Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!

Bekas atau “Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin berkata Pakatan Rakyat sekarang adalah majoriti berbanding dengan BN.Hujahnya,selepas V Sivakumar menggantung MB Perak yang dilantik oleh Sultan,Dr Zambry Abd Kadir,dan barisan exconya,BN hanya mempunyai 21 orang ADUN dibandingkan 28 orang ADUN Pakatan Rakyat.

Kononnya,Nizar boleh gulingkan kerajaan BN yang ada,tetapi pemalu.Pakatan Rakyat mengikut undang-undang dan peraturan,bukan seperti BN katanya yang merampas kuasa dengan jijik.

Jika benar seperti yang dikata,tentang betapa pemalunya Nizar dan kawan-kawan,tentulah Nizar memulangkan Kereta Camry dan rumah kediaman Menteri Besar selepas Sultan melantik Dr Zambry sebagai MB yang baru.

demomasjidubud

Nizar kata mereka ikut undang-undang dan peraturan,jadi ikut peraturan rupanya demonstrasi derhaka kepada Sultan,6 Februari lepas.

Jikalau benarlah Nizar dan kawan-kawan mengikut undang-undang,tentulah tidak berlaku perhimpunan memalukan yang memperalatkan Masjid Ubudiyyah di bawah kerahan PAS pada 6 Februari yang lepas.

Nizar dan kawan-kawannya boleh lupa, tetapi rakyat tidak lupa.Rakyat tidak boleh lupa dengan penderhakaan Nizar yang terang-terang disebutnya.Nizar terkedu kerana Mufti Perak yang banyak membela Pakatan Rakyat sebelum ini pun sudah mengatakan Nizar derhaka.

Kononnya,mengikut Mat Sabu,mungkin akan ada 17 MB (Menteri Besar bukan Megabyte) sebelum pilihanraya umum ke 13 nanti di Perak dengan kemelut yang berlaku di Perak.

mh_021

Sultan Perak menitahkan Nizar supaya meletakkan jawatan setelah hilang majoriti ataupun jawatan MB itu hilang dari tangannya secara automatik.Adakah Nizar ingin memperbodohkan pemikiran rakyat Felcra Serigala di Slim River?

Nizar dengan angkuh juga berkata:

“Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

Lupakah Nizar bahawa jikalau Nizar sudah hilang majoriti,maka secara automatik jawatan itu dianggap kosong?Inilah isi penting dalam kenyataan rasmi media Istana Perak terhadap kedudukan Nizar sebagai MB Perak.Oleh itu, kepada siapa Nizar cuba berbohong?

Jika begitu yakinnya Nizar terhadap kebenaran dirinya bahawa dialah MB yang “baru mendapat” majoriti setelah tindakan Speaker menggantung MB Perak dan exconya yang sah,maka kita mencabar Nizar menghadap Sultan Perak untuk mendapatkan semula jawatannya itu!

Jika Nizar tidak malu maka pergilah menghadap Sultan setelah pelbagai onar,cercaan dan hinaan dilakukan oleh PAS dan aparat-aparat PR ke atas Sultan dan Istana Perak.

Adakah Nizar berani sebagai anak jantan dan sanggup berdepan dengan Sultan Perak?Kalau tak malu,pergilah!

36 Responses to “Kita Cabar Nizar Mengadap Sultan Perak Untuk Jawatan MB!”

  1. org UMNO ni memang bodoh. Biler dah tak ader idea dia kata

    1. Jangan cabar hak kami
    2. jangan pertikaikan hak kami
    3. jangan main dengan api
    4. Jangan Derhaka pada Sultan
    5. Mari kita bincang dalam bilik tertutup
    6. mari kita bincang tentang perpduan Melayu Islam

    Podah UMNO / BN !!

    Maharaja Zhou–PAS dan PKR pun bodoh kadang2 lebih dr UMNO

    1.Hak kami le org nak lompat masuk parti kami, tapi orang keluar tak boleh.

    2.Jangan main dengan rrrrakyat…bila dia nak org lompat time 16sept,tak pulak tanya rrrakyat.

    3.Natang punya UMNO…bila balaci kata natang,hangpa kata macam2,tapi bila mengaku MB walau sultan tokse,hangpa kata tak derhaka..

    4.Kalau org dedah kemelut PAS,ini isu dalaman,ingat taat setia pada pimpinan

    5.Bila orang semua sokong UMNO/BN 2004,isu yang keluar bini pak lah tak pakai tudung..elizabeth wong selak kain nampak dot dot dot..ustazah nuridah peluk sakan…

  2. chomelwangi & hubby Says:

    Tak elok berbicara sedemikian. Biasalah kalau kita sokong parti yang kita suka tu, kita tak nampak cacat celanya. ALLAH is watching!.

    Maharaja Zhou–betul,tak kisah UMNO ataupun PAS.Saya kat luar UMNO saya kata, PAS lagi la saya kata jugak..Dalam alam cyber ni,saya jadi UMNO totok sbab takda the other side of story orang pembangkang dengar.

    Jadi ada blog saya ni,bolehlah orang pembangkang yang ikhlas korek maklumat.Kalau nak sokong PAS ataupun pembangkang,biar pakai otak.Sokong PAS macam sokong team bola…baik tak payah

  3. Apa lagi nizar cabarla sultan… biar ramai lagi pengikut dan pengundi pas kuar parti… huhauhauahua

  4. “Maharaja Zhou” apa ini? Bodoh betul penulis blog ini yang angkuhnya nak bergelar diri sendirinya sebagai “Maharaja Zhou” ini. Pura-pura tahu sejarah negara China, tetapi sebenarnya tak baca buku sejarah baik-baik dan mendapat fakta sejarah negara China salah.

    Baliklah tadika dan baca buku. Dinasti Zhou tak ada maharajalah, si bodoh, zaman Zhou adalah zaman Feudal yang mempunyai pelbagai kerabat diRaja China yang memerintah kawasan mereka sendiri. Barulah bila Shih Huang Ti menggulingkan Dinasti Zhou dan memulakan Dinasti Qing, pemerintah orang Cina bergelar Maharaja. Nama Shih Huang Ti adalah asas mengapa pemerintah orang China bermulanya zaman Dinasti Qing bergelar Maharaja.

    Tolol betul penulis blog ini – sebodoh otak ahli-ahli UMNO, memang tak hairan.

    Maharaja Zhou–kalau tak tahu sejarah China,jangan kata org tolol.

    Dinasti zhou adalah dinasti selepas dinasti shang,dinasti xia dan juga pemerintahan 3 sovereigns and 5 emperors.

    Maharaja Zhou ataupun nama sebenarnya Di Xin adalah maharaja terakhir dinasti Shang yang kemudiannya digulingkan oleh Dinasti Zhou.jadi, anda sudah salah fakta mengatakan Maharaja Zhou adalah raja dinasti Zhou.

    Kalau tak tau,kutip peluru dulu, baru tembak.

    Shih Huang Ti ataupun nama sebenarnya Yin Zheng adalah putera raja negara Chin/Qin yang telah menyatukan semula China setelah China berpecah belah sejak zaman Musim Bunga dan Musim Luruh bermula dari 770-476 BC dan zaman negeri-negeri berperang bermula 475 – 221 BC.

    Sebelum itu,negara China bersatu.Penulis bersetuju bahawa gelaran Maharaja China pertama kalinya dipakai oleh Shih Huang Ti,gambarnya ada pada atas nama blog penulis.Tetapi, harus diingat gelaran Maharaja Kuning yang dipercayai Nenek Moyang orang China juga telah dipakai lebih awal.

    Oleh itu, sebenarnya tidak salah menggunakan nama Maharaja Zhou kerana semasa dinasti Shang,China diperintah oleh satu monarki sahaja.

  5. Adakah UMNO sudah lupa bahawa mereka yang cadangkan untuk tubuhkah Mahkamah Khas Raja-raja untunk mengehadkan kuasa Sultan ketika di bawah pimpinan Dr Mahathir?

    Kenapa tiada orang yang beranggapan bahawa UMNO derhaka kepada sultan dahulu? Sudah sah UMNO hanya mahu mem-politikkan isu ini untuk meraih sokongan.

    Tolong jangan terpedaya oleh tipu muslihat UMNO

    Maharaja Zhou–Penulis bersetuju dalam konteks derhaka nyatalah pengehadan kuasa raja-raja tersebut boleh diklasifikasikan sebagai derhaka.

    Tetapi, harus diingat bahawa janganlah orang lain mencuri RM 1 juta, orang yang merompak RM 1 ribu dikatakan ok, alasan…tu ada orang lain kebas RM 1 juta.

    Jika PAS benar-benar tidak derhaka,dari awal tiada demonstrasi,Nizar keluar dengan maruah dari pejabat dan kediaman dan tiada sembah derhaka.

    Oleh itu, kita tak boleh nafikan bahawa PAS derhaka,malah derhakanya lebih besar kerana UMNO sejak 1946 sehingga 1983 adalah penyokong Istana paling setia dan PAS baru sahaja bertatih memegang kuasa,belum apa2 lagi sudah tunjuk samseng

  6. salam.

    saya bercakap dari rakyat yang masih ‘tercari-cari’. tapi dah pasti saya TAK AKAN sokong the present Umno yang sangat racist, tak ubah seperti Yahudi.

    untuk seorang mahasiswa yang nampaknya sangat terpelajar seperti anda (tahniah!), tetapi kebanyakannya memetik/”quote” dari akhbar yang lebih layak jadi tisu jamban daripada menjadi bahan bacaan. sedikit sebanyak, hilang banyak kredibiliti anda.

    menderhaka hanya kepada ALLAH. bukan kepada seorang yang ‘mortal’… yang kalau kalah judi berjuta-juta ringgit di negara luar, diminta di ‘bail-out’ guna tax money i.e duit rakyat. anda masih sanggup mencium tapak kaki raja kerana takutnya perkataan ‘menderhaka kepada sultan’???

    mufti jenis apakah ini yang takut ‘menderhaka kepada sultan’??? adakah ini soalan yang akan ditanya dalam kubur esok ~ “siapa raja kamu, dan mengapa kamu menderhaka kepada raja-raja kamu?” ?? adalah lebih masuk akal lagi sekiranya kamu akan ditanya “mengapa kamu bersubahat dengan pemimpin-pemimpin kamu yang fasik???”

    Raja dan Sultan adalah sekadar SIMBOL Melayu. Saya turut berbangga kerana Kesultanan masih wujud di negara tercinta. Tetapi untuk mengangkat martabat Raja-raja dengan membuta-tuli ~ saya juga punya maruah sebagai seorang Melayu Islam yang ada akal fikiran.

    Nizar bekata dengan angkuh berkenaan dengan watikah itu??? Mungkin anda membaca ayat itu dengan perasaan amarah, maka terdengar-dengar seperti Nizar bercakap dengan nada yang angkuh dan bongkak.

    Saya tahu yang mengenali Nizar secara personal akan membaca ayat itu dengan perasaan rendah diri, dan sekadar memaklum umum tentang status watikah tersebut. Itu isikandungan utamanya.

    perhaps you should check your temper first before judging certain sentences that’s being printed. Comment on the ‘content’ instead. unless you really heard how it’s being said.

    allahu a’lam.

    Maharaja Zhou–Semua soalan tadi saya jawab dengan satu petikan hadith saja:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    hadith sahih di atas adalah suruhan Allah mengenai taat kepada pemimpin,deskripsinya lagi teruk dari sekadar minta bail out kalah judi.

    Kalau anda tidak setuju dengan hadith di atas,maknanya anda derhaka kepada ALlah, dan siapa yang bakal bantu kamu di Akhirat kalau bukan Tuhan mengutuskan rasul yang menyabdakan Hadith di atas?

    Pasal amarah atau tidak, kenyataan itu tetap angkuh.Kalau orang kata “saya nak sepak kepala bapak anda” dengan nada dondang sayang,itu tetap dikira angkuh bukan?

    perhaps you should check your temper first before judging certain sentences that’s being printed.

  7. Sudahlah……Zambri tu Raja yang lantik bukan rakyat..simple is that..itu pun tak faham

    Dalam perlembangaan negeri dan negara rakyat yang mempunyai kuasa utk melantik wakil mereka dan MB mereka melalui proses kelulusan DUN negeri.

    Maharaja Zhou–Nizar pun Raja yang lantik bukannya rakyat.Macam mana parti ada 6 ADUN dalam Dun boleh jadi ketua 59 ADUN yang lain?Jamaluddin Radzi dari PKR ketuai 7 ADUN PKR dan Ngah ketua 18 yang lain?

    Jadi, siapa lantik Nizar?Sultan.Sama macam Zabry, jadi Nizar jangan sombong.

    Perlembagaan negeri juga mengatakan bahawa jikalau MB sudah hilang majoriti,dia patut step down ataupun automatically hilang ajwatan.

    Nizar cumalah ADUN Pasir Panjang,bukan orang undi dia jadi MB…dan perlantikannya pun adalah restu Sultan.Jangan mudah lupa.

  8. UMNO p”ki”ak

    Maharaja Zhou–Kalau tak boleh jawab,duduk diam2.

  9. mmg betul, kalau tak malu g la ngadap sultan, tu pon kalau sultan perkenan dan bg ngadap… entah2 masuk kawasan istana pon sultan tak bg.

    kalau dah namanya derhaka, satu keturunan ko la derhaka… baik kene tulah muntah darah lagi bagus.

  10. Ismandy Hamza Says:

    Nak jadi mahasiswa ni kena cerdik sikit kot!
    Jangan jadi mahasiswa bachul.
    Kan semua lazim tahu hanya tiga cara saja untuk YB Nizar serahkan kuasanya.
    Satu – melalui perletakan kuasanya secara rela.
    Dua – undi tidak percaya terhadap kepimpinannya di dalam dewan.
    Tiga – diadakan semula pilihanraya di Perak.
    Hakikat ini perlu kita ketahui sebab semua yang arif pasal perundangan tahu arah mana yang boleh menjernihkan suasana yang sudah keroh di Perak tu.
    Tokoh negara seperti bekas PM Tun Dr Mahathir, Tengku Razaleigh, Zaid Ibrahim dan pihak yang berkewajipan di dalam sistem perundangan negara semua bersetuju dengan tiga perkara ini.
    Siapa pula golongan mahasiswa ni yang nak menpertikaikan hakikat sebenar yang berlaku di Perak ni?
    Kalau berfikiran cetek sebegini, baik tak usah belajar tinggi lah.
    Tak tahu lah, balik kuliah apa yang mahasiswa buat?

    Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the majority of the members of the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

    Semasa Nizar naik jadi MB,tak pula dia minta kepercayaan adun2 untuk bentuk kerajaan?Oleh itu, bersesuaian dengan undang2 tubuh negeri Perak, apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ahli2 Dewan, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan.

    Sultan Perak tu bukan mengaji pondok ke ataupun berkebun,tuanku tahun 1953 dah dapat degree undang2 dan pada usia 37 tahun telah menjadi hakim besar negara. raja Muda pula ada phD dalam law.

    Siapa Zaid ibrahim,Tun Mahathir (yang saya kasihi) dan Tengku razaleigh (yang mengatakan Anwar Menteri Kewangan paling teruk Malaysia) jika dibandingkan dengan Sultan dan Raja Muda Perak dalam bidang undang2?

  11. Ismandy Hamza Says:

    Dan satu lagi!
    kalau sebelum ni BN beria-ia nak berbaik semula dengan PAS, kenapa pula sekarang cucuk Istana dan jatuh kan kerajaan PAS kat Perak tu?
    Kan kah orang Melayu yang memerintah Perak walaupun mereka berada di pihak yang berlainan.
    Cakap dulu nak berbincang atas nama perpaduan ummah! tapi kenapa pula tumbangkan kerajaan PR yang telah dipilih secara adil oleh rakyat Perak itu sendiri?
    Kanapa pulak tikam dan bunuh saudara sendiri dari belakang?
    Perbuatan ini datang dari orang Melayu yang kononnya beragama Islam pulak tu!

    Maharaja Zhou–Eh? Masa tumbang baru ingat sedara?

    Yang tikam Mufti Harussani tu apa pulak?Masa sokong Anwar tak perlu sumpah, puji gila PAS dengan Mufti, bila kata Nizar dehaka, maki hamun tikam belakang korang dengan Mufti.Perbuatan ini datang dari orang melayu jugak kan?

    Kalau memerintah pun takat jadi boneka,baiklah tak payah.Tanah 999 tu pengkhianatan paling besar terhadap orang melayu.

    Kalau betul2 nak perpaduan ummah, sejak 1951 lagi,PAS tak patut berniat,tubuhkan parti dan bertanding lawan kerajaan yang dipilih oleh umat..iaitu UMNO dan BN (1972).

  12. melayu ISLAM Says:

    Beliau antara ulama yang dekat dan rapat hubungannya dengan istana menjelaskan istilah ‘sembah derhaka’ yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khusunya media sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

    “Sembah derhaka’ bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa ‘patik sembah derhaka’. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja,” katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

    Maharaja Zhou–Macam nila.Balik jumpa mak bapak,pegi kata, abah,mak..saya sembah derhaka kat abah,mak…

    Kalau nak derhaka, tak payah sebut.

    penderhakaan nizar ni la paling teruk dibanding dengan Idris dan Shahidan.Diorang lawan istana utk jawatan MB tapi bila tak dapat,balik saja.

    Nizar ni, bila Sultan lantik,dok cakap dirinya MB lagi.So, derhaka taraf apa ni?

  13. Ayat al-Quran sememangnya boleh dijadikan sandaran hujah dan ianya ayat ‘muhkam.’ Namun kita nampak sangat bahawa mereka hanya guna yang di hujungnya sahaja iaitu ‘pemimpin di kalangan kamu’ tetapi tidak memberi perhatian kepada pangkal ayat iaitu ‘Taatilah Allah dan taatilah Rasul”, seolah-olah menggambarkan bahawa perintah Allah dan Rasul boleh dilanggar namun, jangan langgar arahan pemerintah.

    Mereka sengaja tidak mahu melihat, istilah yang Allah guna, pertamanya kalimah ‘taat’ hanya kepada Allah. Kali kedua disebut ‘taat’ hanya pada Rasul dan kali yang ketiga tiada perkataan ‘taat’ kepada pemimpin. Diulang dua kali perkataan ‘taat’. Kali ketiga bila menyebut perkataan pemimpin, tiada perkataan ‘taat’.

    Ahli-ahli tafsir menafsirkan ayat ini bahawa perintah Allah dan Rasul wajib ditaati secara mutlak, adapun taat kepada pemerintah adalah tidak secara mutlak. Maknanya, taat kepada pemimpin selama mana ia tidak bercanggah dengan perintah Allah dan Rasul.

    Maharaja Zhou—Baca ayat Quran surah An Nisa’ ayat 59:

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Kalau ada yang tak setuju, rujuk kepada sunnah bukan? Jom tgk hadith sebut apa:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Nabi cakap kalau ada pemimpin berhati syaitan,kita kena taat selagi mana dia Islam.kalau rujuk hadith yang lain,kita hanya tak boleh taat kepada suruhannya yang maksiat.Tetapi, lain dari itu kita kena taat dan diharamkan jatuhkan pemimpin tersebut melainkan kufr burhanan.Faham?

  14. Saiful Haq Says:

    Alahai, mengate dulang paku serpih. Muka paling tak malu adalah muka UMNO. Bini orang, bini die. Laki orang laki die, harta orang harta die. Muka tetap saden macam tak ada ape-ape. Sebenornya yang masih ade pada orang UMNO ni kemaluannya aje. Malunya dah hilang entah ke mane!

    Maharaja Zhou–Muka tak malu ni bukan saja UMNO,kat tempat lain pun banyak.Laki orang pun dikatakan boyfriend dia.kediaman orang, baru sehari dua dia nak keluar, kalau tak dia buat macam kediaman dia.

    Sama jugak kereta orang, baru dua tiga hari ni dia nak bagi balik, kalau tak,dia buat macam kereta dia.

    lembu orang bagi, dikatakan lembu dia.Coffe boy, dibawa sampai luar negara.Anak bini semua diletak bertanding…

    Betul,malunya entah ke mana…

  15. ISLAM vs melayu Says:

    “Sembah derhaka’ bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa ‘patik sembah derhaka’. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja,” katanya yang cuba membandingkan pelbagai perbuatan menderhaka yang dilakukan oleh pemimpin sebelum ini.

    Maharaja Zhou–Macam nila.Balik jumpa mak bapak,pegi kata, abah,mak..saya sembah derhaka kat abah,mak…

    Kalau nak derhaka, tak payah sebut.

    penderhakaan nizar ni la paling teruk dibanding dengan Idris dan Shahidan.Diorang lawan istana utk jawatan MB tapi bila tak dapat,balik saja.

    Nizar ni, bila Sultan lantik,dok cakap dirinya MB lagi.So, derhaka taraf apa ni?

  16. Ni orang perak nak cakap. Wa lahir kat Kg Gajah. Tinggal kat T. Intan. Saudara kami kat sini lebih tahu isu negeri kami. Kami dah merasa perbezaan hidup dua parti pemerintah. U jangan dok kempen pasal sultan. kalau Umno berani kenapa umno tak keluarkan atau buat sidang akhbar tentang perkara yang terdapat dalam undang2 tubuh n.perak. Tunjukkan kan fasa berapa atau perkara berapa yang menyokong tindakan mereka. setakat ini mereka semua menyorok di belakang istana. Umno takut, dan tahu mereka bersalah. sekarang mereka hantar wakil ke london untuk dapat nasihat dari kerajaan Britain. Memalukan dah buat baru nak wat kajian.

    Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the majority of the members of the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

    Semasa Nizar naik jadi MB,tak pula dia minta kepercayaan adun2 untuk bentuk kerajaan?Oleh itu, bersesuaian dengan undang2 tubuh negeri Perak, apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ahli2 Dewan, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan.

    Sultan Perak tu bukan mengaji pondok ke ataupun berkebun,tuanku tahun 1953 dah dapat degree undang2 dan pada usia 37 tahun telah menjadi hakim besar negara. raja Muda pula ada phD dalam law.

    PAS tu kalau dah salah, jangan dok tibai UMNO sbab UMNo rasa dia dah majoriti tu yang mengadap Sultan untuk tubuh kerajaan.

    Kalau anak jantan direct to the point, katakan saja dalam Harakah Sultan yang pernah jadi hakim Besar dan anaknya ada phD dalam law tu tak betul dalam tafsir undang-undang negeri sendiri.bagus betul PAS,Haron Din,bekas professor Pngajian Islam,tafsir undang2 lagi power dari bekas hakim besar Negara.Hebat.

    Ingat ya bang, Sultan yang lantik Nizar dan Sultan yang lantik Zambry.

    Dah takut itu, sebab itulah yang dalam Harakah keluar, kami tak derhaka kat sultan tapi UMNO penyamun.Sedar sikit diri tu salah,salahlah.

  17. bila BN kalah, kalah lah..dah kalah la.. kata PM

    Maharaja Zhou–Samalah,kalau PR dah kalah,kalah lah…Itu yg jadi PM tu namanya Pak Lah, bukan Anwar ke Hadi ke Lim ke..

  18. Salaam sahabat,
    hang kutuk DS Nizar tu ape maknanya? nak cabar dia mcm mana? dia tu siapa? manusia yg tak terdaya seperti saudara juga n besar sangat ke Sultan tu? ni nak tanya, esok bila dah sampai masa maut, Sultan tu kain kapan warna ape? tak sama ke dgn DS Nizar? mungkar nangkir soal lain ke? ape istimewa nya DS Nizar & Sultan? hanya Insan biasa kan! yg membezakan di dunia ni adalah KUASA…
    saya x bermaksud membela sesiapa, tapi kalau diamati, DS Nizar merasakan dia mengikut undang2 yg dipilih rakyat sebagai ketua, lagipun kalau perasaan, Kerajaan langsung tak beri peluang untuk DS Nizar. Dihentam & dicerca secukup rasa….kesian….dia hanyalah insan biasa.
    bagilah peluang untuknya bercakap…..
    Dari sudut lain, mungkin rakyat Perak nampak segalanya…jika Sultan memahami hati rakyatnya, dengan hematnya patut diberi kuasa kepada RAKYAT nya untuk memilih pemimpin utk menerajui pemerintahan. Sultan adalah sebagai simbol pemerintahan dan bukan menerajuinya. Biarlah RAKYAT menentukan siapa pemimpin mereka….kan mudah!
    Bukan niat nak menderhaka tapi kita sebagai hamba kepada yg Allah yg Esa perlulah sedar bahawa menderhaka kepada Allah itu lebih hina dari menderhaka antara sesama manusia di dunia ciptaan Nya ini. DS Nizar, Sultan, Raja, anda semua termasuk saya ini adalah insan kerdil yg dicipta untuk berada di Dunia yg sementara ini.
    Fikir lah dengan sedalam2 nya.

    Maharaja zhou–Cik Zen,u kata:

    “dia mengikut undang2 yg dipilih rakyat sebagai ketua”

    Cik Zen lupa ke, yang si nizar ni Sultan yang pilih.rakyat tidak pernah pilih dia.Cuma orang pasir panjang saja kenal dia.

    Parti Nizar cuma menang 6 kerusi dari 59 kerusi.Sultan yang pilih dia setelah 3 nama diberikan iaitu Jamaluddin Radzi PKR,Ngah Kam Hoo DAp dan Nizar PAS.Jamaluddin tu bekas posmen, jadi Sultan nak la orang cerdik sikit jaga negeri ni.Masa dapat kerusi MB kenapa tak bising kuasa rakyat?kalau betul, letak jawatan masa tu, bubar DUN,baru betul.tapi, pasal dah dapat semua diam.Yang bising DAP, tapi DAP dah dapat pangkor2,happy.

    Cik Zen kata rakyat Perak,orang UMNO yang ada 27 kerusi dengan MCA 1 kerusi lagi tu apa?Bukan rakyat Perak?kenapa gadai masa depan rakyat Perak bila majoriti 28 kerusi ni kepada 18 DAP,7 PKR dan 6 PAS yang tidak ada persefahaman hitam putih?

    yang turun demo tu hanya 3 ribu ikut Malaysiakini,10 ribu ikut Harakah,ingat perak saja ada 2 juta orang.2 juta orang ini bakal ajar PR dalam PR akan dtg.

  19. Nak tanya u pemimpin ada pemimpin ada ciri yang tersendiri mengikut Islam . Adakah pemimpin yang ko bangga kan sangat ikut kreateria islam. Adakah sultan yang ko kata pemimpin tu mengikut ciri-ciri islam. Budak u takkan tak tahu kot. Nak tanya ko pemimpin yang macam mana kita perlu hormat dan taat. Kalau macam Najib rakyat Malaysia semua tahu latar belakngnya yang negatif, nak taat juga ke? Adakah sultan kat malaysia ni semua menepati ciri2 pemimpin mengikut islam yang kita perlu taat. Fikirla adikku yang taik UMNO

    Maharaja Zhou—Ini budak U jawab:

    Baca ayat Quran surah An Nisa’ ayat 59:

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Kalau ada yang tak setuju, rujuk kepada sunnah bukan? Jom tgk hadith sebut apa:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Nabi cakap kalau ada pemimpin berhati syaitan,kita kena taat selagi mana dia Islam.kalau rujuk hadith yang lain,kita hanya tak boleh taat kepada suruhannya yang maksiat.Tetapi, lain dari itu kita kena taat dan diharamkan jatuhkan pemimpin tersebut melainkan kufr burhanan.Faham?

  20. Hoi dewata, ko tahu sembah derhaka tu apa dia. Ini ialah bahasa istana yang unik. Ia bertujuan apabila kita hendak membetulakan kesilapan raia atau untuk membri pendapat kita pada raja. Ini ialah tanda hormat. Ko yang hormat gila pada sultan perak tak kan tak tau cara atau presedur nak cakap ngan dia. Yang menghebahkan sembah derhaka ni TV ngan khairy kami orang perak tau bahasa ni tu sebab kami tak heran. Tengok yang yang banyak buat laporan polis DS nizar bukan orang perak tapi semua orang luar dah tu kat balai polis kat kg diorang. memang la laporan itu sah, tapi kami pun tak sibuk korang pulak yang sibuk.

    Maharaja Zhou–Macam nila.Balik jumpa mak bapak,pegi kata, abah,mak..saya sembah derhaka kat abah,mak…

    Kalau nak derhaka, tak payah sebut.

    penderhakaan nizar ni la paling teruk dibanding dengan Idris dan Shahidan.Diorang lawan istana utk jawatan MB tapi bila tak dapat,balik saja.

    Orang luar yang demo tu termasuklah Indon yang kena tahan dan jugak student2 PAS.Ingat salahuddin kerah budak PAS seluruh negara turun demo..bang yeop tak nak halau ke budak2 luar dari PAS?

  21. Mabuk kuasa puak-puak hamPAS ni….selagi bumi ini berputar selagi itulah mereka tidak diizinkan Allah memerintah Malaysia kerana mempermainkan ayat Al-Quran demi politik rakus…sepatutnya PAS lebihkan dakwah ke atas penyelewengan akhlak remaja sekarang tetapi mereka sendiri perlu didakwahkan terlebih dahulu.

    Fakta :

    UMNO menang 27 kerusi DUN di Perak.
    PAS menang 6 kerusi di Perak…

    Cuba kaji….Berapa calon UMNO menang dan berapa calon PAS menang di DUN Perak apabila satu lawan satu….

    Setakat nak jadi BARUA dan BANGSAT hingga baring di atas jalanraya..memang bodohpiang punya Melayu..

    Tabik Spring kat pemilik blog ini….setiap jawapannya ilmiah bukan ikut perasaan…yang bodoh puak-puak barua tu juga.

  22. Salaam Saudara zhou,
    Saudara hanya ‘memilih’ ayat yang saudara fikirkan mampu untuk buat U turn,
    MB dilantik dari pihak yg majoriti memerintah dan di serahkan kepada Sultan maka dengan KUASA yg ada, Sultan akan memperkenankan. Jika tidak majoriti ini harus memilih yg lain.
    Jika di ikutkan tiada istilah majoriti dlm ketika ini, PR 28, BN 28, Bebas 3….maka perlulah diadakan sidang dewan untuk meyelesaikan masalah ini. ini kerana anggota Bebas ini adalah tidak termasuk dlm majoriti walaupun Bebas ini menyokong salah satu parti lain.
    memang benar hanya segelintir tunjuk perasaan berlaku & ia tidak melibatkan semua rakyat Perak cuma….salah ke untuk mengelakkan perkara ini berlaku maka diadakan Pilihanraya semula…saya nak tanya kepada saudara sekali lagi SALAH KE?
    Biarlah rakyat Perak menentukan dan bukankah ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik ini. jangan abadikan sifat2 perkauman dan kita sepatutnya perlu berlaku adil kepada seseorg n kesemuanya.
    Jangan jadikan konsep barua untuk mengutuk orang lain.
    Adakan semula Pilihanraya, kemudian saksikan kesudahannya..siapa pilihan rakyat. Dan semestinya kedua2 pihak wajib telus ketika berkempen dan tidak sesuka hati menggunakan jalan yg kotor untuk menang.
    Moga PRK kedua2 bukit ini bakal menyaksikan saksi kecil bagi keseluruhan rakyat Perak & Masyarakat Msia amnya.

    Maharaja Zhou–Wa alaikumussalam

    Bila saya baca komen cik Zen,nampaknya Cik Zen seorang yang ikhlas.

    Hujah Cik Zen,kenapa tidak berikan kepada rakyat sahaja untuk putuskan siapa kerajaan baru.Itu point Cik Zen.

    Hujah saya,Sultan juga komponen dalam Kerajaan yang mempunyai sistem Raja Berpelembagaan.Sultan ada kuasa apabila perkara itu termasuk dalam jurisdiksinya.

    Cik Zen,tengok kronologi isu Perak ini.Cuba tengok satu persatu,Nizar semasa mengadap Raja,dia kata,dia akan turuti apa sahaja keputusan Sultan.Kenapa?Sebab Nizar yakin keputusan itu akan berpihak padanya.Dia yakin Sultan akan bubarkan DUN.

    Tetapi,Sultan tidak “serahkan”kepada rakyat.Sultan pada hemat saya menganggap,pilihanraya baru sahaja berlaku,taksampai setahun.Perpecahan akan berlaku,bukan sahaja antara rakyat tetapi juga PR.Anda cuba tengok selepas ini DAP akan mencari calon Melayu,PAS akan tuntut “kawasan tradisi” dan macam-macam lagi.Sekarang kegawatan ekonomi tengah “rancak”,masa ini patut digunakan untuk selesaikan masalah ekonomi bukan kemelut politik.

    Anda katakan buang sifat perkauman, tapi ingat tujuan kuasa,adalah untukmenjaga agama,bangsa dan negara.Kalau Sultan membuang pertimbangan ini,kita akan lihat berapa banyak lagi hak bangsa yang akan tergadai.Hari ini tanah tergadai 999 tahun,esok?

    Insha ALlah, pilihanraya ini akan tentukan sebahagian dari persoalan kita walapun tidak sepenuhnya.

  23. Orang Bagan Datoh Says:

    Aslm budak U,
    Tolong bagi hujjah yang lebih bernas sikit. Ulang yang sama je. Kalau u nak taat pada Najib, taatlah bagi kami..kami telah menyerahkan seluruh jiwa dan raga kepada Allah Taala. Tidak kepada pemimpin yang korup, rakus, pentingkan diri sendiri.
    Isu isteri Pak Lah tu memang sesuailah..spt firman Allah Taala “Wahai orang2 beriman, katakanlah kepada isteri2 dan anak2 perempuan kamu supaya melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada kamu…”

    Isu Elizabeth Wong, dia bukan Islam. Dan bukan kehendak dia gambar2 tu keluar, teraniaya faham?

    Maharaja Zhou–Wa alaikumussalam

    Cik Siti,

    Ada hujah lagi bernas dari ayat Quran ke? Ada hujah yang bernas dari Hadith dan Sunnah ke? Ke hukum tuhan ni main pilih2,mai aku ulang sekali lagi hujah aku cm Tok Guru tajwid:

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Kalau ada yang tak setuju, rujuk kepada sunnah bukan? Jom tgk hadith sebut apa:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Kalau nak lawan ayat QUran dan hadith di atas, beri tau hadith suruh jangan ikut pemimpin korup,pentingkan diri sendiri.

    Kalau cik siti rasa cik siti itu Islam,baik taat saja.Pasal ayat tutup aurat,sesiapa yang tidak tutup aurat,diri orang itu dan orang yang menanggungnya berdosa sama macam org yg memaki hamun dalam ceramah dsb.Hukumnya sama2 haram.Ada faham?

    Pasal Eli Wong tu,aku dah tulis artikel sebelum ini pjg lebar.Kita sokong org teraniaya,tapi kalau dia tu terbukti penzina yang semua agama larang buat,macam mana?

    Aku tau korang akan cakap,macam mana dengan pemimpin UMNO.Bawa mai 4 orang saksi baru kita sembang panjang.

    Kita andaikan tuduhan tu semua betulla,mmg ada saksi.Guna akal sikit,nak ganti pemimpin korup akhlak with another korup akhlak?Cuma satu lambang dacing,satu lagi lambang mata lebam?

    Adakah patut?Inilah sokongan,sokongmcm sokong team bola..

  24. Maharaja Zhou benar.

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Hadith ini adalah sahih. Dalam sahih Muslim hadith ini boleh dirujuk dalam bab imarah (kepimpinan). Wajib terima hadith ini kerana tidak ada satu pun ayat Quran dan Hadith lain yg menyuruh atau membenarkan kita menjatuhkan pemimpin muslim hatta yg zalim. HARAM hukumnya. Kita boleh benci pada kemungkaran yg mereka lakukan tetapi wajib dengar dan taat seperti suruhan Rasulullah.

    Pemimpin boleh ditegur tetapi dgn cara yg baik dan berlemah lembut. Allah sebut dalam Quran cara tegur pemimpin zalim ni macam ni..

    “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya.
    [44]
    “Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang LEMAH LEMBUT semoga ia beringat atau takut”.

    Surah Toha 43-44

    Inilah caranya. Firaun yg terang2 raja kafir dan mengaku Tuhan pun Allah perintah Rasul Allah Musa dan Harun pergi adap dan tegur dgn kata2 yg LEMAH LEMBUT. Bukan dgn cara maki, surat layang, fitnah, memalukan mereka dalam ceramah2, demonstrasi dan sebagainya. Ini caranya. Kenapa kita tidak mengikut Quran dan Hadith? Kenapa kita mengikut perasaan dan ulamak politikus yg berkepentingan? Politikus yg boleh berkata Allah mencarut..mana dalil Quran dan Hadith? Politikus yg berkata boleh bekerjasama dgn syaithan..mana dalilnya? Insaflah…ramai org yg mahu mendirikan masjid dhirar di negara kita. Kembalilah kepada ajaran suci Islam dan Sunnah Rasulullah.

  25. hai yeop..

    ni menunjukkan kami mengambil berat… bukan selfish

    saye pernah ke istana n tahu protokol mcm mana nak mengadap sultan dan raja muda Nazrin..kami kesana atas jemputan khas lagi.

    “sembah derhaka” mmg sesuatu yang pelik apabila ia diungkapkan oleh seorang pemimpin yang kononnya disanjung tinggi.

    perkataan “derhaka” sudah membawa kepada konotasi yang tidak baik, dan kenapa pula digunakan kepada sultan. Memang nampak sangatlah yang si nizar tu mohon derhaka.

    kalau dan mohon tu apa lagi, tunaikan aje la.

    p/s: sabo yoep sabo..

  26. Jawapan Maharaja Zhou..padat dan jitu. Itulah kita pejuang2 muda UMNO..

  27. Kalau orang kata “saya nak sepak kepala bapak anda” dengan nada dondang sayang,itu tetap dikira angkuh bukan?..hehehe..MZ sarkastik habis…heheh..aku boleh bayang..

  28. nak tanya sikit budak u yang tahu semua, ini otai u cakap. So, penggulingan shah iran oleh gerakkan revolusi tu berdosala kan. Dah tu lawan raja betul tak. Pada aku raja ke sultan ke ngan pemimpin berbeza dalam konteks malaysia. wa..kakakaka

    Maharaja Zhou–

    Ni lagi otai cakap, u tau tak Khomeini tu syiah?Syiah punya set of rules berbeza dengan ahli sunnah.Faham?Diorang tak iktiraf sahih Bukhari/Muslim dan sunan sittah tu.Diorang ada wilayatul faqeh yakni imam2 yang boleh keluarkan hukum sama macam Nabi bagi hukum sebab Imam2 dan wilayatul faqih ini maksum,itu sbab diorg panggil Ayatullah, maknanya, Bukti/Sign of Allah.

    Hukum demosntrasi jatuhkan kerajaan ikut ahlil sunnah wal jamaah adalah haram.rujuk balik dalam mukasurat ni hadith yg selalu saya copy and paste.Rujuk balik macam Saidina Uthman boleh terbunuh, orang demo depan rumah dia,sekat orang lain masuk, lepas tu ada beberapa demonstrator masuk dan bunuh saidina uthman.

    tak ada bezanya.Pemimpin yang ada kuasa ke atas kamu termasuklah Sultan dan PM adalah ulil amri.

  29. Berdosa kerana tidak mengikut sabdaan Nabi SAW. di iran yg naik buat revolusi adalah golangan syiah yg seperti kita semua tahu menolak banyak hadith2 riwayat para sahabat. Mereka menggunakan banyak hadith2 dari Imam2 mereka yg merupakan hadith palsu. Kita adalah ahlul sunnah wal jamaah. Jgn samakan dgn pemimpin Syiah Iran. Lain la kalau ko tu Syiah.

    Ingat..Mustapha Kamal At Tartuk telah menggunakan alasan Kerajaan Turki Uthmaniyah korup, lemah, muflis, tidak berakhlak utk mengkuburkan sistem khalifah di muka bumi ini. Api2 kebencian telah ditaburkan kepada rakyat Turki utk menjatuhkan pemimpin Muslim. Akhirnya pa yg telah berlaku pada Turki?

  30. Nampaknya ramai penyokong pakatan yg cuba membelit bagi menghalalkan perderhakaan parti kesayangan mereka kepada institusi Raja di negara ini. For a simple fact vote of no confidence telah dilafazkan apabila kesemua 31 adun berjumpa Sultan Perak untuk menyatakan sokongan untuk menubuhkan kerajaan barisan nasional di Perak. Tidak ada undang2 khas yg menyatakan secara spesifik perlu ada sidang dun untuk tujuan ini. Jangan lupa BABI( bother anwar bin lbrahim ) telah juga ingin melakukan taktik sama tetapi malangnya beliau tak dapat 30 adun BN pada 16 sept. Kalau sudah ada BABI akan jumpa Yang di pertuan Agung untuk tujuan sama. Bila Bn buat haram tak demokrasi tapi 16 sept halal dan demokrasi siap diendorskan oleh ulamak2 PAS. Inilah yg dikatakan metafor babi yg makan taiknya sendiri.
    Sultan Perak bertindak mengikut undang yg sah.

    Maharaja Zhou–Terima kasih kpd Al Zarqawi atas pandangan anda.Datanglah selalu ke MZ.

    Terima kasih!

  31. “Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi.”

    KENAPALAH ORANG YG PERASAN DIRI MEREKA SEBAGAI PEJUANG ISLAM DLM PARTI YG KONONNYA ISLAM BERSIKAP SEDEMIKIAN. KENAPA TIDAK MENCONTOHI SIKAP SAIDINA KHALID AL WALID YG TELAH DILANTIK OLEH RASULLAH SAW UNTUK MENJADI KOMANDER TERTINGGI ANGKATAN TENTARA MUSLIM. TETAPI BILA SAIDINA UMAR AL KHATAB MENJADI KHALIFAH DAN MEMECATNYA BELIAU TERIMA DENGAN HATI TERBUKA DAN MENERUSKAN PERJUANGAN SEBAGAI ASKAR BIASA. TAK PULA TERDENGAR YG KHALID AL WALID MERUNGUT SEPERTI APA YG NIZAR BUAT(WALAUPUN BELIAU DILANTIK OLEH RASULLAH SENDIRI) SAMPAI NAK SEMBAH DERHAKA SECARA TERANG. DARIPADA NIZAR MENJADI MENTERI BESAR BONEKA KAFIR HARBI IAITU DAP, SEPATUTNYA KOMPONEN MUSLIM DLM PAKATAN BERFIKIR PANJANG DAN MENERIMA SAHAJA KERAJAAN BARU BN YG MAJORITYNYA MUSLIM. AKU NAK TENGOK SIASATAN TERHADAP BIRO HUBUNGAN SIRATULRAHIM ANTARA AGAMA (MACAM IFC) DI PULAU PINANG. KALAU BENAR MEMANG SAH USAHA DAP UNTUK MENJATUHKAN ISLAM DI NEGARA INI. ADAKAH KOMPONEN MUSLIM DLM PAKATAN AKAN SOKONG USAHA INI ? SAMALAH KITA TUNGGU DAN LIHAT.

  32. mohon jumpa pakar agama universiti hang…tentang ayat ati ullahha wa ati urrasul waulil amri minkum…ayt muhkam ini kenapa tak menyebut taati untuk kali ke 3 bagi pemimpin dari kalangan kamu.. kemudian relate dengan cerita raja melayu yang menurut sejarah melayu yang punya sakti dan daulat yang mengalahkan waliwali. kononnya boleh menyumpah rakyat totok bongok jadi batu ker, apam balik ker. khalifah 4 yang listed syurga pun dibicara depan kdi krana silap dan salah. apa hebatnya raja dan umara’ ni. kembali pada jalan akidah dan hakikat.

    Maharaja Zhou—

    Bab ni penulis dah banyak sgt komen, tak faham2 jugak eh?

    Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    Kalau ada yang tak setuju, rujuk kepada sunnah bukan? Jom tgk hadith sebut apa:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Apabila seseorang itu berhadapan dengan suruhan pemimpin yang zalim yang tidak maksiat maka mesti ia melaksanakannya.Dalam kedua hadith tersebut tidak ada perintah yang mengatakan bahawa harus hukumnya menggantikan pemimpin yang zalim.Persoalannya ialah, adakah Pak Lah, Najib dan semua pemimpin UMNO bertahti syaitan?

    Kesimpulannya, siapa yang tak ikut hadith ni, penulis seru kembalilah kepada aqidah dan jalan hakikat sebenar.

  33. zenkarya Says:

    salaam kepada saudara…
    Firasat saya PRK dikedua2 kawasan ini akan membuktikan kehendak rakyat sama ada menerima @ menolak BN. Jika dikira pada 2 PRK yg lalu ia memihak kepada PR dan ini bermakna gelombang perubahan mungkin akan berulang.
    Saya tidak sesekali memihak kepada satu pihak sama ada pemerintah @ pembangkang. Yg baiknya berlaku adil kepada semua. Cuma saya akan memilih diantara salah satu parti yg memberi kebaikan kepada saya sebagai rakyat Msia. Saya lihat sekarang ini telah berlaku ketidak adilan yg dilakukan oleh parti yg memerintah, Dgn jelas telah menyebabkan rakyat semakin celik dgn segala senario yg berlaku. Mereka seakan tidak bersetuju dgn apa yg pemerintah telah lakukan terutama sekali dalam bentuk kuasa yg telah diamanahkan kepada pemerintah yg telah memadamkan kepercayaan rakyat.
    Saudara perlu sedar gelombang PRU 13 yg lalu telah membuktikan segalanya. Pembangkang telah memadam rekod 2/3 dari kerusi yg dipertandingkan. lihat lah dgn jelas rakyat mula ingin melakukan perubahan. Saya berfikir dan boleh dikatakan mereka menang & seterusnya merampas beberapa negeri bukan kerana nasib….percayalah rakyat peka dgn setiap apa yg dilakukan ketika membuang undi. Strategi pemerintah menggunakan hampir semua media & jabatan sehingga tiada langsung ruang utk pihak lawan mempertahankan diri dan ini menyebabkan rakyat nampak semuanya….
    Saya harap saudara boleh berfikir sendiri sesungguhpun saudara kelihatan Pro-pemerintah namun sepatutnya saudara perlu adil. Janganlah anggap semua yg dilakukan pembangkang itu salah dan keji. Apa kurangnya dgn BN pun….jika nak dikira aduhai……
    yang pasti saya amat nantikan pendapat saudara selepas PRK dikedua2 yg semakin hampir ini. Firasat saya gelombang PRK Kuala T’ganu akan berulang sekali lagi, Insyaallah….sekiranya pembangkang menang saya ingin melihat apa komen saudara…adakah masih sama @ sebaliknya.

    Maharaja Zhou–

    wa alaikumussalam,Terima kasih kerana kembali ke blog saya yang tak seberapa ini.

    Seperti mana yang saya jawab dahulu,PR kecil menjawap sebahagian persoalan tetapi bukan semua persoalan.

    Penulis bersetuju dengan perenggan pertama,kerana PR umum lalu,pembangkang prestasinya lebih baik.Tetapi,oenyokong pembangkang selalunya takabbur,apabila BN kalah lebih kerusi,dikatakan ini memihak kepada mereka,walhal ini tidak benar.Majoriti rakyat masih memihak kepada BN.

    Disebabkan ketakburan ini berlaku,pembangkang mengeluarkan statement angkuh,hendak memuziumkan UMNO dan UMNO sedang reput dan di masa yang sama gagal melakukan perubahan dalam pemerintahan.Rakyat yang benar2 atas pagar meluat melihat sikap pembangkang seperti kaduk naik junjung.Dan mereka yang baru berjinak dengan pembangkang di peringkat cawangan dan bahagian mula melihat belang pemimpin mereka di tahap itu bercakaran.Padahal mereka mengharapkan pembangkang mampu memberikan alternatif tetapi tidak,mereka 2×5 ataupun lebih teruk dari UMNO.

    Dengan perenggan dua,isinya lojik.Sebahagian rakyat terutamanya atas pagar berasa marah dengan parti pemerintah trutamanya jika isu “aur makan roti kapada” tidak selesai.Isu tol,isu harga minyak dan isu sarahidup sepatutnya diberikan keutamaan.Itu sebabnya apabila ekonomi jatuh,dasar ekonomi Tun menjurus kepada survival rakyat.Hasilnya walaupun ada demosntrasi bersifat massa menyokong Anwar,silent majority menyokong Tun kerana kehidupan seharian rakyat tidak terjejas.

    Tetapi,anda tidak boleh hanya buka mata kepada pemerintah sahaja.Rakyat yang memberi peluang kepada pembangkang menafikan majoriti 2/3 ini juga sedang menilai prestasi Pakatan rakyat di 5-1 negeri yang dikuasai mereka.Jika terus mereka bermasalah,seperti Osman Jailu,Jamaluddin Radzi,Eli Wong,V Arumugam tidak terkecuali prestasi Fairus sebagi TKM Penang yang buruk,sifat kaduk naik junjung Nizar dan kawan2 di Perak,silent majority akan mengajar Pakatan Rakyat akanmengajar mereka sama seperti rakyat Terengganu menyahkan Haji Hadi.

    Perenggan ketiga,saya tidak bersetuju.Tanya semua orang,jangan tanya di markas PAS ataupun PKR,apa sebab mereka undi pembangkang.Kerana hendak mengajar BN,bukannya sampai merekahilang 2/3.Ramai yang tidak sangka bahawa tindakan mereka mengundi pembangkang menyebabkan BN hilang kerusi di kawasan mereka.Rakyat ingin BN belajar bahawa kehidupan rakyat mesti diutamakan daripada kepentingan dua-tiga orang pemimpin.

    Selama ini pun,BN menggunakan semua media perdana dan tidak prnah sebahagian rakyat marah pun seperti mana PR 12 yang lepas.Oleh itu,persoalan media itu tidak tepat.PR 11 pula membuktikan selainnya,BN menang 90% kerusi dan pembangkang hampir kehilangan Kelantan dan telah hilang Terengganu.Jadi,adakah anda hendak mengatakan bahawa rakyat ingin berubah dari mempercayai pembangkang kepada benci kepada pembangkang ketika itu?Ataupun anda hendak katakan BN menang secara nasib sahaja?

    Pengajarannya,kemenangan tidak kekal lama.Jika Pakatan Rakyat “khayal” seperti pemimpin UMNO pada PR 11,maka Pakatan Rakyat akan diajar pada pilihanraya akan datang.BN masih yakin kerana sampai PR kecil sebelumpilihanraya umum lepas pun yakni di Ijokmasih mneyebelahi BN.Jadi untuk jadikan Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai sebagai penanda aras itu sebenarnya tidak tepat sebagaimana jikalau ada orang hendak menjadikan Ijok dan Batu Talam sebagai unjuran prestasi BN.Bakal pr2 kecil ini terlalu jauh dari PR 13.

    Jadi penulismenyeru sdr Zen,supaya melihat apa yang terjadi kepada pembangkang.Jikalau sdr Zen anggap seorang wakil rakyat boleh berzina dan ada seks bebas,boleh ambil rasuah,ada rekod rasuah,dituduh liwat,flip-flop maka apa perlunya saudara bersusah payah menukarkan kerajaan yang ada sekarang?Adakah kerana copnya lain,bungkusannya lain,hanya kerana iklannya yang lebih,kita nak tukar kerajaan?

    Bayangkan Kelana Jaya diwakili oleh tukang gambar Lingam,Balik Pulau MPnya tak reti pandu kereta,inikah bentuk kerajaan yang bakal memerintah negara?

    Bagi saya, tidak kira BN menang atau kalah,ia adalah terlalu awal untuk sebarang kesimpulan mengambilkira faktor Ijok dan Batu Talam. Adakala lebih baik BN kalah,supaya pembangkang terus khayal kononnya BN bakal dimuziumkan,dan menerima “hadiah dari rakyat” pada pilihanraya umum akan datang.

    Ini komen saya,saya dah jawab awal2 sebelum keputusan pun.

  34. bro, hang tak jawab pernyataan aku tuh. penjelasan tentang ayat muhkam. bukan menyatakan dengan penuh ayat itu..faham tak..degree apa yang koa ada sebenarnya. degree steno ker? tak pela.. pemimpin yang mana ko cakap yang alim sangat tuh..
    pemimpin seperti najib dan pak lah ngantuk tu ker? bini dengan anak dia pun tak pandai bertudung..tak ikut syariat dan hakikat lah tuh. tak percaya hukum untuk makhluk dan tak percaya syurga neraka lah tuh..islam tuh kaya..tak guna satu hadis je.
    apa pun aku ucap tahniah atas pemartabatan pemimpin yang ikut hakikat dan syariat tuh..ko faham ker makna hakikat? mengaji balik dengan orang yang ariffin.. aku bagi sorang..mufti negeri sembilan..waris kepada tarikat naqsyabandiah.

    Maharaja Zhou–

    Islam tu memang kaya, tapi kau nak jadi anti hadith ke?Satu hadith tu tetap hukum,itu pasal ada muktazilah,diorang tak terima hadith ahad, yang ada satu periwayat, macam hadith azab kubur, hadith telaga di syurga.Hadith kena taat pemimpin berhati syaitan ni bukan hadith ahad, ada dua tiga jalan periwayatannya.

    Kalau kau tu pandai sangat bagi je penjelasan kau.

    Ayat muhkam tu ayat yang terang, jelas dan nyata maknanya.Itu semua tau. Tapi, kau tu ambil ayat sekerat dan buang ayat lagi sekerat.

    Ayat tu kata kalau kau ada masalah, kau rujuk hadith. Itu sebab aku bagi kau satu hadith, kalau ada pemimpin yang tak ikut petunjuk, tak ikut sunnah, berhati syaitan tapi mengaku dia masih Islam, apa benda yang kau nak buat?

    Ayat 59 surah An nIsa’ tu terang2 kata kau kena taat kepada Allah, kepada Rasul dan ulil amri. Jadi macam mana nak taat? Kalau nak taat kena rujuk hadith bab pemerintahan?

    Hakikatnya, kalau tak ikut hadith walaupun satu dan tolak pulak walau satu hadith, tanya balikla kau ttg iman kau tu?

    Tariqat kau tu tak ajar ke? ke tok guru kau tu tahap steno je?

    Cik abang, bagi dulu satu hadith tentang hakikat kau tu, baru mai sembang kemas kat sini.

  35. MZ

    Disarankan supaya perjelaskan dlm blog ni ttg peranan raja/sultan mengembangkan syiar islam sejak zaman kesultanan melaka. jika difikr2kan kalau sultan pd masa itu tidak menerima islam pasti org melayu islam di TM (sekarang Malaysia) masih lagi menganut agama hindu. perlu juga di terangkan sejarah dan zaman penjajahan inggeris/belanda selama lebih 400 tahun serta impaknya keatas org melayu dan agama islam ketika itu. Tujuannya supaya dpt membuka mata dan hati mereka2 yg mengutuk pemerintah/raja melayu agar insaf dan menilai apa yang mereka ada ketika ini dan semoga golongan ini tidak kufur nikmat yang Allah SWT berikan.

    Maharaja Zhou–

    Terima kasih atas cadangan anda.Mungkin yang mencadangkan itu lebih mengetahui dari penulis.

    Namun, struktur masyarakat Melayu nyatalah seperti itu di mana pemimpin menjadi ikutan.Apabila raja2 nusantara masuk Islam,maka,keseluruhan rakyat jelata turut sama memeluk agama Islam.

    Ulamak2 yang datang dari Hadramaut dan benua kecil India dahulu juga bijak,untuk memastikan nur Islam berkekalan, sultan ataupun anak2 sultan dikahwinkan dengan anak-anak dan saudara2 perempuan mereka sesuai dengan sunnah Rasulullah.Maka, keturunan raja-raja Melayu bukan sahaja berbangga dengan darah raja tetapi juga dengan darah ulamak apatah lagi dari keturunan Syed dan ahlul bait.

    Dengan kedatangan penjajah, samada dengan cara perang seperti Portugis dan Belanda, ataupun cara perjanjian,keturunan raja2 nusantara masih berpegang kepada Islam walaupun semestinya terdapat jarum2 misionary yang cuba dimasukkan.Alhamdulillah,hasil hubungan umara’ dan ulama’ ini yang menyelamatkan umat Melayu dari ditimpa nasib seperti di Filipina.

  36. kesian aku pada kau bro, lambat menjawab. tak jadi apa cakap dengan totok bongok yang cuba menjual ayat Allah untuk kepentingan diri. maklumlah idola Muslimah ko yang paling zuhud namanya shahrizat jalil, nenek pidah. ajar menutup aurat ikut hakikat UMNO tau…..tolong belajar menjawab soalan… idola ko tuh pun tak kurang seksi bini dia ex promoter minyak wangi tuh…soal pandai atau tak itu balik pada nafi dan isbat… aku ajar ko nanti apa itu nafi… takyahlah tanya bab aliran tasawwuf..
    bagi aku penafian ko tentang diri ko sebagai manusia terhadap khaliq. pas tuh baru citer hukum aqal dan hukum adat.. aku terbalikkan untuk ko sorang jer… tanya pada ustazah aminah wadud ke, ustazah azalina, ustazah nenek pidah or ustazah rosmah bibik. jangan tanya masitah jer tau..sbb dia ckp boleh jadi pelacur kalau darurat…
    ko pandai cakap muktazilah dan syiah…
    ko tau ker apa sebab sunni , syiah dan muktazilah… dah kaji abis ke? banyak cacatnye kata-kata kau ni. ko sesat sorang tak pe.. pasal ustazah ko lain dari orang lain. jangan sesatkan orang. 90% orang sekarang tak tahu apa itu akidah ahli sunnah tuh aper… aku harap ko tahu dan boleh bagitahu pengikut ko yang setia lagi taat.

    Maharaja Zhou–

    Kau tu langsung tak jawab soalan aku:

    Tariqat kau tu tak ajar ke taat walaupun kepada satu hadith? ke tok guru kau tu tahap steno je?

    Cik abang, bagi dulu satu hadith tentang hakikat kau tu, baru mai sembang kemas kat sini.

    Kita beri hukum dari AL Quran dan hadith,dia tanya kita mazhab apa?

    Orang yang takmau terima hadith Rasulullah tu mazhab apa?Apa ciri orang yang mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah?
    Orang yang mengikut ahli sunnah waljamaah,adalah orang yang mengambil sumber hukumnya dari AL Quran dan as sunnah yang shahih dari Rasulullah SAW,tidakmengkafirkan mana-mana sahabat Rasulullah SAW,percaya kepada sifat2 ALlah sebagaimana yang diberitakan oleh ALlah di dalam Al Quran dan alHadith.Tidak mengatakan bahawa Al Quran itu Makhluk.

    Jadi, sdr ini mazhab apa ye dan apakah sikap sdr bila baca hadith ini?

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Bagi dalil nafi ke isbat tu berdasarkan hadith Rasulullah SAW dan juga para sahabat,tabi’in dan ittaba’ tabiin.

    Ke silap haribulan, disuruh beri tak mampu beri,sebab apa yang ada dada tu macam tong kosong saja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: