Apabila 3 Calon Proksi PAS UM Tarik Diri

Pilihanraya kampus Universiti Malaya kali ini merupakan pilihanraya kampus yang amat getir bagi kedua-dua pihak.Proksi PAS di UM yang tidak malunya menamakan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa bertungkus lumus memastikan PRK kali ini dimenangi oleh kawar-kawar mereka.

Berita dari Universiti Malaya melaporkan bahawa 3 calon Proksi PAS UM telah mengundurkan diri dari bertanding iaitu di Fakulti Kejuruteraan (seorang) dan Pusat Sukan.Penarikan diri 3 orang calon ini memberi impak kepada moral Proksi PAS.

Agak menghairankan,di portal ataupun laman mereka,tidak langsung menceritakan kekalahan awal ini,menunjukkan bahawa mereka tidak telus, ingin menjaga moral penyokong mereka dari runtuh dan lebih gemarkan propaganda picisan.

Terbaru diberitakan kononnya Jurucakap dan Ketua Jentera,Wan Hasif Wan Muhamat Ali menangis kerana gentarkan tuduhan rasuah terhadap TNC HEPA,Dato’ Prof.Madya Muhamad Azarae Haji Idris semasa penamaan calon. Berita yang tiada nilai walaupun dalam Berita Perdana ini menjadi sebahagian artikel dalam laman mereka.

Hairan pula,berita penarikan 3 calon mereka tidak mendapat perhatian.Dengan tiada bukti bergambar,inilah taktik kotor PMI dan aparat mereka yang sudah biasa penulis lihat.Cerita-cerita fitnah ini akan digembar-gemburkan untuk menarik sokongan umum.Padahal semuanya adalah bohong belaka.

Perlu diingatkan kepada Penggerak Mahasiswa, bahawa jentera PMIUM ini terdapat skuad rahsia yang tidak termaktub dengan Jentera PRK mereka sendiri yang terus berada di bawah kawalan MT PMIUM. Skuad Sabotaj ini menjaga keselamatan risalah dan bahan-bahan propaganda.Selain itu, merekalah terlibat dalam taktik-taktik kotor yang menyebabkan Jentera mereka bersemangat kerana sangkaan mereka ia dilakukan oleh pihak lawan.

Mereka boleh bertindak berlawanan dengan hukum syarak,menyebarkan nombor telefon musuh sebagai tukang urut,menyebarkan cerita karut kononnya calon siswi itu terlibat dengan adegan lucah,dan tidak hairan jikalau kereta yang disimbah cat itu dilakukan oleh kumpulan ini. Maka,Penggerak Mahasiswa perlu berhati-hati dengan kumpulan ini yang dahulunya dikenali sebagai Taliban UM di akhir 1990-an dan awal 2000-an.

Penulis menyerahkan laporan Shah Rizul Ayuni Zulkiply kepada pihak Polis untuk siasatan lanjut.Namun, sebagai orang Timur penulis merasakan bahawa tindakan tersebut boleh menjatuhkan kredibiliti proksi PAS di UM kerana pada tanggapan mahasiswa biasa dilakukan dengan tujuan berkonfrontasi dan menjatuhkan imej TNC HEPA yang lebih tua.

Budaya orang Islam dan Timur tidak memalukan orang lama.Dan ia dilakukan pula selari dengan berlangsungnya PRK.Bagi penulis,sepatutnya perkara ini jikalau benar, perlu dilakukan apabila suasana telah tenang dan bukannya ketika tengah hangat seperti sekarang.Senjata baka memakan tuan selepas ini.

Apapun penulis melihat banyak tindakan Proksi PAS dengan nama tidak malunya Pro-Mahasiswa ini bakal menjerat diri mereka sementara menanti 19 Januari nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: