PRK 036:Sah Nama Syed Azman Dipancung Muqabalah!

Penulis menunggu sahaja laporan ini untuk disampaikan kepada seluruh pengikut blog dan tulisan penulis.Setakat ini,beberapa blog sependapat dengan penulis tentang perbalahan antara golongan Muqabalah(Haji Hadi,Mustafa Ali,Harun Taib, Wan Mutalib Embong) dengan puak-puak Erdogan PAS (geng JIM dalam PAS ,Khalid Samad,aparat Anwar seperti Kamaruddin Jaafar).Blog-blog tersebut adalah malaysiawaves dan hambali1.

Menghairankan sekali,ramai yang sengaja melepaskan pandangan mereka terhadap isu pemilihan calon PAS ini dengan mengatakan Haji Hadi mengemukakan “calon neutral”.Padahal, Harakah telah memberi isyarat kepada Erdogan bahawa Abdul Wahid Endut adalah anak didik Mustafa Ali. Wahid Endut mewakili faksi Muqabalah bukannya neutral.

Dibongkarkan lagi di Malaysiawaves, bahawa nama calon tunjukkan Erdogan iaitu Dr Syed Azman telah dipancung dari senarai pemilihan calon PAS pada 21 Disember yang lalu. Dato’ Dr Harun Taib yang terkenal keras melawan puak JIM/IRC dalam PAS telah mewakili Pesuruhjaya Tinggi PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dalam mesyuarat pemilihan pada hari itu. Nama Syed Azman tidak tersenarai langsung dalam nama yang dibawa oleh Harun.

syed_azman

Kasihan Syed Azman,namanya dipancung puak Muqabalah!

Nama yang dikemukakan Dato’ Harun Taib ialah Dr Khazani, Mustafa Ali, Wan Muthalib Embong dan Ariffin Deraman.Alasan Syed Azman tidak layak menjadi calon adalah dikatakan bahawa Syed Azman tidak dikenali ramai di DUNnya. Oleh itu, Malaysiawaves telah mengatakan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abd Hadi Awang sebenarnya telah berbohong tentang adanya nama yang bakal diumumkan pada 1 Januari di Stadium Negeri. Ini menunjukkan bahawa asbab kelambatan pengumuman itu kerana perbalahan muqabalah-erdogan mengikut telahan penulis adalah tepat. Oleh itu,pembohongan Haji Hadi ini wajar diwarwarkan kepada umum.

Selain itu, komentar di blog yang sama mendedahkan bahawa nama Syed Azman dimasukkan semula dalam pemilihan tersebut oleh AJK PAS Pusat kerana desakan dari salah seorang puak Erdogan iaitu Dr Hatta Ramli.Dr Hatta Ramli telah didedahkan penulis dahulu sebagai seorang yang pernah ditarbiyyah oleh IRC.Jadi tidak hairanlah,kenapa Hatta Ramli begitu beria-ia untuk memasukkan nama Syed Azman semula untuk dipilih.

Yang menarik juga mengikut komen di situ,Datuk Nik Aziz Nik Mat dikatakan sudah lama tidak mempengerusikan Majlis Syura dan hanya timbalannya yakni Datuk Dr. Harun Din sahaja yang mengendalikan mesyuarat tersebut.Malahan, Datuk Nik Aziz sudah lama tidak hadir mesyuarat AJK PAS padahal dia turut menjawat jawatan Pesuruhjaya Tinggi PAS Kelantan.Oleh itu, tidak hairanlah nama Mat Sabu tidak termasuk.

Namun, perkara yang menarik di sini adalah berkenaan pendedahan Tulang Besi (yang penulis yakini dia adalah aparat IRC di dalam PAS) yang mengesahkan pergolakan hebat yang berlaku di dalam PAS sekarang ini antara Erdogan dan Muqabalah.

Kita tunggu lagi dalam episod yang akan datang!

One Response to “PRK 036:Sah Nama Syed Azman Dipancung Muqabalah!”

  1. […] ada suara untuk memutuskan perkara-perkara penting dalam parti.Walaupun terdapat Majlis Syura (khabarnya Nik Aziz sendiri sudah lama tidak mempengerusikan Majlis Syura) sebagai “check and […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: