Siapa Lebih Dahulu Derhaka?PAS atau UMNO?

PAS sekarang sangat berada dalam keadaan tertekan kerana tindakan mereka menganjurkan demonstrasi di Masjid Ubudiyyah,Kuala Kangsar untuk menghalang Sultan Perak melantik Datuk Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak yang baru.Kejahatan PAS melalui lidahnya,Harakah Al Kopijandaily,terlihat melalui penyiaran artikel-artikel dari blog yang anti-Raja seperti Telaah Politik melalui rencananya yang berbunyi Reformasi Kedua di Kuala Kangsar .

Setelah gagal menghalang perkenan Sultan dan rakyat mulai sedar dengan tindak-tanduk biadap parti siasah tersebut,PAS cuba lari dari persoalan isu derhaka.Ini dapat dilihat daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub tentang kononnya PAS sangat beriltizam mempertahankan institusi Raja-raja Melayu.

sultanselangor1

Sultan Selangor murka dengan sikap PAS yang sanggup bertindak biadap kepada Sultan Perak dan kerabatnya.Sikap ini digambarkan oleh baginda sebagai angkuh,biadap,kemaruk kuasa dan jahil ilmu.

Sebelum ini,Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telah menyampaikan titah dalam nada sindiran yang berbunyi:

“Beta ingin menasihati dengan penuh keikhlasan dengan mengambil kira kepentingan masa depan agama, bangsa dan negara tercinta kita, janganlah kita mudah terpedaya dengan gelagat serta tindakan yang hanya akan mencemarkan martabat kita, mengundang risiko yang tinggi terhadap kemajuan kita, serta menghakis asas-asas kedaulatan negara ini dengan sifat-sifat keji serta biadab, derhaka, angkuh, jahil ilmu dan kemaruk kuasa.

Sikap ini tentulah merujuk kepada sikap Nizar Jamaluddin dan PAS yang menolak keputusan Sultan Perak yang juga bekas Hakim Negara dengan tiada asas ilmu yang kukuh dengan cara yang biadap.Ini juga mempertontonkan sikap PAS yang menggenggam kuasa seolah-olah seperti tiada hari esok bagimu.

Baginda Sultan Selangor juga bertitah seperti memberikan amaran kepada raja-raja Melayu yang lain tentang perihal golongan ini:

“Bak kata pepatah, ketika peristiwa sebegini berlaku, barulah kita kenal siapa kaca, siapa permata. Malah dapat juga kita menyelami jati diri pihak-pihak tertentu yang marahkan nyamuk, kelambu yang dibakar.”

Maka,terbongkarlah sikap Pakatan Rakyat terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Tatkala ini,pihak Pakatan Rakyat telah cuba menyembunyikan bangkai gajah yang telah mereka hasilkan dengan tuduhan siapa lebih derhaka?

Mereka cuba menyedapkan hati masing-masing dengan mengatakan UMNO lebih derhaka.mereka mengatakan UMNO lebih derhaka dengan insiden perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai MB,kekecewaan Datuk Seri Shahidan Kassim di Perlis,Pindaan Perlembagaan tahun 1993 dan juga tahun 1983.Semua itu ditimbulkan semula untuk menunjukkan bahawa UMNOlah yang lebih derhaka.

Untuk menasakhkan hujah mereka ini tidak sukar.pihak yang menentang keputusan istana di negeri-negeri tersebut akur selepas penerimaan watikah oleh MB-MB dari sultan masing-masing.UMNO redha dengan keputusan Raja.Tetapi, PAS dan Nizar terus mengaku MB walaupun Sultan telah melantik MB yang baru.Satu perkara yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana insan Melayu/Islam sebelum ini di Malaysia.

Soalan yang ditimbulkan oleh mereka siapa yang lebih dahulu derhaka?Maka, mereka cuba menakutkan orang UMNO bahawa UMNOlah yang derhaka dahulu dari tahun 1983 dan diakhiri pada tahun 1993.Tetapi, harus diingat bahawa hubungan Raja-raja Melayu dengan UMNO amatlah rapat malah atas faktor ini,PAS tidak mendapat sokongan raja dari dahulu.

PAS perlu ingat komponen yang membina mereka adalah daripada golongan kiri Melayu yang bertanggungjawab menyokong Melayu Raya dan juga anti kepada UMNO serta Raja-raja melayu.Lihatlah sikap Dr Burhanuddin Al Helmy yang merupakan Presiden PAS ketiga terhadap pengenalan Malayan Union pada awalnya.

Dr Burhanuddin menurut Prof.Dr Ramlah Adam dalam bukunya,Burhanuddin Al Helmy: Suatu Kemelut Politik,terbitan Dewan Bahasa Pustaka menyokong penubuhan Malayan Union kerana mahu mewujudkan idea negara Kesatuan dan yang paling penting baginya mengambil kesempatan ketika penyerahan tersebut berlangsung.

Dalam buku yang sama pada mukasurat 71,juga mendedahkan sikap Presiden PAS ketiga tersebut bekerjasama dengan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) merupakan pertubuhan radikal dibawah pengaruh komunis yang menentang UMNO dan raja-raja Melayu.Kekirian PAS sewaktu kepimpinan Dr. Burhanuddin digambarkan juga melalui sokongan mereka kepada Indonesia Raya.Ketika penubuhan Indonesia, Sukarno telah bertindak menghapuskan hampir semua dinasti Raja-raja Nusantara di Republik itu.

 

640px-umno_malaysia_svg

Warna kuning dan keris merupakan lambang hubungan UMNO dengan Raja-raja Melayu.Puak-puak kiri yang memimpin PAS dan Barisan Sosialis pada tahun 60-an merasa jelik dengan dua perlambangan ini.

Kejelikan PAS terhadap institusi Raja-raja ditonjolkan lagi melalui sebuah artikel di dalam Harakah,tentang pemilihan keris dan warna kuning pada bendera UMNO sebagai:

“Tetapi Umno walaupun memilih juga merah putih mahukan ditampal dengan warna kuning dan keris hijau. Bagi PKMM tampalan kuning dan keris itu melambangkan feudalisme dan reaksioner, berbentuk tradisional; sedangkan mereka mahukan pertubuhan yang progresif.”

Apa maksud UMNO sebagai feudal dan konservatif dan PKMM sebagai pertubuhan progresif?Ini menunjukkan PAS sebenarnya mempuyai perasaan iri dan tidak senang terhadap institusi Raja-raja Melayu.

Oleh itu, jikalau sekarang dibicara siapa yang derhaka terlebih dahulu kepada raja-raja?Pembaca sudah tahu apa jawapannya!

*Penulis mengiktiraf sumbangan Dr. Burhanuddin Al Helmy dalam memperjuangkan kemerdekaan. Tetapi, sejarah menukilkan juga sikap Dr. Burhanuddin dan rakan-rakannya terhadap institusi Raja-raja melayu dan UMNO.

4 Responses to “Siapa Lebih Dahulu Derhaka?PAS atau UMNO?”

  1. iraman Hj Karim Says:

    apa yang diharap oleh PAS setelah bertindak derhaka spt ini? Jika dengan cara begini, siapa yang hendakkan PAS sebagai landasan perjuangan? Itu gila namanya. Jika PAS berharap Sultan akan sayang kepada mereka setelah apa yang mereka lakukan itu, itu bodoh namanya. Bolehkan kita berbaik sangka dengan apa yang telah Nizar lakukan adalah satu kebaikan? tidak jawabnya.
    Maka kesimpulannya PAS itu bodoh dan jika bodoh PAS lah tu.

  2. anti-maharajaZhou Says:

    woiiiii…..maharazhou punkuq….blog ko nie sgt2 BUYERS…….ko nie pencacai tua penjilat jubo pemimpin kerajaan ke hah……

    Maharajazhou–Mmg aku bias…kau xnak “bias” kau pergi je blog PAS ke PKR.Situ kau akan jumpa pendapat x “bias”.

  3. Pedas si budak2 PR ni…padan muka. MZ teruskan perjuangan..kami teguh bersama MZ.

  4. saya nak tanya siapa yang mulakan penderhakaan kepada sultan.
    1. tun mahathir telah mengurangkan kuasa sultan pada satu masa dahulu yang telah menyebabkan implikasi kepada masakini.
    2. maaflah jika saya katakan saudara ni merupakan komunis alaf baru dalam umno.
    3. kita hidup mesti berpaksikan apa. melayukah islamkah.
    4.
    Maharaja Zhou–

    Kesimpulannya-bila PR jadi kerajaan, diorang rasuah,korup(tak payah tunggu lama sekarang ni pun dah jadi),keluarlah soalan apologetik,Siapa mula rasuah?

    Derhaka ni, Burhanuddin Helmi pun dah derhaka,rujuk artikel saya, siapa mula derhaka?

    Kalau tanya saya, ya betul,Tun Mahathir derhaka.Tetapi, Nizar dari segi jasa Sultan dan kedudukan asalnya lebih derhaka kepada Sultan perak.

    Bukti:
    1)Sultan yang lantik Nizar jadi MB bukan rakyat.
    2) Parti Nizar hanya ada 6 kerusi,PKR 7 dan DAP 18.Sebab undang2 tubuh Perak nak melayu jadi MB, Sultan lantik Nizar yang partinya cuma 6 kerusi sebagai MB.

    Sepatutnya, Nizar kalau tak setuju dengan Sultan tak perlulah sembah derhaka,tak perlulah demonstrasi,tak perlulah degil nak kata dia MB walaupun orang lain dilantik. Contohi Idris Jusoh dgn Shahidan kassim,walaupun sudah tak dilantik, diorang tak mengaku diorang MB.Balik diam2.

    tapi, Nizar dari 6 Februari masih mengaku dia MB yang sah?

    Apahal?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: