Apabila Ada Majlis Melibatkan Raja,Baru Nizar Tahu Dia Bukan MB!

“Innallaha Ma’as Sobirrin”.

Itula titah Sultan Perak kepada Nizar.Maksudnya:”Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar” .

nizarblank1

Nizar sepatutnya sabar dalam menerima titah Sultan Perak.Jikalau Nizar sabar,barangkali Nizar dan PR akan mendapat “kemenangan” lambat ataupun cepat.Jikalau Nizar menang sekali lagi di DUN Pasir Pinji nanti,adakah Seri Paduka Baginda akan berkenan melantik semula Nizar?Ingatlah tentang kes perlantikan MB di Terengganu.Inilah balasan kepada orang yang tidak sabar.

Tetapi,kita tahu,Nizar tidak sabar.Nizar bukan sahaja tidak sabar,tetapi juga angkuh dan derhaka.

Nizar masih merasakan dirinya sebagai MB.Lalu mempengerusikan “mesyuarat exco” dan dengan lucunya meluluskan 4 perkara ini:

– Tempoh pajakan tanah perindustrian yang sebelum ini antara 30 hingga 60 tahun dilanjutkan sehingga 99 tahun.

– Tempoh perkhidmatan 342 ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan daerah yang tamat pada 31 Disember lalu disambung secara automatik.

– Peruntukan RM2.7 juta bagi aktifkan semula Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah sebagai lapangan terbang penerbangan tambang murah (LCCT).

– Peruntukan dana khas sebanyak RM1 juta untuk waris-waris individu warga emas semua kaum berusia 65 tahun ke atas yang meninggal dunia.

Kita hendak tanya Nizar dan juga aparat-aparat PAS.Yang berkaitan dengan  duit,dari mana Nizar nak ambil peruntukan?Yang berkaitan dengan tanah,Nizar sedar tak,hal tanah ini langsung atau tidak berkaitan dengan Sultan?Maka, atas dasar apakah Nizar hendak laksanakan tugasnya?

Nizar seperti Maharaja dengan baju baru gamaknya.Semua tahu pakaian kuasa Nizar sudah terlucut.Nizar sudah bogel dari kuasa.

Tetapi,akibat masih terpengaruh dengan Anwar,Karpal,Ngeh dan Nga,Nizar masih hendak berarak di khalayak ramai dengan perasan pakaian kuasa masih di badannya.Perlukah ada si budak beritahu kepada Nizar, yang dia sekarang hanya terjulur anunya sahaja?

Nizar tidak terasa apa,kerana “sultan”si Nizar mengatakan Nizar masih MB.Kononnya,hendak berebut masuk opis jika bertembung dengan Zambry.

SULTAN AZLAN SHAH

Bolehkah Nizar hadir sebagai MB dalam Majlis Rasmi Negeri yang melibatkan Sultan?Dalil ini sahaja sudah cukup untuk membuktikan siapa MB,Nizar atau Zambry!

Tapi,kita tanyakan satu hal kepada Nizar.Jika ada majlis melibatkan MB yang adanya Sultan,tidak malukah Nizar duduk di kerusi MB bersama Sultan?Bagaimana dengan mesyuarat Majlis Raja-Raja?Bolehkah Nizar dengan muka yang tak malu pergi duduk dalam mesyuarat tersebut?

Oleh itu,eloklah Nizar sedar bahawa dirinya sudah terbogel.Biarlah malu sekarang,jangan malu kemudian sambil menayangkan kebodohan yang tidak sepatutnya sebagai seorang yang berpelajaran.

4 Responses to “Apabila Ada Majlis Melibatkan Raja,Baru Nizar Tahu Dia Bukan MB!”

  1. Nizar dah terkena sumpahan 16 sept, dan kini pula dah menggila sasau disebabkan derhaka kpd DYMM Sultan sbg ketua agama. Melucutkan mufti sebagai exco, dan kini…..terimalah akibatnya.

  2. Sudah masanya mereka yang selama ini yang menyanjungi MB dahulu ( Nizar ) berfikir, betul layakkah dia yang mentadbir….???
    Benih yang baik kalau dicampak ke pulau menjadi pokok…dan benih yang kurang baik..diletak ditempat yang terbaik pun…tak memberi hasil..

  3. Pembela Raja Perak Says:

    Makin jelas, perjuangan pas berideologikan khawarij, bertopengkan slogan Islam, tapi yang sebenarnya pengkhianat dan penderhaka.

  4. […] telahan penulis adalah benar.Jika hendak tahu siapa Menteri Besar Perak, tunggulah majlis-majlis seperti Maulidur Rasul, Maal […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: