Kes Dua ADUN Perak:Perang Tiga Penjuru antara UMNO-DAP+PAS-PKR!

Kes dua ADUN PKR yang hilang sudah terjawab.Kedua-duanya mengisytiharkan tidak lagi bersama dengan PKR.Sebelum ini,pelbagai andaian dibuat.Ada yang kata sudah masuk UMNO,ada yang kata masih PKR. Tetapi,yang pasti tiada pilihanraya kecil di DUN Behrang dan Dun Changkat Jering.

osmanjamaluddin12

Kemelut DUN Perak mendedahkan kepincangan PAKATAN RAKYAT.PAS ingin mengambil semula DUN Changkat Kering,manakala PKR seperti gila talak mengatakan kedua-dua YB ini masih ADUN PKR

PAS sejak awal-awal lagi mahukan pilihanraya kecil diadakan.Berbanding dengan PKR yang masih tunggu dan lihat sebelum ini.Raja Petra Kamaruddin pula pro kepada pembubaran seluruh DUN.Bagi penulis,apa-apa sahaja adalah ketentuan ALlah Taala,samada tiada pilihanraya kecil,berpilihanraya kecil ataupun dibubarkan DUN itu adalah ketentuan-Nya.

Cumanya,apabila terjadi peritiwa ini,penulis semasa di Masjid teringat adakah peristiwa tahun 1961 di Terengganu akan berulang?Kerajaan PAS Terengganu yang ditubuhkan selepas pilihanraya 1959, tumbang selepas ada ADUN-ADUNnya yang melompat ke Perikatan.Maka,tatkala ini,tidak mustahil perkara yang sama berulang.

Namun,penulis sebenarnya lebih gemar diadakan pilihanraya kecil ataupun DUN dibubarkan walaupun pendapat penulis ini mungkin tidak digemari oleh penyokong-penyokong UMNO.Ini kerana kedua-dua ADUN ini sedang menghadapi tuduhan rasuah melibatkan RM 180 juta di Seri Iskandar.Oleh itu,mengikut hati dhamir penulis dan juga rakyat jelata,kemungkinan dengan masuknya mereka kepada UMNO,ini akan mencemarkan imej UMNO.

Walaupun dari segi siasah,sepatutnya,UMNO mengucapkan ahlan wa sahlan kepada kedua ADUN ini,namun dari segi moral,penulis lebih senang meletakkan isyarat berhati-hati.Ini dapat dilihat bahawa PKR masih belum bersedia menceraikan kedua-dua ADUN ini.Jika ada permainan yang berlaku,ia adalah permainan yang melibatkan”inner-circle” PKR yang  tidak diketahui PAS dan DAP.

Jika begitu,tidak hairanlah PAS dan DAP begitu gelabah dan gusar.Yang tampak paling nyata adalah MB Nizar.Seolah-olah,seperti tiada esok untukmu jika dilihat pada wajahnya. Ditambah pula dengan pendirian Pemangku Sultan Perak,Raja Nazrin Shah yang mengingatkan semua bahawa baginda tidak mahu campur dalam hal politik Perak.Mula-mulanya, mungkin isyarat dari Tuanku ini disambut gembira pembangkang tetapi sekarang,ternyata,Nizar,Ngeh dan co.,terpaksa berhadapan sendiri kemelut ini.

Tetapi,jikalau dilihat dari kronologi penceritaan kes ini,ternyata,PKR dan DAP tidak demokratik.Anwar telah memaksa semua ADUN-ADUN PKR untuk menandatangani surat Aku Janji untuk tidak melompat parti.Tidak seperti UMNO yang kononnya didakwa tidak demokratik.Ini menunjukkan bahawa PKR tidak mempercayai calon-calonnya, suatu perkara yang mendedahkan sikap Anwar yang sebenar.

Oleh itu,tidak hairanlah, ada bunyi-bunyi yang menyeru PAS mengambil semula DUN Changkat Jering dari PKR:

“Selain itu seorang bekas kakitangan kerajaan, Daud Ishak, 62 mahu pilihan raya diadakan tetapi mahu kuota kerusi Changkat Jering ini diserahkan kembali kepada PAS memandangkan kawasan ini sejak dulu merupakan kubu kuat PAS dan tidak mahu insiden ‘pisang berbuah dua kali’ berulang yang menjejaskan nasib penduduk di sekitarnya. “

PAS ternyata ingin mengambil semula DUN ini untuk menguatkan kedudukannya (baca:kedudukan Nizar)setelah ada khabar yang mengatakan bahawa tidak mustahil PKR akan mengambil alih kerusi Menteri Besar jikalau cukup ADUN-ADUN UMNO yang melompat.Namun,apabila hilangnya Osman Jailu dan Jamaluddin Razi,perancangan PKR gagal.Namun,yang terpucat lebih adalah Nizar.

Harakah mendedahkan bahawa Jamaluddin bertanggungjawab menyebarkan hal dalaman Kerajaan Negeri Perak dan memberitahu khalayak ramai bahawa Nizar hanyalah boneka kepada DAP.Maka,tidak hairanlah apabila keluarnya Jamaluddin,maka lebih pucatlah Nizar.

Sekarang ini,Harakah mewarwarkan pula Osman Jailu akan disambut dengan kasut jika berani pulang ke Changkat Jering.Tetapi,di muka surat yang sama temuramah telah dibuat Harakah dengan seorang pengundi,bahawa ini Osman Jailu seorang yang bermaruah dan berbudi pekerti.

Menurut Haji Hanif Mohammad,hasil dari persahabatan dengan Osman Jailu:

“Secara peribadi saya lihat dia baik dan dia tak sanggup untuk menggadai maruahnya tetapi mungkin akibat desakan tekanan yang begitu tinggi dan ugutan, beliau terpaksa berbuat demikian yang mungundang marah penduduk.”

Jadi mana satu yang betul?Osman mesti dibaling kasut ataupun dia seorang yang baik?Adakah menjadi ADUN Bebas itu atas dasar diugut kerana jikalau menjadi ADUN UMNO barulah telahan ini munasabah?

Yang nyata,pertempuran ini berlaku bukan lagi antara PR dan BN tetapi perang 3 penjuru antara UMNO dengan PAS+DAP dengan PKR.

One Response to “Kes Dua ADUN Perak:Perang Tiga Penjuru antara UMNO-DAP+PAS-PKR!”

  1. hancurlah kerajaan PR kat Perak…Mustahil mereka boleh bekerjasama. masing2 berideologi terlalu berbeza. Lepas ni Nizar gila talaq kerusi MB Perak la…Aku setuju dua2 mangkuk hayun ni tak diterima masuk UMNO. Kita UMNO ada maruah. TPM kalau moral luar tabii dan rasuah pun kita pecat!!! Jgn terima dua2 watak antagonis PKR ni..kaki rasuah dan zina!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: