Kewartawanan dan Fakta Yang Diselewengkan

Penulis telah melihat bagaimana manipulasi maklumat begitu bijak dilakukan oleh aparat PAS di Kampus dengan bantuan alumnusnya.Seolah-olah,segala apa yang dirungut dan dihamun oleh mereka ini terhadap media arus perdana seperti ludah basi yang dijilat semula.

Ini merujuk kepada isu laporan Harakah tentang “Pro-Mahasiswa Menang Besar” dan “Pro Mahasiswa Menang Tipis”.Setelah kesalahan ini disedari,tiba-tiba sahaja berita yang menang tipis dibuang jauh.

Berbeda dengan Malaysiakini.Laporan pertamanya senada dengan Harakah, tetapi kemudiannya apabila maklumat sebenar diperolehi,headlinenya diubah.Headline “Pro-Mahasiswa Menang di UM’ ditukar kepada “Pro-Aspirasi Tewas di UM”.

Dari segi kebenaran,Malaysiakini tampak lebih telus dari Harakah.Perbincangan dengan team penulis mendedahkan bahawa reaksi Harakah adalah lebih berupa kepada saraf proksi mereka di UIA.Aparat PAS dengan nama WUFI di sana memerlukan ‘viagra’ ataupun sekurang-kurangnya Kopi Janda dari Harakah untuk terus bernadi.

Namun, dari segi kejujuran Malaysiakini itu pun sebenarnya boleh dinilai semula.Demokrasi Pilihanraya di Malaysia menjustifikasikan headline tersebut.Tetapi, ini tidak benar di India, Turki mahupun Indonesia malahan yang lebih hampir adalah pemegangan saham di konglomerat-konglomerat.

Parti yang memerintah ataupun pemegang saham terbesar biasanya tidak pun melebihi 50%.Kadangkala,hanya 35% malahan lebih kecil.Tapi kerana kepercayaan beberapa parti lain ataupun pemegang saham lain maka yang mempunyai saham ataupun undi yang besar sedikit menjadi pemerintah.

Jika aparat-aparat PAS masih belum lupa ini dibuktikan juga dengan pembentukan kerajaan negeri Perak.Jikalau dilihat dari segi kerusi,BN yang paling besar dengan 28 buah kerusi.Tetapi, bagaimana PR dapat membentuk kerajaan?Tentulah kerana 18 kerusi DAP,6 kerusi PAS dan selebihnya dari PKR itu yang sepakat membentuk kerajaan.Andaikata, ketika itu DAP dan PAS bersilat Hudud,nescaya Menteri besarnya masih Tajol Rosli.

Maka,penguasaan 20 buah kerusi oleh Penggerak Mahasiswa perlu diiktiraf sebagai suatu kemenangan suka mahupun tidak seperti mana lapang dadanya UMNO dan BN menerima Wahid Endut sebagai Ahli Parlimen Kuala Terengganu tanpa tapi-tapi lagi.Dan kerusi YDP perlu diberikan kepada mereka yang menang.

Hakikatnya, Pilihanraya Kampus di UM memperlihatkan wajah-wajah tidak demokrasi aparat PAS.Menyedari bahawa pengikut mereka fanatik dengan satu sumber media, maka kelentongan dibuat dan direka dari fakta yang benar.Diwarnakan Pro-M sudah menguasai MPP.Tidak ubah seperti media Israel menggambarkan Gaza dikuasai mereka seperti bersiar-siar di pantai dan HAMAS sedang bersarang dan berkelah di sekolah-sekolah PBB.

Merka ingin percaya bahawa mereka telah membentuk kerajaan dan dengan tidak malu mendakwa calon-calon bebas sebagai sebahagian dari mereka.

Dengan ini ia telah memaksa calon-calon berkenaan membuat kenyataan akhbar segera kepada Malaysiakini akibat manipulasi maklumat oleh Pro-M.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: