Rempit Inspirasi Mahasiswa PAS dalam Pilihanraya Kampus

Pilihanraya Kampus di UTM menyaksikan kekalahan pertama Mahasiswa PAS atau nama lawaknya Pro Mahasiswa di sana. Menurut laporan dari Angin Perubahan, 21 daripada 45 kerusi yang dipertandingkan di UTM telah dimenangi oleh Aspirasi. Daripada 10 kerusi umum yang dipertandingkan,hanya 7 buah kerusi sahaja yang berselera ditandingi oleh mahasiswa PAS.

Menurut sumber yang lebih awal, Aspirasi telah berjaya memenangi 6 buah kerusi tanpa bertanding di 2 buah fakulti di Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Alam Bina. Ini menunjukkan walaupun golongan mahasiswa PAS UTM telah melancarkan propaganda mereka lebih awal dengan bantuan laman mahasiswa pembangkang,ternyata mereka ini tidak lebih dari si mati pucuk yang teringin berkahwin baru.

Agen propaganda mereka terus menerus menggempur kampus UTM dan di antaranya adalah di Arked Meranti.Kononnya isu yang mereka akan bawa adalah Akademik, Kebajikan, Kepimpinan dan Perpaduan.

Jikalau mana-mana golongan Evolusi Mahasiswa ingin mematahkan kempen yang cakap tidak serupa bikin itu,tanyakan sahaja mahasiswa PAS ini tentang tarbiyyah mereka yang merosakkan akademik,kebajikan,perpaduan dan akhir sekali kepimpinan mahasiswa yang terbukti dengan kes Wan Norhayati Alias awal dekad ini.Hipokrasi golongan ini harus dibongkar dan didedahkan kepada umum agar tidak seorang pun akan ditipu dan diperdaya mengikuti Tamrin Jelas Fikrah mereka.

Namun,buat masakini kekalahan awal puak-puak Mahasiswa PAS di UTM menggambarkan mahasiswa UTM masih ingat akan kezaliman dan penipuan mahasiswa PAS di kampus tersebut.

budak_pas_rempit

Suatu ciri mahasiswa PAS adalah kegemaran mereka merempit.Ini terbukti dengan siri rempit mereka di UTM.50 buah motosikal mat rempit PAS ini kononnya untuk menunjukkan gahnya “perjuangan” mereka. Tetapi,Allah Maha Kaya,apabila mereka dikejutkan awal untuk hilang 6 kerusi berharga tanpa sebarang usaha pun dan Aspirasi mendahului 21-0 berikutnya.

Kemudian,di Kampus Perdana,trend rempit ini diteruskan oleh PAS cawangan Kampus UM ini dengan 33 buah motorsikal,1 buah van dan 5 buah kereta. Rempitan mereka adalah kolej-kolej kediaman di Universiti Malaya.

Imej yang dibawa oleh mahasiswa PAS UM ini adalah jelas tidak intelek dan meniru-niru gejala rempit yang menjadi masalah sosial di luar sana.Kesimpulannya, adakah mereka ini sebahagian dari kaum rempit itu,kerana sesungguhnya mereka yang menyerupai sesuatu kaum itu sebenarnya adalah sebahagian dari kaum tersebut?

Maka,ingatlah mahasiswa semua,jangan kita gadaikan kampus kita dengan menyerahkan kuasa yang ada pada Aspirasi kepada golongan rempit Kampus ini.Jangan biarkan mereka yang pernah menipu masyarakat (dengan penubuhan parti lawak Parti Mahasiswa Negara) ini kembali mengetuk pintu bilik anda di Kolej!

Pastikan mereka tumpas di setiap kerusi yang mereka tandingi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: