Polis Serbu Rumah Jamaah!Adakah TAMPAN Akan Terbongkar Jua!

Diberitakan kali ini Aspirasi UKM telah menerima ugutan daripada pihak yang tidak dikenali.Tetapi seperti yang penulis kira,pihak Aspirasi tidak lancang dan biadap terhadap seteru politiknya walaupun dimaki sebagai anjing UMNO dan ugutan keselamatan terhadap diri dan ahli keluarga.

4 orang diugut dengan panggilan telefon manakala yang lain menerima SMS tersebut. Begitulah keadaannya.Cuma di sini penulis ingin memuji pihak Aspirasi dan mereka yang menerima ugutan kerana bersabar dan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.

Penulis juga memuji tindakan Ayahanda TNC HEPA UM,Prof.Madya Datuk Azarae Haji Idris kerana bingkas mengambil tindakan.Isu Rasuah bukan perkara mainan.Maka, jikalau nama kita dituduh dan terdapat keraguan munasabah bahawa terdapat “foul play” maka perlulah nama kita dibersihkan.

Diberitakan bahawa surat tersebut menggunakan kepala surat lama,nombor rujukan yang ada bukan dari siri nombor rujukan pejabat HEPA UM dan nama beliau tidak lengkap dengan gelaran yang ada.Perkara ini merupakan perkara asas bagi sesuatu surat rasmi.Selain itu,penulis serahkan kepada pihak Polis untuk menyiasat.

serburo

Adakah maklumat seperti TAMPAN bakal diperolehi Pihak Polis?

Sekonyong-konyong,diberitakan Rumah Jemaah diserbu polis. Tetapi,seperti biasa,mereka lebih senang bersifat biadap apabila menuduh PDRM sebagai “Double Standard” apabila mengadakan soal siasat tersebut.Pihak Penggerak Mahasiswa boleh melaporkan kebiadapan tersebut kepada polis apabila Pro-M dilaporkan berkata:

“Laporan yang dibuat oleh orang ‘besar’ atau orang atasan terus sahaja dilakukan siasatan.Laporan oleh mahasiswi kita, saudari Ayuni semalam hanya tinggal laporan.Langsung tiada siasatan.Ini polis jenis apa?”

Kata-kata ini jelas digunakan untuk merendah-rendahkan pihak Polis.

Dikatakan dua LapTop turut dirampas.Penulis berharap pihak Polis dengan bantuan Pihak Keselamatan UM dapat membongkar bukan sahaja tuduhan terhadap Ayahanda TNC HEPA UM tetapi juga tamrin-tamrin paksa yang dilakukan oleh PAS Kampus atas nama Tamrin Panjang.

Selagi mana wujud Tamrin Panjang ini,ia adalah violasi kepada hak mahasiswa.Kita berharap rampasan komputer riba ini bakal mendedahkan hubungan PAS dan PMIUM sebelum pilihanraya Kampus menjelang 19 Januari ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: