Surau APIUM Diletak Kepala Babi,Taktik Pro-M Yang Sama Setiap Tahun

Maka,disebutkan oleh laman PAS Kampus Cawangan UM,kepala babi ditemui dalam Surau API ditulis dengan “PMI,Pro-M,PAS”.Dikatakan kepala khinzir beserta bendera PAS itu diletakkan sebelum pukul 5.00 pagi.

Pengerusi Pro-M yakni Razali Zaidin buat-buat hairan apabila mengatakan mengapa Surau API dan cubaan mengaitkan PMI dan PAS menjadi tumpuan?

Sebenarnya,inilah taktik terdesak PAS Kampus Universiti Malaya. Hairan,bukankah masa sebelum subuh adalah masa bagi jentera Pro-M melakukan rondaan ataupun hirasah dan kubu mereka berjaga adalah Surau API?

Siapakah yang melakukan perkara ini?Seperti yang penulis dedahkan dahulu,terdapat kumpulan sabotaj yang ditubuhkan oleh PMI untuk menjalankan kerja-kerja kotor.Bagi kumpulan ini,apa sahaja halal.Tidak hairan kerana mereka ada Ustaz yang boleh menghalalkan apa sahaja kerana bagi mereka Pilihanraya Kampus adalah Peperangan.Peperangan adalah tipu helah walaupun terpaksa mengorbankan Rumah Allah.

Tahun lepas, Rumah Allah di Kolej Kediaman Kedua dicontengdengan perkataan ‘AUM’ yang merupakan seruan agama Hindu.Walaupun dinding diconteng,tetapi Al Quran masih terselamat.Jika difikirkan yang melakukannya adalah orang bukan Islam,maka tentulah kitab suci kita juga dijadikan sasaran.Yang hairannya pemegang kunci surau itu adalah orang PMI yang baru dibuang kolej sewaktu berlakuknya insiden itu.Sila baca rencana ini.

Tahun 2007,pejabat PMIUM diconteng dengan perkataan ‘FUCK’ dan ‘PMIUM BABI’.Hairannya, harus diingat,bahawa takkanlah pejabat PMIUM yang aktif dan sentiasa berjaga itu mudah diconteng.

Melihat kepada corak serangan yang berlaku maka pembaca boleh membuat kesimpulan,siapakah yang berani membuat serangan kotor ini.

Penggerak Mahasiswa tidak mampu berbuat perkara ini kerana,API adalah kubu kuat PMI. Penggerak Mahasiswa jijik melihat bendera PAS samalah seperti melihat kepala babisendiri. Penggerak Mahasiswa tidak bergerak melakukan rondaan dan hirasah pada pukul 5.00 pagi.

Jadi siapakah yang melakukan serangan kotor ini?

Baca Pemikir Mahasiswa Online dan anda boleh mengagak siapa dalang tersebut!

Sila sebarkan kepada pengundi-pengundi kisah-kisah ini!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: