Snippets:Isu Ayuni Mangsa Keadaan,Flyers Rizal di 10th & Flyers Pro-M=Zionis

Penulis ingin mengucapkan selamat mengundi kepada mahasiswa Universiti Malaya pada hari ini. Diharapkan mahasiswa UM dapat memberikan undi kepada Penggerak Mahasiswa atas dasar menolak politik kotor PMIUM dan aparatnya.

Penulis ingin memberikan analogi terhadap kes isu rasuah TNC HEPA seperti hukum di hutan safari.Seekor cheetah tengah mengejar seekor kijang.Namun,kijang sangat pantas berlari sehingga cheetah gagal menangkap kijang tersebut dan terselamatlah kijang tersebut.A

khirnya,terkedulah si cheetah melihat terselamatnya mangsanya.Maka, diadukanlah akan laparnya si cheetah tersebut nanti kerana gagal mendapat mangsanya di seluruh hutan belantara.

Begitulah keadaan si Shah Rizul Ayuni.Yang hendak diterkamnya adalah TNC HEPA.TNC HEPA bukannya cicak mengkarung tetapi kijang yang mampu berlari pantas dan akan menendang balik jika diterkam atau diancam.Adakah adil jikalau cuma si cheetah saja yang berhak untuk makan tetapi si kijang tidak berhak untuk lari?

Maka, jikalau gagal untuk menangkap si mangsa,itu adalah nasib pemangsa untuk lapar. Itu hukum alam dan biarkanlah polis menyiasat perkara tersebut serta siapa dalang yang mencipta surat itu untuk memburukkan keadaan dan memperolehi mileage politik yang bersifat murahan (tetapi alhamdulillah gagal dengan cemerlang).

Janganlah diteruskan rayuan dan rengekan.Jikalau diteruskan, maka itu tandanya Shah Rizul Ayuni tidak ada kredibiliti dan karisma untuk berhadapan dengan masalah ini.Dan harus ditolak sahaja calon ini kerana tidak mampu berhadapan dengan situasi ini dengan profesional.

Selain itu, dikatakan diedarkan flyers kononnya  Mohd Rizal Azizan adalah calon PMIUM.Sekonyong-konyong,timbul penafian dari Pro-M bahawa Rizal calon mereka dan menuduh bahawa ini adalah tindakan terdesak daripada “orang yang ingin mempertahankan kemenangan”. Penulis melihat bahawa ini adalah respon daripada penjelasan artikel penulis sebelum ini.

Tetapi, harus diingat, siapakah yang boleh membuat penceritaan sebaik itu kalau bukan Pro-M?Pengedaran flyers dengan rekabentuk itu sama dengan flyers tradisi Pro-M.Jadi siapakah yang boleh melakukan perkara itu?

Ini ditambah pula dengan penggunaan nick Pro kebenaran yang digunakan oleh Team penulis.Nick yang sama digunakan untuk “mendedahkan” siapa Mohd Rizal di Mahasiswakini, menunjukkan bahawa pihak yang tidak senang dengan pendedahan Team penulis dan juga Rizal Azizan yang kenal dengan kelakukan PMIUM berada di belakang pengedaran flyers dan fitnah di blog serta website.

Begitu juga dengan pengedaran flyers APIUM dituduh Zionis.Sekali lagi kebodohan aparat PMIUM terserlah.Sepatutnya selepas insiden simbah kereta dan kepala babi,mereka sepatutnya bertaubat dan menghindarkan diri dari fitnah.

Satu lagi kesilapan strategi dilakukan di mana pengedaran flyers tersebut adalah stail flyers PMIUM dari zaman berzaman.Adakah Penggerak Mahasiswa terlalu bodoh ingin membangkitkan kemarahan mahasiswa?Ini menunjukkan bahawa PMIUM terlalu terdesak untuk kemenangan setelah isu rasuah ayahanda TNC HEPA dan isu kepala babi gagal mempengaruhi mahasiswa.

Kita mencabar Hilman Nordin,Azlan Zainal, Faisal Mustaffa dan Haafizuddin Abierah untuk bersumpah bahawa mereka tidak terlibat dan tidak kenal siapa di sebalik kes pemalsuan surat TNC, isu kepala babi dan cetakan flyers fitnah APIUM=Zionis serta sabotaj terhadap imej Rizal Azizan.

Kita meminta agar mereka membubarkan skuad sabotaj PMIUM yang menggunakan taktik kotor mencemarkan perjalanan pilihanraya kali ini dan menghentikan tradisi ini dengan nama Allah Tuhan Sekelian Alam.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa pilihanraya kampus kali ini adalah terkotor yang pernah dimainkan oleh PMIUM.

Semoga Allah Taala memberi azab yang berat kepada mereka menggunakan taktik kotor ini untuk sedikit habuan dunia yang sedikit.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: