Allah dihina sedemikian rupa!

Jika dilihat pada susunan kepala babi tersebut, ternyata orang yang melakukan perkara ini mempunyai masa yang cukup seolah-olah dia meletakkan kepala tersebut di atas bukit dan semak-samun di belakang API. Bendera PAS dibentangkan sempurna tanpa lipatan.

Kepala babi pula diletakkan seolah-olah sengaja untuk tidak mengenai permaidani surau (namun,terkena juga).Tidak nampak seperti orang takut,jika tidak afdhal saja dibungkus kepala babi tersebut dengan bendera PAS gaya along dan diletakkan di perkarangan surau.

Tidak seperti terburu-buru.Dari gambar-gambar yang diperolehi ternyata mustahil kesemua tidur mati dengan kata lainnya Azlan Zainal yang sedang hirasah pun tidak menyedari ada orang yang sedang memasuki surau API?Pintu harus dibuka.Takkan jentera PMI yang tidur membuka pintu surau sehingga menjemput punca chikungunya dan denggi menjamu selera?

Jikalau dimasuk dari pintu kiri surau dari gambar-gambar yang penulis perolehi,ternyata ia bukanlah tersorok seperti yang didakwa oleh Haafizuddin.Benar,ia kawasan yang jarang disolati oleh jamaah tetapi ia bukan jauh dan tersorok sehingga tidak disedari oleh orang yang berada di dalam surau.

Jika benar ia tersorok,tentulah ia juga sukar untuk dalang lari setelah melakukan kerja terkutuk ini,kerana proses untuk masuk,membentangkan bendera PAS dengan sempurna,dan meletakkan kepala babi dan proses untuk keluar tentu mengambil masa yang munasabah untuk disedari aktiviti sulit ini.

Bunyi motorsikal,bunyi tapak kaki dan bunyi plastik tentu sudah cukup menggerakkan jentera yang tengah tidur.Dari foto juga,penulis mengandaikan si dalang membuka kasut lagi kerana tiada kesan tapak kasut kelihatan di dalam gambar.Sopan sungguh di peletak kepala babi ini.

lokasi_kepala

Tiada kesan kotoran tapak kasut,menunjukkan si pelaku sempat membuka kasut.Lokasi kepala babi ini sebenarnya tidak tersorok tidak seperti dakwaan Presiden PMI.

Biasanya kalau ada orang hendak mengugut musuhnya di kampung pun,bangkai ayam digantung cepat walaupun tiada orang meronda di sekeliling rumah seperti Azlan Zainal dan kawannya.Tidak pula dilapik dengan kain batik ataupun pelikat.

Jika ia dibuat oleh seorang Muslim,tentulah ia mengambil masa yang lama kerana proses mengeluarkan kepala babi yang terbelah dari plastik tanpa mengotori diri pun mengambil masa.Oleh itu,ada yang berpendapat,mungkin Non-Muslim yang melakukannya!

 

Tetapi harus diingat,jikalau begitu adakah yang mencuri duit masjid dan selipar itu kerja Non-Muslim semasa solat Jumaat?Kita sendiri tahu jawapannya.Yang berani mencemar dan melakukan kekotoran terhadap rumah Allah ini biasanya orang Islam sendiri apatah lagi jikalau ada “hukum-hakam” yang dibolehkan untuk mencapai tujuan tertentu.

Oleh itu,wujud keraguan munasabah.Penulis berharap pihak Forensik agar cepat menyiasat kes ini untukmendedahkan dalang sebenar kes yang menghina Allah dan rumahnya.

Nota:Ada yang mengatakan mustahil manusia-manusia ini melakukan perkara tersebut kerana baru diserbu oleh polis.Kita harus ingat manusia-manusia ini bukan hanya penghuni-penghuni rumah itu tetapi merata-rata Universiti Malaya.Rumah bertaraf Markaz bukannya satu tetapi banyak.

Harus diingat,manusia-manusia ini mempunyai “standing-army” sekurang-kurangnya 500 mahasiswa.Tidak termasuk tentera rezab dari tahun 1.Maka,menggunakan alasan baru diserbu adalah tidak logik kerana ramai lagi yang mampu bertindak seperti itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: