Isu Tak Dikenali:Wahid Endut Sindir Erdogan?

Jikalau saudara-saudari telah mengikuti dan menghayati tulisan penulis dari awal [1,2,3,4,&5] tentang pergelutan Muqabalah dan Erdogan menjelang pilihanraya Kuala Terengganu,pembaca sekalian dapat melihat satu pertempuran yang hebat antara fraksi-fraksi dalam PAS.

Namun,penyokong biasa PAS yang hanya merujuk kepada cerita Mickey Mouse dan Charlie Chaplin yang didendangkan oleh media PAS akan menganggap cerita ini karut.Tetapi, di sebalik air yang berkocak tetapi dibuat-buat tak nampak dan dibuat-buat tenang oleh puak-puak PAS ini, pergocohan antara buaya-buaya Erdogan dan Muqabalah ini memang menggerunkan.

Terbaru Wahid Endut apabila mengulas tentang isu bahawa dirinya tidak dikenali di Parlimen Kuala Terengganu,dia dilaporkan oleh Malaysiakini berkata:

“Jadi (kalau mereka) kata tidak kenal, tidak munasabah tetapi kalau mereka kata tidak kenal, tidak apalah. Mereka boleh kata apa sahaja.”

Ini adalah respon oleh Wahid terhadap dakwaan yang dikatakan berpunca dari BN.

Tetapi, penulis beranggapan ulasan Wahid ini seumpama pepatah Inggeris,”Killing two birds with one stone”.Sebenarnya, ia berpunca dari golongan Erdogan yang melobi Dr Syed Azman sebagai popular mengikut kajian “Badan Bebas” dan juga suara Majlis Tindakan Dun (MTD) PAS jika dibandingkan dengan nama Wahid Endut yang tidak dibawa ke dalam mesyuarat pemilihan calon oleh AJK PAS Pusat.

Malahan, yang terbaru golongan Erdogan ini berhujah (lihat komen no.8 ) bahawa Wahid Endut telah kalah teruk pada tahun 1990 di DUN Bandar sebelum bertanding di DUN Wakaf Mempelam (Nota:penulis tidak dapat memastikan sejauhmana kebenaran dakwaan ini kerana sudah lima penggal Wahid mewakili di DUN W.Mempelam. Ini bermakna sejak tahun 1990, Wahid telah bertanding di situ.Jika benar, ini bermakna Wahid bertanding pada tahun 1986 di DUN Bandar bukannya 1990.Yang penting di sini adalah bagaimana pihak Erdogan mewarnakan Wahid dan bukannya kesahihan fakta dari mereka!).

Dan dikatakan dari sumber yang sama bahawa kemenangan Wahid sebelum ini disebabkan pengaruh keluarganya yang ramai dan juga pengaruh datuk serta bapanya di Waakaf Mempelam.Maka, Wahid Endut bukanlah calon yang popular dan dikenali di Kuala Terengganu seperti diwarwarkan oleh puak-puak Erdogan ini.

Sumber tersebut (lihat komen no.65) juga mengulas kata-kata Datuk Nik Aziz dalam Majlis Memperkenalkan Calon Kuala Terengganu sebagai berkata:

“Secara sindiran Tuan Guru Nik Aziz mengingatkan Allah Taala sentiasa melihat segala berbuatan pemimpin yang membelakangkan suara ramai tidak kira samada perbuatan di pihak mereka atau perbuatan di pihak kita dia kena menjawab dihadapan Allah Taala dan akan menanggung akibat dari perbuatan nya. Insyallah.”

Ini bermakna pemilihan Wahid Endut sebagai calon Pilihanraya Kuala Terengganu tidak mengikut suara ramai dan dalam ertikata lain Wahid bukanlah calon yang dikenali dan popular.

Malahan, sebelum ini undian di Tranungkite menunjukkan bahawa khalayak mahukan samada Mohd Sabu (7375 undi) ataupun Syed Azman (3512 undi).Inilah yang menyebabkan Wahid Endut tidak senang tidur memikirkan bahawa dirinya sebagai tidak dikenali dan tidak popular.Malang sekali,Wahid Endut sering dibandingkan oleh media dan blog dengan populariti Syed Azman.

Oleh itu, tidak hairanlah Wahid Endut sekarang bertindak umpama “pukul anak sindir menantu” terhadap peranan media terutamanya media alternatif dan blog-blog PAS sendiri yang membangkitkan isu populariti ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: