UMANY Patut Keluar dari Pro-M!

Penulis berasa takjub dan hairan dengan blog mahasiswa pembangkang yang tidak menyiarkan laporan Malaysiakini tentang penemuan kepala babi di surau.Tindakan mereka ini adalah supaya pembaca mereka yang terdiri dari penyokong-penyokong mereka tidak tahu apa yang berlaku mengikut laporan bebas.

Namun,berita tentang bilik yang disewa oleh Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) yang pro-Mahasiswa di Rumah Universiti, digeledah polis oleh Malaysiakini terus disiarkan oleh blog PAS Kampus tersebut.

Seperti biasa,kita boleh membaca penghinaan terhadap pihak Polis oleh penyokong-penyokong mereka dalam komentar blog mereka (tidak mustahil akan dipadamkan kelak untuk memadamkan bukti):

Kebenaran Sejati
January 18th, 2009 at 10:10 am

Polis zaman sekarang haprak!! ikut arahan org atas jer..pastu makan rasuah

langsat
January 18th, 2009 at 8:31 am

huii..dahsyat ye polis zama sekarang ni..boleh plak geledah2 rumah orang walaupun tanpa waran ye???…

Apa yang terjadi terhadap “markaz” UMANY,tidak menghairankan penulis kerana didasarkan andaian bahawa tidak mungkin orang Islam yang berani meletakkan kepala khinzir di dalam rumah ibadah sendiri.Maka, atas lojika berkenaan,barangkali polis menyerbu bilik sewa UMANY tersebut untuk maklumat.UMANY bukan di belakang insiden itu, tetapi sebagai penyiasat,kemungkinan ada fragmen-fragmen bukti untuk menyabitkan mana-mana pihak berada di bilik sewa tersebut.

Namun,tidakkah Presiden UMANY, Teh Hoong Keat  sepatutnya berasa geram dengan kejadian tersebut?Orang lain yang makan nangka,UMANY yang terkena getahnya?

Ini dapat dilihat daripada kenyataan Teh yang berbunyi:

“satu cubaan sabotaj dan memburuk-burukkan nama baik PMIUM dan Pro-Mahasiswa.”

Oleh itu,Teh patut bertanya kepada PMIUM dan meminta penjelasan rasmi berkenaan:

1)Kenapakah terdapat ahli atau jentera PMIUM di Surau API dan mereka tidak sedar tentang kejadian tersebut “tidur mati”tidak seperti yang diketahui Teh sepanjang perkenalannya dengan jentera perang PMI setiap kali pilihanraya kampus ?

2)Kenapakah semasa rondaan/hirasah si Azlan Zainal dan rakan gagal mengesan motorsikal atau kereta yang membawa kepala babi dan mereka menjadi orang pertama menjumpai kepala itu?

3)Menuntut pengakuan bersumpah bahawa aparat-aparat PMIUM terutamanya Hilman Nordin (yang pernah dikaitkan dengan kes conteng surau Kolej Kedua) tidak terlibat dengan kejadian berkenaan.

Teh harus sedar bahawa UMANY sedang berkerjasama dengan golongan yang jikalau gagal menjawab tiga perkara ini cukup berbahaya untuk dibawa kerjasama dan mentadbir MPP secara bersama.Jika ini pilihan Teh,maka UMANY berada dalam keadaan bahaya dan ahli UMANY wajar mempersoalkan kebijaksanaan Teh sebagai pemimpin mereka.

UMANY sekarang dalam keadaan tertekan akibat kes kepala babi ini.Mungkinkah kepala babi ini akan terus membawa sial jikalau UMANY masih kekal dalam Pro-Mahasiswa?

Sama-sama kita lihat adakah Teh ini cerdik ataupun boleh terus diperbodohkan oleh PMI?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: