PAS Gagal Tangkis Isu ‘Erdogan’ di KT

Ada yang mengatakan penulis cuba melaga-lagakan pimpinan PAS dengan isu Erdogan PAS dan Muqabalah.Masalahnya,ini bukan soal melaga-lagakan,tetapi memang mereka sudah berlaga.Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan nyiru.

Maka,disebutkan oleh Malaysiakini bahawa PAS sedang cuba menangkis isu geng Erdogan PAS memboikot pilihanraya kecil di Kuala Terengganu.Sekali lagi sumber yang dirujuk adalah sumber Erdogan iaitu Dr Dzulkifli Ahmad ataupun nama popularnya dalam IRC iaitu Abu Iman (Pengarah Penyelidikan PAS Pusat).Tentulah Abu Iman akan menafikan perselisihan Erdogan-Muqabalah.

Namun,perbuatan bercakap lebih terang dan jelas dari kata-kata. Setakat ini diakui oleh Malaysiakini bahawa Husam Musa hanya menjengolkan muka pada hari penamaan calon sahaja tidak seperti ketika di Permatang Pauh. Selain itu, Dr Lo’Lo’ Ghazali juga berada di luar negara dengan urusannya sendiri,dengan itu,,tidak dapat hadir bagi berkempen untuk Wahid Endut.

Leluconnya,Dr Syed Azman “gigih” berkempen di belakang rumah Wahid Endut sahaja iaitu di Wakaf Mempelam yakni di Kampung Kuala Bekah.Dilaporkan juga oleh Malaysiakini,kempen Syed Azman tersebut dilakukan secara tidak bersungguh-sungguh.Dikatakan oleh sumber yang sama, Syed Azman masih merajuk walaupun sudah masuk 10 hari selepas pengumuman calon PAS di Stadium Negeri oleh Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Penulis melihat Syed Azman jikalau ikhlas tentulah dia akan berkempen di DUNnya sendiri secara bersungguh-sungguh di Batu Burok.Tidak pun dia akan menjadi nadi kempen PAS di kawasan “kelabu” sebagai tanda akurnya dia terhadap keputusan pimpinan.Tetapi, Syed Azman mengambil pilihan berkempen di tempat selamat iaitu di Wakaf Mempelam yang jikalau uban Mustafa Ali diletakkan sebagai penceramah pun tidak ada masalah.

Oleh itu,tidak hairanlah isi kandungan ceramahnya juga tidak bernas dan seperti melepaskan batuk di tangga.Ia sekadar berkisar kepada kematangan rakyat,rakyat perlukan perubahan dan kemiskinan rakyat Terengganu yang disebut secara umum dan pukul rata. Mana-mana ahli biasa PAS pun boleh menyampaikan ceramah seperti itu.

Oleh itu,kekecewaan Syed Azman terutamanya penyokongnya digambarkan oleh Malaysiakini sebagai amat berat apabila Datuk Mustafa Ali sebagai Pesuruhjaya Tinggi PAS negeri terpaksa memanggil Syed Azman untuk menenangkan penyokongnya.Ada yang sampai menghantar SMS berupa ugutan kepada Dato’ Seri Abdul Hadi agar memilih Syed Azman ataupun berhadapan dengan Unit Peti Undi PAS yang ditutup.

Perpecahan yang dinyalakan oleh Erdogan PAS ini adalah genting.Janji Abu Iman kepada PAS adalah kumpulan ini bakal menggempur Kuala Terengganu bermula hari ini.Tetapi,penulis meramalkan jikalau mereka turun pun mungkin boleh diibaratkan sebagai datang tidak menambah,pergi pun tidak mengurang kerana tindakan golongan Muqabalah memancung nama Syed Azman adalah gawat.

Kuala Terengganu benar-benar menggigit PAS dan menyebabkan parti itu tertekan apabila Lim Guan Eng sendiri bertindak biadap menolak hudud di dalam rumah PAS sendiri di Markaz PAS Kuala Ibai di hadapan Presiden PAS.Karpal Singh pula masih berkeras bahawa kerjasama dalam Pakatan Rakyat hanya boleh berterusan sekiranya Pas dan PKR tidak meneruskan usaha untuk melaksanakan undang-undang hudud.

Oleh itu, PAS bukan sahaja pening kepala berhadapan dengan Erdogan tetapi juga dengan ragam DAP yang lebih beriltizam dan istiqamah dalam menolak Hudud jika dibandingkan PAS yang semakin berlembut dan lebih mengharapkan redha golongan kuffar berbanding daripada Allah ‘Azza Wa Jalla.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: