Isu Kepala Babi dan Rasuah Gagal Dipolitikkan!

“Mereka merancang dan Allah Merancang,Tetapi Allah Jualah Sebaik-Sebaik Perancang!”

Telahan penulis tepat sekali lagi.Isu tuduhan rasuah TNC HEPA,Ayahanda PM Datuk Azarae dipandang enteng oleh mahasiswa kerana beranggapan adalah tidak munasabah seorang mahasiswa boleh dibeli dengan harga RM100.Sudah ditanam dalam pemikiran mahasiswa pembangkang apa sahaja yang ada kaitan dengan kerajaan walaupun pemegang jawatan kerajaan dianggap sebagai kaki rasuah.Toh,perangkap sudah makan tuan.

Isu ini yang dilupakan,berganti dengan isu kepala babi.Pihak-pihak tertentu menyangka mahasiswa akan marah kepada Universiti dan pihak-pihak bertentangan seperti yang dinyatakan oleh Razali Zaidin dalam blog aparat parti tertentu tersebut:

Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Namun,Pihak Pentadbiran dan Penggerak Mahasiswa dengan tenang menyambutnya dengan solat hajat dan salam perdamaian.Laporan polis dibuat sebagai tanda serius pihak pentadbir Universiti terhadap perkara ini.

Di pihak Penggerak Mahasiswa mereka tidak menuduh musuh politiknya melakukan sabotaj  terhadap diri mereka,sebaliknya menganggap ia adalah kerja pihak ketiga.Isu ini gagal dipolitikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Oleh itu,tidak hairanlah,blog mahasiswa pembangkang ini tidak mengulas lebih lanjut isu ini lagi kerana tahu isu ini gagal dipolitikkan untuk kepentingan sempit mereka.Malahan,jika diulas ia akan mendedahkan pelbagai lompang di pihak mereka.

Lompang tersebut termasuklah adanya aparat mereka di dalam surau itu,penemuan kepala babi oleh Presiden PMN yang sedang berkawal, dan juga cara susunan babi.

Ini semua menimbulkan backfire terhadap mahasiswa pembangkang jikalau diulas dengan lebih lanjut.

Oleh itu tidak hairanlah,Teh Hoong Keat,Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya,berkata:

“satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.

“Namun begitu, kami tidak ingin menuduh mana-mana pihak dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis dan yang berkenaan supaya menyiasatnya dengan lebih terperinci,” katanya.

Kenapa Presiden Umany memberi indikasi berkenaan?Maka,fikir-firkirkanlah sendiri maksud Presiden Umany tersebut.

Wa makaru,wamakarollah,Wallahukhoirul Makiriin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: