Nak Tau Siapa MB Perak,Tunggu Slip Gaji!

Konon-konon puak Pakatan Rakyat buat-buat “blank” tak tahu siapa MB Perak.Ir. Nizar “derhaka”Jamaluddin ataupun Datuk Zambry Abd Kadir.

Jawapan penulis senang saja.Kalau tak puas hati, tunggu dapat slip gaji.Nizar atau Zambry?Kalau SUK Kerajaan Negeri dah minta keluar dari pejabat,tidak perlulah buat-buat blank.

Datuk Zambry sudah mengangkat sumpah.Kita lihat bagaimana seorang Ir. mencabar seorang bekas Ketua Hakim Negara tentang hal undang-undang (atas nasihat seorang graduan Pengajian Melayu yang hanya dapat general degree).

Hairan,ada orang yang percaya.Ada orang yang sanggup (walaupun jauh lebih kecil) untuk mempertahankan suatu perkara yang tidak betul.Mula-mula semalam,100 ribu.Turun 10 ribu.

Penulis menyesal tak “print screen”kan awal-awal laporan Malaysiakini pada pukul 2.27 sehinggga 2.58 petang.Penulis asyik refresh sahaja komputer.Maklumat awal dari Malaysiakini menyatakan hanya 500 orang penunjuk perasaan sahaja di Masjid Ubudiyyah.

Tapi,kemudiannya laporan pada waktu yang sama meningkat “mendadak”kepada 3000 orang.Orang Pakatan Rakyat gerenti tak percaya.Tapi itulah hakikatnya.Dari 500 orang,senang-senang naik kepada 3000 orang.Kita cerita macam mana pun orang PR akan kata ini auta Bloggers UMNO.Padahal,kita asyik-asyik refresh saja tak putus-putus.

Penulis ucapkan takziah kerana mereka menggunakan Rumah Allah sebagai tebusan untuk mempertahankan si penderhaka Nizar.Padahal hukum Allah,tetap menyatakan supaya taat kepada ulil amri.Jika tidak puas hati,rujuk pada kitabullah.Tapi,mereka rujuk pada Karpal Singh dan Brother Anwar.

Penulis minta agar FRU tidak gopoh-gapah dalam menyuraikan saki-baki yang ada di dalam Masjid.Penulis berharap polis melayan OKT dengan baik kerana mereka saudara-seagama dengan kita.Cukuplah untuk hari ini.

Apapun Datuk Zambry adalah orang yang bakal menerima slip gaji MB bulan ini.Cukuplah.Jangan buat-buat blank lagi!

7 Responses to “Nak Tau Siapa MB Perak,Tunggu Slip Gaji!”

  1. Rakyat Perak Says:

    Demo hari ni depan Istana..cuma sekitar 500 org sj yg hadir. Jgn nak kelentong pasai aku ada kat situ. Semua yg demo Melayu…Cina DAP seekoq pun tak mai..

  2. salam saudara…

    bila buat blog ni ?

    mantap…

    nanti saya add dalam list bpn yer…

    jika tak boleh sila ym saya…

    saya cadangkan Maharaja pancung semua pengkhianat pengkhianat di luar sana.

    kesudian maharaja mencemar duli amat saya hargai…

    Hidup BPN !!

    • maharajazhou Says:

      Assalamualaikum Tuan Panglima,

      Ana start upload dari 26 Januari.Tapi selesai dalam 3 Februari.Alhamdulillah, tuan panglima sudi berkunjung ke teratak ana yang tak seberapa ni.Harap tuan panglima boleh masukkan dalam RSS tuan panglima.

      Ikut hukum Maharaja Cina,jikalau putera raja yang mendurhaka,hukumnya penderhaka itu akan ditarik badannya dengan dua ekor kuda sampai putus badannya.Jikalau menteri-menteri,biasanya akan dipancung dan dibunuh seluruh ahli keluarganya dan akan ditanam di tepi tembok istana.Itu hukum zaman Maharaja Cina sehingga mungkin hujung abad ke 19.Ini bukan rekaan tapi dalam sejarah.

      Penderhaka Nizar ni,Maharaja Zhou tak boleh buat macam tu.Ana kalau nak pancung atau tarik dengan dua ekor kuda pun dalam blog ni saja.

      Hidup BPN!!!

  3. memang jelas PAS menerusi Ketua Pemuda Perak Norazli yang menghasut supaya dibuat demonstrasi..lihat malaysiakini berita tersebut.

    kita kena lawan mereka ni habis habisa…

  4. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Kenapa Melayu dilahirkan sebagai bangsa penakut?

  5. Orang dah gila kuasa macam tu la… bila di minta turun secara hormat tak nak mau gak digempur satu MALAYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: