Ooh…Demo Sokong Sultan 1000 orang saja kata Malaysiakini?

Oo..ikut Malaysiakini,cuma 1000 orang saja yang berkumpul menyokong Sultan Azlan Shah di Padang Sultan Abdul Jalil,Ipoh.Mengikut Utusan Malaysia,mereka tidak dibenarkan menggunakan Dataran Bandaraya Ipoh oleh pihak Polis.

demosokongsultan

Menurut Malaysiakini,jumlah yang berdemo sokong Sultan cuma 1000 orang saja.

Tapi,Malaysiakini mengatakan bahawa 3000 orang berdemo di Masjid Ubudiyyah selepas solat Jumaat lepas.Mari kita lihat gambar,3000 orang tu ramai mana?

demomasjidubud

Oh..jadi ini 3000 orang ya,Malaysiakini.Tapi, penulis rasa gambar atas lagi ramai.Kalau ini 3000,atas kurang-kurang 6000 orang.

Penulis cuba cari gambar paling ramai yang Malaysiakini pernah siar.Ini yang paling ramai penulis dapat jumpa untuk demonstrasi lawan Sultan di Masjid Ubudiyyah.

Kesimpulannya,nampaknya ramai yang sokong Sultan lagi dari lawan Sultan.Utusan anggarkan 5,000 orang tapi penulis selalunya akan letak kurang,tapi mesti lebih dari 3,000 orang.

Demo lawan Sultan ada seorang warga Indon kena tahan,tidak termasuk lagi kerahan tenaga Pemuda PAS dan GAMIS dari seluruh pelusuk negara.Suara rakyat Perak le PAS katakan…

9 Responses to “Ooh…Demo Sokong Sultan 1000 orang saja kata Malaysiakini?”

  1. itu yang ada tengah padang… yang dok bawah pokok keliling padang lagi ramai… maklumlah panas terik time tu…

  2. pemerhati... Says:

    demo sokong sultan???knp, siapa yang derhaka

  3. hamba Allah Says:

    Assalamualaikum w.b.t
    “Kesimpulannya,nampaknya ramai yang sokong Sultan lagi dari lawan Sultan.Utusan anggarkan 5,000 orang tapi penulis selalunya akan letak kurang,tapi mesti lebih dari 3,000 orang.”
    Boleh ke membuat kesimpulan berkenaan jumlah orang yang hadir dengan hanya melihat pada sekeping foto yang ditunjukkan??? Maharajazhou ada di tempat kejadian ke???

    • maharajazhou Says:

      wa alaikumussalam,

      Kalau “org”yg ada di situ kata 10K(harakah),3k(msiakini last2),0.5K(msiakini mula2),jadi mcm mana kita nak pcaya melainkan dgn saksi yg dah tgk…dan juga experience dr kita yg besa demomuda2 dan juga dr gambar of course..

  4. Syed Ahmad Alwi Says:

    Apapun kita menang sorak, kampung akan tergadai….macam Pak Kadok yang menang sabung ayam. Jadi ingat-ingatlah agar kita tergadai untuk masa akan datang. Kalau tidak anak cucu kita akan merempat di tanah air sendiri nanti.
    Sebab itu saya cadangkan supaya kita semua kembali kepada cara nabi berdakwah yang membawa kesatuan ummah. Kita dah ada Islam untuk didokong, jadi tak perlu PAS maupun UMNO. Kerana tidak ada janji kejayaan dari sisi Allah untuk PAS atau UMNO, tapi ISLAM….Allah telah janjikan kejayaan yang sempurna untuk seluruh pendokongnya.

  5. Assalamualaikum wwt.
    Saya amat menyokong Pak Habib kita ni. Politik yang wujud pada hari ini telah banyak membawa kerosakan buat umat ini. Pecah-belah dah jadi budaya biasa, sampai bermasam muka, bertumbuk dan berbunuhan. So kembalilah kita kepada sunnah, usahakan agar umat ini kembali kepada agama yang hak, hidup dengan imaniat, ibadat, muamalat, muasyarat dan akhlak yang sejati menerusi jalan pertunjuk AD-DIN.
    Bila Islam diagungkan, tidak perlu lagi watak-watak seperti Anwar Ibrahim, Hj. Hadi, Tok Guru Nik Aziz, Mahathir, Pak Lah dan Najib. Watak ini kita padamkan dari layar kehidupan di dunia ini. Kita semua sediakan diri dengan satu watak iaitu watak Muhammad SAW dan para sahabat ikram radiallahuanhum.
    Wallahua’llam. wassalam.

  6. Allahuakhbar! Kerosakan di lautan dan daratan kesan dari tindak-tanduk manusia yang menduduki bumi ini. Raja dan rakyat, si kaya dan si miskin, penduduk desa dan kota saling tidak sefahaman merupakan salah satu tanda bermula kerosakan itu.
    Tiada jalan lain selain meletakkan kehendak agama melebihi segala kehendak. Justeru itu marilah kita jadikan diri sebagai hamba yang taat.

  7. hamba Allah Says:

    Assalamualaikum w.b.t
    Saya setuju seratus peratus dengan cadangan/pandangan yang diutarakan oleh Syed Ahmad Alwi, Irmawati dan Swanskpn agar kita kembali ke jalan Allah. Tapi cukupkah rasanya usaha kita kembali ke jalan Allah hanya dengan duduk di masjid membaca al-Quran dan membuat ibadah lain di masjid(Islam hanya di masjid) walhal di luar sana rakan-rakan kita mengalami keruntuhan akhlak yang serius(seks bebas, arak, judi dll.). Yang tuanya dengan gejala rasuah dan perempuan simpanan. Bukalah mata dan lapangkan dada. Ekonomi berlegar-legar di tangan orang yang sama sahaja. Jurang yang miskin dengan yang kaya semakin jauh. Pelajar lepasan universiti, bila habis belajar dah ada hutang PTPTN berpuluh ribu (tak termasuk caj-caj yang berkenaan) tetapi belum terjamin mendapat kerja. Bagi saya inilah kerosakan yang telah manusia lakukan.

    Kepada Syed Ahmad Alwi, bagaimana kita nak berdakwah jika cermah di masjid diharamkan? Para alim ulama yang lantang bersuara menegur kesilapan pemimpin pula di”gam” dari muncul di kaca TV atau membuat ceramah. Kepada Irmawati, kepada siapa kita boleh bergantung harap untuk mengepalai usaha mengagungkan Islam? Fikir-fikirkanlah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: