Antara Politik Perak dan Politik Kampus Universiti Malaya

Terdapat persamaan dan perbezaan di antara apa yang berlaku di Perak dan di Universiti Malaya.

Persamaannya,adalah kerajaan yang dibentuk boleh dianggap kontroversi.Contohnya,di Perak, Pakatan Rakyat mempunyai 28 buah kerusi dan BN mempunyai 28 kerusi tetapi disokong oleh Bebas.Dan kerajaan yang diberi mandat oleh Sultan adalah BN berdasarkan majoriti mudah.

Di UM,situasi yang lebih tidak masuk akal(jika menggunakan neraca Karpal,Anwar dan Nizar),Penggerak Mahasiswa mempunyai 20 kerusi dan Pro-M mempunyai 19 kerusi disokong oleh 2 ADUN Bebas.Tetapi,Pro-M yang minoriti mendapat kerusi Yang Di-Pertua dengan sebab-sebab yang sama di Perak.

Itulah persamaan antara Politik Perak muta’akhir dengan Politik Kampus UM.Sekarang kita lihat apa perbezaannya pula.

watikahmppum09

Suasana tenang di Universiti Malaya membuktikan Mahasiswa Anti-PAS tenang berhadapan dengan situasi politik yang meruncing.Mereka lapang dada dengan keputusan Universiti dan tidak derhaka apabila keputusan muktamad tidak menyebelahi mereka

Perbezaannya,suasana tenang berlaku di Universiti Malaya.Tidak ada “press conference” Rizal Azizan,Wan Hasif dan kawan-kawan untuk menyaman Universiti Malaya sebagai defendan pertama (ataupun bahasa Karpal,Penentang) dan Riduan sebagai defendan kedua.

Tidak ada pula tuduhan bodoh (melalui flyers fotostat-taktik biasa skuad sabotaj PMIUM) wakil Bebas diumpan dengan rasuah oleh Pro-M dan juga tuduhan-tuduhan liar ke atas mereka oleh Penggerak.Wakil Bebas berasa tenang dan bebas berjalan ke sana-sini walaupun tidak menyebelahi Penggerak.Tidak perlu risau untuk dibaling kasut.

Tidak ada gerakan oleh Junaidi,Presiden Kolej ke Empat,untuk berhimpun di mana-mana surau-surau Kolej mengumpulkan ribuan sokongan membantah penguasaan Pro-M tajaan PMI (lebih tepat PAS Kampus) dan berdemonstrasi serta menjerit-jerit di surau ataupun rumah ibadah.Tidak ada susulan solat hajat meminta laknat ke atas Riduan dan juga Norazali Zainuddin.Tidak ada manipulasi dari segi agama untuk menarik simpati.

Tiada pula ada penyokong Penggerak yang baring menghalang kenderaan NC dari menyempurnakan penyampaian watikah tersebut.Tidak ada pula penyokong Penggerak yang menendang dan mengasari kenderaan TNC HEP.Tidak pula ada politikus Penggerak yang dulu memuji Ayahanda Azarae,hari ini menghina beliau.

demo_budakdikk

Tidak ada demo yang memperalatkan rumah ibadah di UM.Dan tidak ada huru-hara di UM.Nizar dan penyokongnya wajar menuntut ilmu lapang dada dan meniru sifat qana’ah  Penggerak Mahasiswa

Inilah perbezaan di antara mahasiswa anti-PAS dengan mahasiswa PAS.Adalah lebih afdhal untuk Shahir Aziz turun berdemonstrasi terhadap Pro-M kerana dengan tidak malunya ingin membentuk kerajaan di UM.Tetapi, Penggerak dan penulis mengiktiraf keputusan pihak Universiti Malaya dengan lapang dada.

Tidak ada double standard.Jika keputusan itu menyebelahi kita,pujian-pujian diberikan dan jika tidak segala maki-makian dihamburkan.Ini bukan cara kita,dan ini bukan cara orang bertamadun dan beragama.

Cumanya,peringatan kepada Riduan,(tidak penulis pasti,hadith atau kata-kata hikmat),barangsiapa yang terlalu menghendaki kuasa tersebut,maka Allah akan membiarkan baginya keseorangan.Jikalau,dia tidak meminta-minta,nescaya Allah akan membantunya.

Ingatlah segala real politik yang dilakukan oleh Pro-M,tentu akan dibalas oleh Allah,cepat atau lambat sahaja.

Kepada Penggerak,syabas penulis ucapkan atas kematangan anda berpolitik dan yang penting adalah kebajikan mahasiswa yang anda wakili dipenuhi.

One Response to “Antara Politik Perak dan Politik Kampus Universiti Malaya”

  1. Assalamualaikum…moga kematangan berpolitik terus tersemat dalam diri.Rakyat sudah muak ‘telenovela’ politik negara.Secoret pandangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: