MP Bukit Gantang Meninggal Dunia.Siapa Calon PAS di Bukit Gantang!

Ustaz Roslan Shahrum,Ahli Parlimen Bukti Gantang dari PAS dilaporkan meninggal dunia pagi tadi kerana sakit jantung.Penulis mengucapkan takziah dan mendoakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang soleh.

idrisahmad

Ustaz Idris Ahmad diramalkan sebagai calon PAS di Parlimen Bukit Gantang nanti.BN perlu mencalonkan calon anak tempatan juga yang disukai ramai dan tidak kontroversi.Tanyalah juga pendapat orang tua-tua,supaya insiden KT tidak berulang.

Melihatkan perkembangan terkini,Bukit Gantang merupakan medan kepada PAS (PR) dan UMNO(BN) untuk menentukan siapakah di hati rakyat.Jikalau PAS menang, maka ia memberi kemenangan moral kepada Nizar.Ini juga seolah-olah meredhakan demonstrasi di Kuala Kangsar dan juga sembah derhaka Nizar kepada Sultan Perak.

Jikalau BN kalah, ini bermakna BN perlu memuhasabah lagi apa kesalahan yang patut diperbetulkan.Penulis kali ini akan menyalahkan “overkill” media terhadap insiden ini kerana secara moralnya ramai bloggers yang kritis dan bimbang terhadap sikap Pakatan Rakyat yang melulu dan tidak bertatasusila.Sekarang,”silent majority” perlu dipujuk.

Ini akan menjadi “tough fight”.Samada rakyat akan menolak Pakatan Rakyat kerana derhaka ataupun menolak BN kerana marahkan lompat.Pilihanraya Bukit Gantang akan menjadi termometer yang menentukan manakah insiden yang lebih menggelegakkan darah rakyat.

Penulis membuat ramalan nujum Pak Belalang,Ustaz Idris Ahmad bakal calon PAS di Bukit Gantang.Penulis mengharapkan kesilapan meletakkan calon bukan anak tempatan oleh UMNO tidak berulang lagi dan biarlah calon yang dipilih itu boleh diharapkan oleh pengundi setempat.

Kalau boleh tanya dulu, Tun, samada calon tersebut okay ke tidak,kerana KT membuktikan mulut Tun masih masin lagi,samada kita suka mahupun tidak.

3 Responses to “MP Bukit Gantang Meninggal Dunia.Siapa Calon PAS di Bukit Gantang!”

  1. penulis_cyber Says:

    kita doakan moga pendekatan BN/UMNO akan kena dengan citarasa dan tidak lagi diprejudiskan oleh rakyat jelata.

    cuma perkara membina minda negatif terhadap UMNO BN sudah terlalu lama dan mereka sangat fanatik menyukarkan usaha kita memenangi hati mereka.

    kadang kala orang baik dilihat jahat…

    teringat hadis nabi : akhir zaman orang baik dilihat jahat..

    • maharajazhou Says:

      Assalamualaikum Tuan,

      Terima kasih atas pandangan tersebut.BN perlu merebut suara silent majority.Rata-rata rakyat biasa tidak enak dengan sikap biadap PR.Jika Nizar patuh kepada titah Sultan,barangkali 65% kemenangan akan berpihak kepada PASkerana simpati,tetapi sekarang tinggal 50% sahaja.

      Datuk Zambry perlu aktif mendekatkan rakyat dan beliau perlu rapat dengan rakyat serta tidak elitis.Jangan hanya kerana Bukit Gantang hendak pilihanraya,beliau hanya berkampung di situ sahaja.Beliau perlu bersama dengan semua masyarakat supaya orang mengatakan beliauMB semua orang.

      Sekarang PAS mati akal pula,sebab isteri Dr Zambry pakai tudung sempurna.

  2. Sejak pencapaian terbaik PR pada PRU-12 yg lalu dan siri-siri kemenangan PR dalam PRK Pmtg Pauh dan KT, inilah ketikanya PR berada pada tahap moral paling rendah setelah apa yg berlaku di Perak. Dalam masa yg sama ini juga akan menguji kebijaksanaan BN memilih strategi yg bersesuaian dgn kehendak politik semasa. Kalau dlm keadaan ini pun BN masih gagal – PRK Bukit Gantang, maka susahlah nak meramal kemampuan BN utk memperbaiki kedudukan pd PRU-13 nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: