Kenapa Rizal Azizan Ditakuti PMI?

Abdullah Ibn Salam,adalah salah seorang pendita besar Yahudi Madinah yang disayangi oleh masyarakat Yahudi sebelum Hijrah Nabi Muhammad SAW.Setelah tiba Rasulullah SAW,beliau telah memeluk agama Islam setelah yakin ciri yang ada pada Nabi sama seperti yang dinyatakan di dalam Taurat.Namun,dari seorang yang disayangi dan dipuja Yahudi,beliau dihina dan dimaki sebagai pendusta.

Begitu juga dengan politik kampus mutakhir.PMI sangat takut dengan mereka yang jujur keluar dari persatuan itu dengan hati yang ikhlas ataupun mereka yang sepatutnya bersama dengan PMI tetapi memilih sebaliknya.Pilihanraya Kampus tahun 2000/01 membuktikan sejarah berulang lagi dari zaman berzaman.

Tahun tersebut,PMIUM dikejutkan apabila salah seorang dari mereka dengan nama Che Abdullah telah bertindak menjadi calon umum Barisan Kepimpinan Mahasiswa(BKM) yang merupakan Aspirasi di zaman itu.Che Abdullah menurut riwayat beberapa sumber penulis,merupakan seorang yang pernah berbai’ah dengan PAS semasa di Nilam Puri dan merupakan orang kuat dalam struktur dalaman Lajnah Tarbiyyah Jemaah Islam Kampus.

Oleh itu,tidak hairanlah,watak Che Lah ini diserang bertubi-tubi.Jika dia adalah agen PMI untuk meresap masuk ke dalam organisasi BKM,tentulah dia tidak diserang sebegitu rupa.Malahan,deraan terhadap Che Lah ini tidak berakhir setakat pilihanraya tetapi sehinggalah beliau bergraduasi dari Akademi Pengajian Islam.Begitulah cabaran bagi mereka yang menerima kebenaran dan keluar dari kegelapan.

Kisah yang sama tetapi tidak serupa berulang kembali.Kali ini berlaku kepada calon umum Penggerak Mahasiswa,saudara Rizal Azizan yang merupakan bekas YDP Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya Nilam Puri. Dituduh oleh PMI melalui web saraf mereka yang kononnya atas nama reformasi aspirasi,Mohd Rizal Azizan adalah Amir JIK Nilam Puri.

Team Maharaja Zhou yang menggunakan nama Pro Kebenaran menghubungi penulis bahawa posting-postingnya selama ini telah dipadamkan dan ada pula yang diedit.Contohnya,komennya tentang editor blog pembangkang kini yang menggunakan wordpress adalah Hasbie Muda, dan dengan kurang maruahnya telah menemuramah dirinya sendiri serta memuatkan temuramah ini dalamblog tersebut.Namun, komen ini telah dipadamkan.

Tetapi,tiba-tiba seorang penyamar telah menggunakan nick ini (Pro Kebenaran) dan menghantar posting tentang Rizal Azizan kononnya Rizal adalah Amir JIK (Jemaah Islam Kampus)Nilam Puri dan seterusnya spy PMI dalam Pengerak Mahasiswa.Hairan sekali,tiba-tiba “musuh”ketat blog tersebut menghantar maklumat “berharga” itu untuk tatapan pembaca blog itu.

Pembaca-pembaca blog itu terutamanya penyokong kuat PMI mesti tertanya-tanya kenapa pula posting-posting lain (yang turut sama berharga )nilainya) yang menyuruh Hilman Nordin,Azlan Zainal dan Faisal Mustaffa seterusnya skuad sabotaj PMIUM bersumpah mereka tidak terlibat meletakkan kepala babi telah dipadamkan editor?

Difahamkan kepada penulis, sms berbaur ugutan dan flyers yang menonjolkan dirinya sebagai syaitan diedarkan oleh bekas-bekas sahabatnya hatta dari Nilam Puri?Ditambah pula pencemaran ke atas namanya oleh blog saraf PMIUM atas nama reformasi Aspirasi,menunjukkan bahawa PAS Kampus sanggup berbuat apa sahaja hanya untuk memenangi Pilihanraya Kampus yang bersifat sementara ini dengan menggadaikan akhlak dan syariah.

Sesungguhnya Pilihanraya Kampus kali ini adalah terkotor yang pernah dimainkan oleh pihak pelampau dari kes rasuah TNC HEPA,isu babi di surau API sehinggalah psy war terlampau ke atas Rizal Azizan.Tetapi, puji-pujian kepada Allah Rabbul Jalil,perancangan mereka sentiasa gagal dengan cemerlang.

Insha Allah,pihak yang zalim ini bukan sahaja akan diajar pengundi hari esok tetapi juga oleh Allah samada secara cash ataupun di akhirat jua!Harap dikabulkan segera doa warga UM kepada mereka yang menghina Rumah Allah ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: