Apa kata Pakatan Rakyat Kepada Istana Kali Ini?

Penulis ingin menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda, Sultan Selangor kerana telah dengan bijaksananya menyerahkan semula isu perletakan jawatan Elizabeth Wong kepada MB Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim.

sultanselangor

Baginda Sultan Selangor bertitah bahawa pihak istana tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu politik.Adakah ini mesej kepada pihak pembangkang terutamanya PAS yang membuat onar di Perak baru-baru ini?

Khalid Ibrahim telah cuba menghindarkan diri dari membuat keputusan sendiri tentang kes Eli Wong.Jika disuruh meletakkan jawatan,maka yang rugi adalah Pakatan Rakyat dari segi kerusi mahupun kewangan setelah pilihanraya dijalankan.

Jika dikekalkan Eli Wong, persoalan moral dan kredibiliti ADUN Bukit Lanjan itu akan menjadi beban terhadap PR amnya dan PKR khususnya di Negeri Selangor.

Tindakan Seri Paduka Sultan yang meminta khalayak ramai agar terus menghentikan penyebaran gambar dan kehidupan Eli Wong adalah amat terpuji sesuai dengan kebijaksaan Baginda.Malahan, Sultan Selangor bertindak sebagai seorang ayahanda kepada Eli Wong dan menasihatkannya agar bersabar.

Tentunya membaca kenyataan Sultan Selangor ini seolah-olah pro kepada PKR dan Eli Wong.Kita tidak hairan, selepas ini, segala pujian akan diberikan kepada Tuanku oleh Pakatan pembangkang.

Tetapi, Baginda Sultan Selangor memberi amaran bahawa pihak Istana adalah “neutral” atau lebih tepat lagi “above politic”.Frasa yang Baginda berikan, tentunya menusuk kalbu lebih-lebih lagi kepada Nizar dan PAS serta penyokongnya yang menuduh pihak Istana bersifat politikal.

Selepas ini,kita akan melihat bagaimana reaksi PKR dan aparat-aparat mereka?Adakah tiba-tiba mereka akan kembali semula menyanjung Istana?

Ataupun soal hubungan dengan Istana ini bakal merenggangkan hubungan PAS dan PKR?

2 Responses to “Apa kata Pakatan Rakyat Kepada Istana Kali Ini?”

  1. huhuhuhuhu sedih nya ada gak orang ANTI PAS ngapa ??????

    Maharaja Zhou–

    Kalau tak tahu,kena ikut dari awal blog ni sampai sekarang,baca dengan sabar.

    Baru tahu kenapa ada orang anti-PAS dan anda juga mesti Anti-PAS.

  2. bro, apa kata korang g arkib negara, library ukm and um sdiri buat assignment pasal penderhakaan orang melayu islam di tanahair tercinta sejak 1936. jangan lupa sebarkan dalam blog yang best ni..

    Maharaja Zhou–

    Kalau ada blog sendiri, baik cik johnny sendiri buat.Kalau nak kira, bila puak2 kiri yang terpengaruh dengan Melayu Raya ini mmg kalau ada can, nak hapuskan Institusi Beraja.Puak2 kiri ni akhirnya masuk Sosialis Front dan juga PAS.Tak caya?Pi library buat kajian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: