DAP Bakal MB Perak Jika Nizar Berjaya Bubarkan DUN Perak!

*Nota: Setakat artikel ini ditulis,Sultan Perak belum memberi perkenan pembubaran DUN ataupun memberi izin kepada BN menubuhkan kerajaan di Perak.

MB Nizar nampakanya tidak sabar-sabar untuk mengisytiharkan pembubaran DUN Perak.Menurut Malaysiakini dan Utusan Malaysia,Nizar gagal mempengaruhi Sultan Azlan Shah untuk memperkenankan pembubaran DUN walaupun telah masuk 2 jam dengan usaha jayanya berkeliaran untuk mengadap Tuanku.

nizar

Nizar mengandaikan bahawa dirinya akan terlantik semula sebagai MB jikalau PR menang semula selepas pilihnaraya DUN Perak.Dia tentu tidak menyangka bahawa sudah tentu DAP akan mencalonkan beberapa calon Melayu sebagai bakal MB.Inilah penutup kepada pengkhianatan Nizar terhadap orang Melayu di Perak jika usahanya membubarkan DUN berhasil nanti

Jika mengikut lojik akal,tidak hairan Seri Paduka Baginda tidak berkenan.Pilihanraya umum baru sahaja lepas 10 bulan (lebih sedikit).Bayangkan betapa banyaknya duit yang bakal dibelanjakan,betapa banyak tenaga yang bakal dibazirkan, dan berapa banyak rakyat jelata yang bakal bermasam muka semula akibat kempen siasah yang tidak putus-putus.

Sultan Azlan Shah tahu perkara ini.Maka,munasabahlah di atas kertas tuntutan Nizar patut ditolak mentah-mentah.Walaupun Harakah cuba menyatakan yang sebaliknya menurut lidah Nizar,tetapi orang yang berakal,semestinya tahu bahawa Nizar telah kecewa apabila Istana tidak memutuskan segera untuk menyokong gesaan Nizar tersebut.

Namun,Nizar tidak membaca firasat jauh Tuanku yang berdarah Parameswara dan waris sah Kesultanan Melayu Melaka.Adakah Nizar telah lupa bahawa Ngah akan mencari sehingga lubang cacing calon-calon Melayu untuk partainya?Maka,ingatlah,bahawa selepas ini jika usaha Nizar berjaya membubarkan DUN Perak,yang akan menjadi MB Perak adalah Melayu boneka DAP,bukannya Nizar.

Inilah yang mesti dibaca oleh PAS di Perak.Tetapi,Nizar terlalu naif.Makan minum dan tidurnya adalah Pakatan Rakyat.Namun,DAP tidak.DAP memikirkan survival kaum tertentu sahaja.Nizar tidak memikirkan Islam apatah lagi Melayu sewaktu berbuat keputusan.Nampaknya,Nizar berkira-kira bahawa tindakannya adalah untuk mempertahankan mahkota dan Toyotanya sahaja.

Sebenarnya,Nizar telah mengkhianati harapan Tuanku Sultan Perak.Kenapa Nizar dipilih sebagai MB?Kerana diharapkan Nizar boleh menggunakan akalnya sebagai seorang jurutera profesional untuk mempertahankan hak bangsa.

Sultan boleh berkenan melantik MB dari kalangan bekas posmen dari PKR tetapi Tuanku tidak berbuat demikian.Tuanku memilih Nizar kerana memikirkan Nizar yang terpelajar dan mempunyai IR (professional engineer) itu diharapkan boleh menjaga orang Melayu dan tidak dungu menjual maruah bangsa pada harga yang sedikit.

Apabila diungkit Osman Jailu dan Jamaluddin Razi derhaka kepada Sultan kerana “ingkar” mempertahankan kerajaan PR Perak,sebenarnya Nizar telah derhaka kepada harapan Sultan Perak dan keluarga Diraja Perak terlebih dahulu.

Nizar telah derhaka mempertahankan tanah Perak dan memberikannya kepada “mereka itu” hampir buat selama-lamanya.Nizar telah derhaka kepada negara apabila menukarkan kereta Proton kepada Camry belumpun sampai tempoh.Nizar derhaka apabila mengutamakan Pakatan Rakyat daripada hak orang Melayu dan Islam.

Oleh itu,adakah Nizar hendak menutup penderhakaannya dan pengkhianatan terhadap orang Melayu dan Sultan Perak dengan membubarkan DUN sehingga DAP sempat mencari “melayu buta” sebagai calon MB?

Sebagai orang Melayu yang beragama Islam marilah kita sama-sama doakan agar Baginda Sultan Perak tidak memperkenankan hasrat Nizar tersebut!!!

4 Responses to “DAP Bakal MB Perak Jika Nizar Berjaya Bubarkan DUN Perak!”

  1. Selepas ini Nizar akan mengigau sambil meracau, mengenangkan camry kema tarik balik. Exco yg lain garu kepala pasal dapat “test drive” sajer camry tu.

  2. Jangan yakin sangat yeop oiii… Allah Taala itu Maha Mengetahui.. Kita tengok la sapa yang meracau nanti.

  3. mslhnya..skang pun dah ada org meracau..claim masih MB..bukan nak tanya Sultan.Bubar DUN pun mandai2 jer..

    Dgn Izin Allah,BN akan perintah semula Perak dgn majoritinya ADUN org seagama dan sebangsa dgn awak…

  4. Allah maha mengetahui mana2 hambanya yang giler kuasa, giler harta, kaki rasuah, kaki pengampu, penuh skandal dll..fikir-fikirkanlah…
    Wallahua’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: