Riduan Tidak Sayang Canselor UM?

Riduan Yang Di-Pertua,Kerajaan Minoriti MPPUM berkata,Sekretariat Presiden-Presiden Kolej Kediaman Universiti Malaya (SPKUM) yang bercadang untuk melancarkan demontrasi mempertahankan kedaulatan DYMM Sultan Azlan Shah di Dewan Tunku Canselor sebenarnya bertujuan untuk mempertahankan tindakan tidak demokratik oleh pihak-pihak tertentu.

Penulis hairan,kenapakah fikiran Riduan terlalu bersimpang-siur.Baru memegang jawatan sudah mula menghalang mahasiswa UM menunjukkan kasih terhadap Canselor Universiti Malaya.

demo_budakdikk

GAMIS mengaku bahawa mereka telah mengerahkan mahasiswa untuk berdemo di Masjid Ubudiyyah.Ini bermakna suara yang berdemonstrasi ini bukan suara rakyat Perak.Maka,atas kapasiti apakah GAMIS boleh masuk campur mencemari Masjid Ubudiyyah yang penuh bersejarah ini?

Yang sepatutnya yang Riduan patut marah dan melalut adalah kepada GAMIS dan kemarahan ini bolehlah ditunjukkan kepada Shazni Munir,Speaker GAMIS.GAMIS mengaku berbuat biadap dengan mengerahkan mahasiswa untuk berdemonstrasi di Masjid Ubudiyyah.

Dalam peristiwa itu,kereta Raja Nazrin dihalang dan ada pula kereta-kereta yang dimiliki kerabat Diraja Perak dibaling.Kenapa perbuatan serong GAMIS yang mencemarkan Masjid Ubudiyyah tidak dikutuk?

Sikap Shazni Munir sebagai warga Universiti Malaya yakni sebagai mahasiswa Sarjana Muda Pengajian Islam & Sains (Bioteknologi), Akademi Pengajian Islam amat dikesali akan peranannya dalam pertubuhan derhaka seperti GAMIS.Shazni sepatutnya meletakkan jawatan dari GAMIS dan bertaubat. Sepatutnya,pihak pengurusan UM perlu tegas kepada semua warga UM yang menganggotai pertubuhan derhaka ini.

Namun,lebih mengecewakan penyokong-penyokong bukan Ahli Unit Pro-M tentulah akan sikap dolak-dalik Riduan Mohamad.Sepatutnya,Riduan sebagai Yang Di-Pertua MPP UM perlu mengutamakan suara majoriti mahasiswa UM dan juga keutuhan Universiti Malaya.

ridzuanmd

Riduan sepatutnya bersama dengan SPKUM untuk menunjukkan rasa kasih dan cinta terhadap Canselor UM.Bukannya mempolitikkan usaha murni ini.Mungkin melihat sekadar ini sahaja kemampuan pemikiran Riduan   mahasiswa UM hanya memberikannya undi ketiga tertinggi sahaja?

Perbuatannya mengaitkan tindakan SPKUM dengan UMNO adalah tidak wajar.Sepatutnya,Riduan tidak perlu mengaitkan soal politik luar dengan rasa kasih mahasiswa kepada Sultan Perak yang juga Canselor UM.Yang patut dikutuk dan dikritik Riduan adalah GAMIS dan Bersatu yang memperalatkan politik luar ke dalam isu perlantikan MB Perak yang melibatkan Sultan Perak,Seri Paduka Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak,Raja Dr. Nazrin Shah.

Ternyata,buat masa ini Riduan gagal dalam menyuarakan hati budi mahasiswa Universiti Malaya!Apa kata wakil Bebas dari Undang-undang?

9 Responses to “Riduan Tidak Sayang Canselor UM?”

  1. Pencacai UMNO Says:

    Mahasiswa pun reti undang-undang. Reti dan tahu yang mana salah dan yang mana betul. Jangan dok perleceh mahasiswa. Kita di Malaysia ada undang-undang dan ada akta dalam perlembagaan. Dalam hal ini, perlembagaan itu perlu dijunjung bukan setakat sultan je nak dijunjung. Kisah Jebat Derhaka sudah mengalih perhatian umum bahawa Jebatlah yang membawa keadilan kepada semua. Bukan si Tuah yang dungu menjadi pak Turut Sultan semata-mata.

    Jangan tutup mata kita dan menyalahkan Mahasiswa yang bijak berfikir dengan melampiaskan idealogi kita yang dangkal disini. Sungguh memalukan. Sultan bukanlah nabi, bukanlah para sahabat. Dan bukanlah Tuhan. Sekiranya beliau salah maka perlu menerima hukuman disisi undang-undang.

    Adakah kerana dia seorang Sultan maka die terkecuali? Apakah kita lupa dengan bekas MB Terengganu Idris Jusoh ?. Ada siapa boleh tolong jawab ??. Kalau nak ikut kan, Idris Jusoh lah penderhaka no.1 negara sebab dia menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dan juga Yang Di Pertuan Agong. Siapa yang bawa sepanduk ‘ kami nak deris, natang’? Ia akhir nya menjadi Kes hina Sultan dan Tan Sri Abdul Gani Patail mengarahkan polis membuat siasatan ‘Kami Nak Deris Natang’. Ada tangkapan dibuat, tetapi apa jadi dengan kes ini ?..Senyap rasa nya dibawa angin lalu..

    Sudahlah wahai sahabat MaharajaZhou.. Tak payah nak salahkan mahasiswa mengenai isu ini. Buat malu diri sahaja. Kita dah ada undang-undang,biar undang-undang yang menentukan. Jangan kita menyokong dia hanya kerana dia seorang Sultan. Sultan pun melakukan kesalahan dan wajar menerima segala kesalahan yang dilakukan. Sebab itu saya tegaskan, dia bukan seorang Nabi yang maksum dan tidak boleh dikaitkan dengan sebarang kesalahan. Malah saidina Umar sendiri, bila apa yang dilaksanakan salah,sedia terima hukuman walau berakhir di hujung pedang. Beginilah pemimpin dan pentadbir sejati.

    p/s : Jangn bersembunyi diatas status Sultan itu lambang Melayu sejati. Tak ada apa dengan Melayu. Kita bukan nak perjuang Melayu tapi nak perjuang Islam.

    • maharajazhou Says:

      Wa alaikumussalam sdr,

      Sultan tu mungkin sebelum bapak kau lahir lagi,tahun 1953 dah dapat degree law.Umur Sultan Azlan 37 tahun dah jadi hakim Besar,paling muda dalam negara komanwel.Jikalau anda hendak menceceh, ini bukan tempatnya.Jangan bilang anda tahu law tapi satu fasal pun kau xsebut.

      Tgk dulu fasal artikel 16 fasal 7,jikalau seseorang MB tu hilang kepercayaan,dia mesti letak jawatan.Dalam undang2 tubuh tidak diceritakan semestinya hilang kepercayaan dalam Sidang DUN.Cuba perhati baik2, Sultan panggil mengadap 31 orang ADUN yang katanya sokong BN,31 out of 59.Tidakkah itu majoriti.

      Sultan bertindak adil kepada semua, sama seperti Sultan adil memilih Nizar mula2 dulu sebagai MB.

      Kita kena akui,yg salah tetap salah.Idris Jusoh salah kerana cuba lawan Sultan.Tetapi, dia tidak seperti Nizar yang direct.Ada Idris bawa banner natang tu?Bukan.Yg bawa tu pengikut yang emosional.

      Tapi kes Nizar, dia sendiri sebut dia sembah derhaka.Dan masih mengaku MB walaupun orang lain telah terlantik.Cuba tgk Idris Jusoh, bila Ahmad Said naik, dia buat gila talak masuk pejabat MB, buat mesyuarat exco?Bila terlantik, dia terima sahaja.Itu UMNO.PAS?

      Kalau percaya ada undang2, kenapa perlu bawa dan hasut orang berdemonstrasi?Kalau percaya undang2,tunggu sahaja Osman Jailu dan Jamalauddin radzi terbukti bersalah dan DUN Behrang dan Changkat Jering diisytiharkan kosong.Ai..takkan memilih pulak undang2.Kalau tak ikut nafsu, kau ikut resmi sundal jalanan.

      Semasa Nizar naik,penulis pun syukur orang melayu PAS yang naik,penulis puji kebijaksanaan Sultan pilih orang yang “cerdik” sikit dari bekas posmen jadi MB.Tidak dipertikaikan pun.Jadi, kenapa bila sultan tak ikut nafsu kita, kita marah.Benar Saidina Umar kata begitu, tapi kau nak puji ke Abu Lu’Lu’ yang tikam Saidina Umar?

      Ya, tapi ketuanan Melayu tu datang bersama ketuanan Islam.Jika melayu dibuang, Islam juga dibuang di bumi Malaysia.Macam kau nak buang ketuanan Pakistan dari tanah Pakistan ataupun ketuanan Arab dari tanah Arab.Ingat apa barat cakap semasa Uthmaniyyah tgh kuat, Islam kuat bila Turki kuat.Qiyasnya, Islam kuat bila Melayu kuat.Faham?

  2. Tepat sekali maharajazhou. Well said. Aku setia pada Sultan..Daulat Tuanku! Aku rasa polis boleh trace komen2 hina sultan yg ada dalam web..siap sedia lah…hahahahaha

  3. maaf
    pendapat kamu sama seperti orang YAHUDI..
    islam itu bukan utk orang melayu sahaja..
    islam utk semua termasuk india dan juga cina juga apa2 bangsa..

    • maharajazhou Says:

      Pendapat emosional seperti ini hanya disiarkan dalamblog ini untuk memaparkan kebodohan PMI.

      Islam utk semua,tapi ingat juga hadith nabi,bahwa sesiapa yang membenci arab ada ciri munafiq.Tgk juga bab kepimpinan,Rasulullah menyatakan ada 12 khalifah dr gol. Quraisy.Kenapa rasulullah sebut arab?

      Dari segi taqwa,tiada lebih arab,melayu dan cina.Tapi,kita bercakap dr segi siasah,melayu ada quwwah dan ada amanah di Nusantara.Aii..kata masuk usrah,tapi mai bab-bab ni tak paham?

  4. apa boleh buat maharajazhou..dari dulu sampai la ni…PMI ni penuh dgn PENCACAI PAS yg mempersundalkan agama…

  5. i feel very shame against the mindset of um students. they go for demonstration simplay because of they are asking or forced by their kolej kediaman. so shame about it. they haven’t their own stand in this particular matter. of course we need to respect sultan. bt it doesn’t mean that we must support all the decisions made by sultan without any doubt. im so shame of this kind of mindset which keep asking people to support whatever the decision by sultan. then, mr syum kai yeap gv his speech as the representative of chinese student. so weird. chinese never choose u as chinese student leader. dun gv any opinion by using the name of chinese representative. so iak. please larr, students of um. please wake up. dun b used by any party o HEP. u may hv ur own stand, but please think wisely and analysis before any conclusion is made.

    • maharajazhou Says:

      First of all,Malaysiakini reported that “only”150 joined the demonstration to support the VC.So,only 150 students after alll this forcing thing happen.As u know,the core supporters of Penggerak mahasiswa themselves in each college is not less than 20 personnel.So,if u multiply this number with the number of college we have in Universiti Malaya,it should be doubled.Thus,can we say that many students are getting away just like that,since if this forcing thing is real,we are expecting 5,000 people attending the demonstration and those who absent shall be called to the master’s office.Seems that never happen. So those who attended the demonstration was and really supported the Chancellor.

      We supported the Sultan because his decision is based on the Perak Constitution:

      Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the majority of the members of the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

      Sultan Perak obtained his law degree in 1953 and was Hakim Besar Negara at 37.Even Raja Nazrin has a phD in law.We are not talking about people who dont know what they are doing.If the Sultan is a doctor or an engineer,we can say much about their decision,but those are confronting with the Perak royalties who are well versed in law.If you want to disagree,do it properly as u said.But,the same people took it on the road breaching the norm and also our law.

      Regarding to Syum Kai Yeap,I agreed with Proud.The silent majority who wanted peace and harmony will support the University and her authority.This is what they think and this is what they feel.And those chinese who are wise and followed the issue carefully,will sure agree with the stand taken by Syum.Meaning that all people disregard of their background is supporting Tuanku Chancellor for making the right decision for his Kingdom.

  6. I am very proud for the bravery and boldness of the UM students who were man enough to defend the Chancellor. It is time that we students stand and uphold the right of freedom of speech. We were there because of our own free will and conscious about the polimic that is manipulated and misguided by the oppositions. Please dont insult us by saying we were forced to go. No such thing! We never accuse the Pro M demostrations as being forced by the Pakatan leaders..fair ma….

    The Sultan acted well according to the constitution. He was the ex Lord President and of course he is well versed in law and had thought well of the consequences of his actions. He is not favouring any party.. He readily acknowledged the Pakatan goverment after March 2008 general election (despite the oppositions loosing actually as they were not united initially!) and even conferred Datukship to Nizar and Ngeh. He backed up the government till the Pakatan government lost its majority by 3 state assemblymen jumping seats to BN. He acted according to State Law and declared Barisan government as valid as they command the majority now.

    This demonstration is by the students of UM and was even attended by the new MPMUM President which showed our loyalty and support to Tuanku Chancellor. Syum Kai Yeap spoke on behalf of Chinese students who are aware of the innocense of the Chancellor! If you dont like it..leave it. But please dont think that all Chinese students are like you cause I for one AM NOT!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: