Antara Kopi Janda,Minyak Maharaja dan Harakah

Penulis masih teringat lagi sewaktu penulis di alam kampus.Seseorang ahli jamaah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dinilai melalui kethiqahannya.Thiqah maknanya percaya.Kepercayaan ini datang tipikalnya pada pandangan ahli jamaah melalui pakaian,cara bercakap dan amal ibadahnya.

Jika seorang siswa itu berpakaian ala ustaz yakni berketayap ataupun berserban,berbaju melayu dan seluar slack,taraf thiqah ataupun kepercayaan pandangan ahli jemaah yang lain adalah tinggi.

Begitu juga siswinya,jika bertudung ala Wardina di zaman di mana penulis masih mahasiswa,tentulah ia siswi jamaah yang paling ‘rock’ sekali di kalangan siswi Jamaah.Tudung labuh,berjubah dan berstokin adalah pakaian thiqah.

Penulis sebenarnya hendak mengaitkan baju-baju thiqah ini dengan fenomena yang berlaku dalam jamaah hari ini.Zaman Thiqah mungkin sudah berlalu bagi pengamal media Jamaah PAS.Thiqah pembaca kepada media Jamaah ini mungkin sudah berganti dengan wang ringgit dan habuan duniawi.

kjanimated

Kerana mengejar laba yang sikit,PAS boleh membenarkan iklan berbaur seks menguasai Harakah.Adakah PAS faham apa makna prinsip?

Iklan Kopi Janda dengan kempen berbaur seksnya dengan wanita separuh usia yang bertabarruj menghiasi setiap rencana yang ada dalam Harakahdaily.

Jemput minum Kopi Janda bang

Bukan nak menggoda

Cuma nak berniaga

Begitulah kata-kata yang menyakitkan mata setiap kali penulis masuk ke Harakahdaily.Ditambah pula dengan sisi kanannya,Minyak Maharaja dengan ungkapan,”lambang Lelaki Sejati”.Tidak mustahil pasti ramai muslimah yang berbulu melihat iklan tersebut.

Mungkin di zaman ini,kethiqahan tidak lagi dipentingkan.Duit lebih diutamakan,mungkin kononnya atas perjuangan yang lebih besar.Ini menjadikan Harakah seperti media picisan jika dibandingkan dengan Malaysiakini yang lebih profesional yang tidak menggadaikan kethiqahan media tersebut untuk wang ringgit yang murah.

Apa yang berlaku kepada Harakahdaily,sebenarnya tidak dihairankan.Ini menggambarkan sebenarnya mentaliti pimpinan PAS apabila isu Hudud boleh dinanti sehingga 30 tahun lagi,isu babi dan juga isu pemberian hak milik kekal kepada Kampung Baru.

Jika Harakahdaily boleh dijual kepada Kopi Janda dan Minyak Maharaja,apakah yang boleh diharapkan oleh orang Melayu dan Rakyat Malaysia terhadap hak mereka jika PAS memerintah kelak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: