DUN Perak:Anwar dan Nik Aziz “Flip-Flop” Pasal Lompat Parti

Nota:Tatkala ini, DS Najib Razak sedang mengadap ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk mendapatkan perkenan baginda bagi pembentukan kerajaan Perak yang baru.Marilah kita berdoa agar BN dengan majoriti ADUNnya beragama Islam dapat berkuasa semula di Perak.

Anwar oh Anwar!Inilah sahaja yang penulis dapat lagukan tentang Anwar Ibrahim.Sekali lagi dia “flip-flop”.

Ingatkah lagi bagaimana temberangnya kepada rakyat marhaen tentang 16 September?Sistem apakah yang hendak Anwar gunakan?Sistem Lompat Parti!!!

Sekarang, Brother Anwar Bin Ibrahim sudah jadi Tuan Sarjana.Taktik yang dia harapkan sudah makan sama tuan.Sistem yang mahu dia gunakan tetapi sekarang hendak dilemparkan masuk ke dalam penjara bila sudah ada Syawal, Bapa Ahmad Albab mahu tunjalkan sistem itu ke kepalanya.Pening lalat Anwar.

anwarnari1

Kalau dah asal dari tepi jalan,ke tepi jalan jugalah Anwar mau pulang.Bila tak dapat apa yang dia mau,dia ikut rasmi sundal,jual apa yang patut di tepi jalan untuk dapat sokongan!

Anwar malam ini mahu adakan protes pula di Perak.Hendak ditunjuk samseng pada Istana Perak.Kalau sudah asalnya dari tepi jalan,ke tepi jalan jugalah dia mahu pulang.Inilah resmi si perempuan sundal (sori Brother Anwar nak sebut jugak ni, jangan marah,sekarang maknyah sundal pun masuk buku).Resam sundal juga yang Anwar ambil.

Tetapi, Anwar sepatutnya tidak boleh marah.Kalau marah nanti kena jual.Anwar marah kononnya menurut Malaysiakini:

PKR dan Pakatan berpandangan bahawa “kita harus tunduk kepada kehendak rakyat”.

“Kita mesti bertegas dalam isu ini, kembalikan kuasa kepada rakyat, terutama dalam situasi yang tidak menentu di Perak.

“Cara mengugut, membeli dan melarikan Adun tidak boleh dipertahankan,” tegasnya.

Aii..baru Anwar teringat pada rakyat.Masa kau rampas Adun Bota, Datuk Nasharuddin Hashim, tak teringat pula kau pada rakyat.Apa perasaan rakyat Bota, apabila Datuk Nasharuddin lompat parti masuk PKR 10-11 hari yang lepas?Patutkah Anwar melarikan Adun Bota ini dari pengundi dan parti yang diwakilinya?

nik_azizTuan Guru takkan senyum saja bila orang mau masuk,orang keluar pun patut Tok Guru senyum jugak.Kan ini kehendak Demokrasi?Ke demokrasi terpimpin saja Tok Guru?Jangan lupa ya Tok Guru,Sulaiman Akhlaken…ya Sulaiman Akhlaken…manatau ada ADUN oversea yang mau lompat masuk PR…kaya-kaya!!!

Selain Anwar, Nik Aziz juga “flip-flop” pasal lompat parti. Apa Tuan Guru PAS bilang sama hud-hud pasal lompat parti:

KOTA BHARU 16 Sept. – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berpendapat, tidak menjadi kesalahan kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil alih kerajaan dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) lompat parti.

Katanya, apa yang dilakukan Anwar adalah selaras dengan kehendak demokrasi, mengikut peruntukan undang-undang dan sejajar dengan tuntutan masa dan keadaan.

“Kalau Anwar tidak buat macam itu, nak buat macam mana lagi, sementara menunggu pilihan raya, buat macam ini dulu.

~~~~Dipetik dari Laman Web Dewan Pemuda PAS Wilayah

Hari ini dalam Utusan Malaysia,Nik Aziz bilang apa sama hud-hud:

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan menyifatkan mereka yang melompat parti sebagai tidak bermaruah dan mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat.

Kalau dari dulu mereka bilang lompat-melompat ini membahayakan kesihatan bukankah bagus?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: