Polis Jangan Tangkap Anwar Malam Ini!

Menurut Harakah,semua orang besar-besar Pakatan Rakyat telah berkumpul di Kediaman Menteri Besar.

Bingai betul pemikiran pemimpin Pakatan Rakyat.Tidak sedarkah mereka yang mereka sedang diperbodohkan oleh Anwar.Tidak sedarkah mereka bahawa Anwar sekarang dibicarakan atas tuduhan liwat Saiful Bukhari?Anwar memang mahu ditahan polis supaya tidak perlu dibicarakan atas kes ini!

Kita berharap pihak Keselamatan Negara berfikir panjang dan tidak melatah dengan Anwar.Jika polis menahan atau menangkap Anwar atas kesalahan ISA,maka terselamatlah Anwar dari kemungkinan disabitkan kesalahan liwat tersebut.

Malaysiakini mengatakan Nizar dan exco Pakatan Rakyat telah berkubu di Kediaman Menteri Besar.Penulis berpendapat biarkan.Biarkan Nizar kencing,berak dan berkulat di Kediaman tersebut.Biarkan,biarkan 2-3 bulan pun tidak apa.Kerana Sultan akan bertambah murka,rakyat akan bertambah jelik.

Mereka harap polis akan merempuh masuk,dan memaksa mereka keluar dengan kasar.Kediaman Menteri Besar hanyalah simbol.Tapi yang haqiqi adalah titah perkenan Sultan Perak.Itulah yang lebih penting.

Dalam dunia teknologi sekarang,di mana-mana sahaja kita boleh memerintah apabila kuasa di tangan kita.Yang penting,kerajaan baru boleh menjalankan amanah.Mereka boleh menjalankan amanah di pejabat BN negeri, dan di mana-mana sahaja yang sesuai.Biarkan rakyat getik dengan Nizar yang tidak sedar untung itu.

Polis harapnya jangan berkasar dengan rakyat jelata.Awasi sahaja. Pihak Keselamatan Negara,penulis rayu jangan melatah!

Rakyat jelata ramai yang datang hanya untuk melihat sahaja.Jangan ulangi zaman reformasi,di mana ada rakyat yang bershopping turut menjadi mangsa.

Biarkan kali ini,Nizar,Anwar,Hadi dan LimKit Siang dihukum oleh Makkal Sakhti!

7 Responses to “Polis Jangan Tangkap Anwar Malam Ini!”

  1. salam kpd maharaja zhou..

    saya linkkan dengan BPN sekali… tq kerana melawat..

    SAYA SETUJU DENGAN ULASAN SAUDARA. POLIS JANGAN TERPEDAYA DENGAN MAINAN ANWAR. JIKA DIA MELAKUKAN KEROSAKAN DI JALANAN PERAK, BIARKAN. RAKYAT AKAN BERTAMBAH BENCI KEPADANYA!!

    • maharajazhou Says:

      Assalamualaikum Ipoh Malay,

      Sama2,terima kasih kembali kerana sudi berkunjung balas.
      Kita doakan keamanan di Ipoh.Kita harap pemimpin BN tidak makan umpan Anwar.Harapan juga kepada pihak Polis agar tidak berkeras dengan demonstran.Gunakan taktik pujuk lebih afdhal.Insha Allah,pihak Polis lebih tahu apa strategi yang bakal digunakan.Apa pun mari berdoa agar Nizar mengenang semula siapa yang meletakkan dirinya di tempat itu.Bukan DAP,bukan PKR.Tetapi,baginda Sultan.

  2. x taulah minyak apa yg dicalit oleh nuar kat pengikut dia
    nuar ni umpama malaikat (kononnya)
    x pernah buat salah
    org lain je salah
    hahahahaktuih

  3. nizar serba salah ..PAS dimainkan sehabisnya oleh DAP..

    DAP ada kemungkinan pergunakan Taipusam di Ipoh ahad ini..

    panas…

    • maharajazhou Says:

      Nizar terang2 derhaka pada Sultan.Dia lebih hormat DAP daripada Sultan Azlan Shah.Sekarang,PR hendak hasut rakyat benci Sultan dan ugut Sultan ikut kehendak mereka.

  4. tuan,

    saya percaya semakin kuat mereka melawan maka makin kuat rakyat perak di belakang duli tuanku! Kini ia sudah melebehi dari sempadan politik dan mereka memang mahukan negara dalam keadaan tak terkawal.

    Jebat Penderhaka tetapi Jebat derhaka bukan kerna titah raja tapi hukuman sultan keatas saudaranya sendiri…andai kata tuah tidak di fitnah, jebat takkan menderhaka.

    inikah kerajaan PR yang menjunjung rukun negara. Renung dan hayati lah rukun negara. Dimana letak duduknya RAJA MELAYU? Di kala manusia makin hilang sifat kemanusian….ada pula penderhaka durjana mengajak rakyat melawan RAJA.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: