Penggerak Mahasiswa Pemenang Sebenar Pilihanraya Kampus UM!Bebas Akui Bukan Pro-M

Seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini,kepastian kini sudah pasti.MPPUM milik Penggerak Mahasiswa.Dengan 20 buah kerusi,yang nyata majoriti mudah diperolehi oleh Penggerak Mahasiswa untuk membentuk kabinet.

Ini disahkan oleh Malaysiakini apabila pemenang kerusi Fakulti Undang-Undang menafikan bahawa mereka berjanji kepada Pro Mahasiswa bahawa mereka akan menyokong pihak berkenaan jikalau menang dalam Pilihanraya Kampus.

Menurut jurucakap calon-calon Bebas berkenaan,Gary Ong Kah Lon:

“Sesungguhnya, sejajar dengan pendirian bebas calon-calon Fakulti Undang-Undang, maka mereka masih mengekalkan posisi mereka sebagai calon bebas tanpa berpihak kepada mana-mana pihak,” katanya.

Oleh itu, tindakan Pro-Mahasiswa mengumumkan bahawa dua calon bebas sebenarnya menyokong mereka adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Menurut Malaysiakini:

“Pagi tadi, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa mereka mempunyai majoriti kerana mendapat sokongan dua calon bebas tersebut.

Bagaimanapun, petang ini, dua calon bebas tersebut mengeluar kenyataan menafikan mereka memihak sama ada kepada pro-Mahasiswa ataupun pro-Aspirasi.”

Oleh itu,Pro-Mahasiswa cuba mengabui khalayak ramai sehingga memaksa kedua-dua calon bebas ini mengeluarkan kenyataan akhbar.

Secara tradisinya,kerusi-kerusi di Fakulti Undang-Undang dikuasai oleh gerakan Anti PAS zaman-berzaman dari zaman Barisan Mahasiswa Bersatu lagi.Walaupun setelah tahalluf siyasi tahun 1998,kerusi-kerusi itu dipegang oleh mahasiswa bukan PAS dan tidak pernah ditembusi oleh PAS Kampus secara terus.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: