Lojikanya Hafiz Ilyas Yang Dipertua MPPPUM!

Penulis agak kesibukan dengan tugas pejabat, oleh itu,tidak dapat mengemaskini blog ini awal pagi untuk maklumat terkini terutamanya berkenaan politik mahasiswa yang tengah panas ini.Sekarang mata tertumpu pula kepada Universiti Islam Antarabangsa.

Pengundian di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu ditangguhkan sehingga 29 Januari di UIA.Katakanlah jikalau bantahan mereka tidak diterima,maka ada pula yang menuduh pentadbir Universiti sedang main silap mata.

 

 

hafiz_ilyas

Lojiknya,Hafiz Ilyas sepatutnya menjadi Presiden MPPUM layak berdasarkan undi tertinggi kerusi Umum.Tetapi  tidak terasakah Hafiz bahawa PMI tidak yakin dirinya boleh menjadi Presiden sebagaimana mahasiswa UM?
Pemerhati politik kampus mengandaikan tiada perubahan berlaku.Tetapi,kadangkala, kejutan boleh berlaku.Jika bola itu bulat,politik mahasiswa juga begitu.Tidak hairanlah,jikalau ada yang sanggup meletakkan kepala babi di rumah ALlah yang suci.Seolah-olah tidak percaya,jalan yang lurus itulah yang Allah senangi, bukan cara yang Allah marah dan sesat.
Ada yang terus menerus lupa tentang sejarah bahawa tidak semestinya calon umum menjadi Presiden MPP.Sekarang ini, hukum asal tercipta cuba dinafi.Penulis dulu masih ingat sewaktu Wan Jemizan Wan Deraman (Presiden MPMUM 1997/98 ) diwarwarkan bakal memegang Presiden ketika itu,ada bunyi-bunyi di belakang yang tidak setuju.Terutamanya yang bukan AU (ahli PMI yang berbai’ah) kerana mereka itu bukan kayu.

Alasan mereka sama dengan alasan Pro-M mutakhir.Mana bisa calon yang dipilih oleh sekumpulan manusia di Fakulti boleh menjawat jawatan Presiden satu Universiti! Undang-undang ini tidak adil! Bentak mereka!Marah.

Tapi,dek kerana dijual PMI,akhirnya manusia-manusia itu setuju.Pertama,PMI adalah Sadiq Segaraga kepada MPP,mereka adalah majoriti.Mereka adalah tuan kepada ini rumah.Fakulti yang bukan dikuasai PMI adalah Kejuruteraan,Sains,Undang-undang dan beberapa lagi yang menjadi kubu tradisi Cina.

Apa auta PMI masa itu kepada pengundi mereka yang kritis?Temberang mereka ialah Wan Jemizan adalah bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM.Ketua ustaz-ustaz.Tidak timbul soal Cina atau India bertanya,kerana NADI ketika itu masih berperang dengan orang bukan Melayu/Islam yang semuanya bernaung di bawah Barisan Mahasiswa Bersatu.

Oleh itu,disebabkan malu alah,kritikan didiamkan.Maka, buat pertama kalinya dalam sejarah Universiti Malaya,mahasiswa UM dipimpin oleh calon dari fakulti dan calon itu tidak pula bertanding.Sudahlah calon dari fakulti,menang tanpa bertanding pula itu.

Tetapi,tidak pula timbul soal fakulti ataupun umum.Tidak ada soal yang dilantik Presiden itu cara diktatorkah,demokrasi terpimpinkah atau apa lagi temberang PMI ketika itu.Kerana Presiden MPP,ana yang punya, bilang PMI.

Namun,sekarang terbalik pula.Isu hanya orang yang majoriti umum sahaja yang boleh memegang Presiden MPP ditimbulkan.Mahukah kita tarik sahaja sijil Wan Jemizan,kenyataan-kenyataan akhbar Wan Jemizan dan surat-surat yang ditandatangani Wan Jemizan?Jika Pro-M masih berkeras dengan dalil mereka,maka wajarlah kes Wan Jemizan dirujuk.

Jikalau ditanya kedua-dua wakil bebas dari Undang-undang itu,nescaya mereka akan marah dengan nafsu serakah PMI yang cuba memadamkan sejarah dengan tangan-tangan jahat mereka itu.Tanyalah mereka,seperti Common Law Inggeris,jikalau ia pernah diamalkan dan ditulis,maka sebarang perkara kemudian yang menyerupai kes berkenaan wajar mengikut undang-undang ataupun hukuman awal yang dipersetujui umum.

Bagi penulis,jikalau PMI masih berkeras hendakkan orang mereka (yang penulis nampak seperti Mohamad Riduan Mohammad) kerana menggunakan isu calon umum,maka hanya Mohd Hafiz Ilyas yang layak kerana majoriti mahasiswa mahukan Hafiz.Lebih 525 orang mengundi Hafiz berbanding Riduan.

Riduan adalah calon lelaki terendah dalam kesemua pemenang lelaki Melayu yang ada.Maka, Riduan langsung tidak layak dan tidak wajar dipilih sebagai calon Pro-M untuk kerusi YDP.Jika mereka berkeras juga,maka ia lebih kepada agenda pihak tertentu untuk memperkudakan MPP UM bagi agenda jahat mereka.

Oleh itu,YB-YB sekalian yang majoritinya bukan ahli Unit PMIUM (walaupun dari Pro-M),adakah anda hendak membenarkan PMI menghina undi mahasiswa UM?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: