Keputusan Rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM):Penggerak Mahasiswa Menang Majoriti Mudah!

Berikut adalah keputusan rasmi Pilihanraya Kampus Universiti Malaya (UM):

Penggerak Mahasiswa menang majoriti mudah iaitu 20 buah kerusi daripada 41 buah kerusi yang dipertandingkan:

Aspirasi-20 buah kerusi

Terdiri daripada 19 buah kerusi Fakulti

dan 1 buah kerusi Umum

Aparat PAS Kampus dan sekutunya-19 buah kerusi

Terdiri daripada 11 buah kerusi Fakulti

dan 8 buah kerusi Umum

Berikut undi yang mereka perolehi:

bullet buttonMohamad Hafiz Ilyas. (5,999 undi)

bullet button Ahmad Syazwan Mohd Hassan. (5,886 undi)

bullet button Mohamad Ridzuan Mohammad.(5,474 undi)

bullet button Nurul Fitrah Mohd Ariffin Marican. (5,425 undi)

bullet button Chong Yah Huei. (5,041 undi)

bullet button Shah Rizul Ayuni Zulkiply.(5,000 undi)

bullet button Low Yu Jie. (4,847 undi)

bullet button Yap Zhehn Jun. (4,683 undi)

Calon Bebas-2 buah kerusi yang kedua-duanya merupakan kerusi di Fakulti

Oleh itu, Penggerak Mahasiswa telah menang mudah dengan kelebihan kerusi di Fakulti berbanding dengan Pro-Mahasiswa(yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya).Sebanyak 41 buah kerusi dipertandingkan dalam pilihanraya kampus kali ini.

Siapakah Bakal YDP MPP?

Penyokong-penyokong Pro-M (yang merupakan gabungan aparat PAS di kampus dan sekutunya) terus mengisytiharkan kemenangan mereka di dalam shoutbox di merata-rata blog samada milik mereka mahupun lawan kerana menganggap kemenangan 8 buah Kerusi Umum daripada 9 kerusi tersebut merupakan faktor mutlak penguasaan mereka terhadap kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar.

Pada hakikatnya, tanggapan itu salah.Perlantikan kerusi-kerusi tertinggi Majlis perwakilan Peljaraadalah berdasarkan parti gabungan yang menang (ataupun di kalangan mereka yang dipilih) bukannya berdasarkan kepada kerusi Umum.Oleh kerana, Penggerak Mahasiswa yang memperolehi mudah, maka mereka boleh melantik mana-mana pemenang kerusi samada kerusi fakulti ataupun pemenang tunggal kerusi Umum sebagai ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Kes ini boleh dirujuk kepada perlantikan Wan Jemizan Wan Deraman sebagai Presiden MPMUM sesi 1997/98 di mana Wan jemizan adalah calon tajaan PAS Kampus (dengan nama NADI waktu itu) di Akademi Pengajian Islam yang telah menang tanpa bertanding.Oleh itu, tidak timbul soal calon dari fakulti memegang tampuk kerusi kepresidenan MPP.Tidak wujud bantahan daripada pemenang kerusi yang lain walaupun bukan semuanya dari gologan PMIUM.

Oleh itu, perkara ini pernah dipraktikkan oleh pihak PAS Kampus dan tidak ada alasan mereka membantah perlantikan Presiden dan Majlis Tertingginya dari calon-calon gabungan parti yang menang walaupun dari kerusi Fakulti. Contoh mutakhir adalah seperti di UPSI.Namun, sebarang komen dari PAS Kampus boleh dibalas dengan rujukan dan fakta dari sejarah serta perkara ini (yakni Wan Jemizan sebagai presiden MPP sesi 1997/98 ) diterima pakai dengan baik oleh pihak Hal Ehwal pelajar.

Oleh kerana itu, PAS Kampus melalui lidah mereka di Mahasiswakini tidak menyiarkan kemenangan mereka sebaliknya menyedari bahawa menang 8 dari 9 buah kerusi umum itu tidak membawa sebarang makna kepada mereka.Mereka tidak menyiarkan jumlah kerusi sebenar yang dimenangi oleh pihak mereka sehingga menimbulkan tandatanya kepada aparat PAS di Kampus lain walhal ia sepatutnya menjadi keputusan yang qat’ie pada pertengahan pagi tadi.

Malang sekali, hanya penyokong-penyokong mereka yang tidak tahu akan undang-undang dan hakikat sebenar yang terus lalai dan leka dengan apa yang disifatkan mereka sebagai “kemenangan”.

Manakala, di kampus yang lain, Aspirasi sekali lagi menang besar di UPM dengan 35 buah kerusi berbanding 13.Di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM),kesemua 13 buah kerusi  dimenangi oleh Aspirasi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: