AGS 10:Aku Gedebe Sungguh-Nizar

Penulis tersilap info tempoh hari kerana menyangka Nizar telah menyerahkan kediaman rasmi bersama-sama dengannya kereta Camry kesayangannya.

Rupanya semalam,Malaysiakini melaporkan, Nizar tidak akan menyerahkan kereta Camry bernombor plat AGS 10 kepada kerajaan negeri Perak.Mungkin maksud AGS tersebut Aku Gedebe (Samseng) Sungguh.

Mungkin Nizar tidak kisah halal ataupun haram menggunakan sesuatu yang bukan miliknya.Sekurang-kurangnya,letakkanlah ia sebagai syubhat kalau yakin sangat.

nizar

Nizar masih merasakan dirinya MB.Adakah AGS 10 tandanya AKU GEDEBE SUNGGUH?

Alasannya,Nizar masih MB yang sah dan hanya akan menyerahkan AGS 10 tersebut jikalau mahkamah memutuskan Nizar bukan lagi MB.

Kita berharap rakyat tidak tertipu dengan kata-kata Nizar.Nizar sebelum Sultan membuat keputusan mengikut undang-undang Tubuh Negeri Perak artikel 16 fasal 6,berasa yakin kepada Tuanku Sultan Perak dan berpendapat segala keputusan Tuanku adalah adil.

6 Responses to “AGS 10:Aku Gedebe Sungguh-Nizar”

  1. You tanya Umno mesti dia cakap Zamberi MB yang sah. You tanya rakyat Perak dan ikut Undang2 Tubuh Negeri, Nizarlah MB yang sah. Dia hanya simpan kereta shj. Rumah MB, pejabat MB, Kuasa dan keistemewaan MB semuanya lanun2 Umno telah rampas. Yang muka tak malu Zamberi. MB haram lantikan sultan seorang, sudah ambil semua.

    Undang-undang Tubuh Negeri Perak itu yang menubuhkan institusi Sultan, DUN, MB dan Exco. Semua institusi dan orang yang dilantik memegang jawatan ini kena patuh kepada Undang-undang Tubuh ini. Bukan main suka2 hati. Ada Undang2 Tubuh Negeri, baru ada institusi Sultan.

    Speaker pun Sultan tak da kuasa nak pecah dibawah undang2 Tubuh Negeri, ini kan pula MB. Sultan kena dan diwajibkan ikut nasihat MB dan Exco dalam semua hal dalam Negeri kecuali dua perkara iaitu: perlantikan MB dan permohonan membubarkan DUN. Tiada siapa nasihat Sultan pergi lantik Zamberi jadi MB sedangkan MB yang sah belum letak jawatan menurut Art. 16(6).

    Rakyat jangan tertipu. Ini semua mainan Umno yang kini telah lemah dan tidak mendapat sokongan rakyat. Untuk berkuasa terpaksa menyorok dibawah ketiak atau kain sarong Sultan. Kentut Sultan yang busuk pun sekarang Umno cakap, sangat wangi dan sesiapa yang cakap kentut Sultan busuk, Umno akan teriak ‘ derhaka, derhaka, derhaka’. Ini mainan lanun2 Umno.

    Semasa Umno kuat pada tahun 1982, dan 1993 dan disokong olehi Rakyat, kain sarong Sultan2 semua habis dilondeh oleh Umno. Umno suruh rakyat tengok keburukan Sultan2 selepas mereka melondehkan kain sarong dan baju Sultan2

    Ini mainan Umno dan harap Suitan2 yang bijak iaitu Kelantan, Perlis, Trengganu, Kedah, NS dan lain2 nampak akan mainan Umno ini. Masa Umno tak diterima oleh rakyat, Sultanlah segala2 bagi mereka. Apabila mereka disokong rakyat, Sultan lah punca segala maksiat bagi mereka. Jenis munafik. Siapa ikut Umno, ada peluang masuk neraka jahanam.

    Maharaja Zhou–

    Mungkin sdr kena rujuk jawapan saya yg lepas2 nampaknya.Saya ulang sekali lagi sebab isu yang sama:

    Jawapan perenggan pertama:

    yang si nizar ni Sultan yang pilih.rakyat tidak pernah pilih dia.Cuma orang pasir panjang saja kenal dia.

    Parti Nizar cuma menang 6 kerusi dari 59 kerusi.Sultan yang pilih dia setelah 3 nama diberikan iaitu Jamaluddin Radzi PKR,Ngah Kam Hoo DAp dan Nizar PAS.Jamaluddin tu bekas posmen, jadi Sultan nak la orang cerdik sikit jaga negeri ni.Masa dapat kerusi MB kenapa tak bising kuasa rakyat?kalau betul, letak jawatan masa tu, bubar DUN,baru betul.tapi, pasal dah dapat semua diam.Yang bising DAP, tapi DAP dah dapat pangkor2,happy.

    Sdr kata rakyat Perak,orang UMNO yang ada 27 kerusi dengan MCA 1 kerusi lagi tu apa?Bukan rakyat Perak?kenapa gadai masa depan rakyat Perak bila majoriti 28 kerusi ni kepada 18 DAP,7 PKR dan 6 PAS yang tidak ada persefahaman hitam putih?

    Jawapan perenggan kedua-Bila masa pula,institusi kesultanan wujud pasal undang2 tubuh negeri?Kesultanan Perak sudah wujud dari tahun 1520-an lagi.Undang2 tubuh negeri wujud tahun bila?

    Sultan Perak tu bukan mengaji pondok ke ataupun berkebun,tuanku tahun 1953 dah dapat degree undang2 dan pada usia 37 tahun telah menjadi hakim besar negara. raja Muda pula ada phD dalam law.Jadi,tidakkah Sultan dan Raja muda lebih arif menafsirkan undang2 negerinya sendiri?

    Jawapan perenggan ketiga-

    Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the majority of the members of the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

    Semasa Nizar naik jadi MB,tak pula dia minta kepercayaan adun2 untuk bentuk kerajaan?Oleh itu, bersesuaian dengan undang2 tubuh negeri Perak, apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ahli2 Dewan, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan.

    Dalam bab ini,apabila telah hilang majoriti automatiknya,jawatan MB telah hilang sesuai dengan artikel 16(6).

    Jawapan perenggan2 yang bwh2:

    Rakyat tu siapa?Org PKR sahaja ke?Orang PAS sahaja ke?Yang memilih BN sebagai majoriti yang lepas tu adalah rakyat.Terbukti rakyat menyokong BN dan menolak PR.

    Tetapi BN jangan pula seronok.Makin ramai rakyat yang sokong pembangkang.Jadi,muhasabahlah diri.

    Bila Sultan tidak lantik UMNO jadi MB di Perak dan menunggu Pakatan Rakyat,Rajalah adil, rajalah bijaksana.Bila Raja tidak ikut cakap kita, Rajalah tidak adil,raja lah yang bodoh walaupun dalam bidang sendiri yakni undang2 yang menjadi darah daging.

    Sultan Selangor dah bagi warning dan terkilan dengan perangai biadap kaduk naikjunjung puak2ni.

    Siapa munafik?Beritau saya?Ataupun ada jawapan terpilih?

  2. Nizar boleh pulangkan kereta AGS 10 jika Zamry tak ada kereta lain nak pakai. Nizar juga boleh pulangkan kereta tersebut jika didesak sangat oleh orang UMNO berbuat demikian hingga ketahap paksaan atau duress dari sudut undang-undang dan semasa penyerahannya seratakan sekali covering letter menyatakan beliau dipaksa menyerahkan kereta tersebut oleh orang UMNO dan sekutunya.

    Maharaja Zhou–

    Ini bukan saja soal undang2, tapi soal maruah.

    Kalau Nizar ikut pandangan sdr,boleh.Tapi,tunggulah surat saman fitnah.UMNO takpernah paksa Nizar serah balik.Kalau bukan barang kau,kau pulang sajalah.

    Konon baikla,tau hukum dsb.Tapi bab halal haram kalau kena janggut,langsung tak ambil pusing.

    Sahabat dulu kalau anak termakan kurma tepijalan tak tau asal usul,terus korek mulut anak,buang kurma tu.

    Umar Abd Aziz,kalau berbincang dengan anak waktu malam di “opis”,terus tutup lampu psl takut guna harta kerajaan.Tapi,Nizar ni bukan hak dia pun,dia buat2 macam haknya.Patutlah bila Guan Eng sebut Umar Abd Aziz,PAS puji gila,sebab nampaknya sifat Umar Abd Aziz ni takda pada “MB” PAS seorang ni.

  3. cinabeng Says:

    nizar ni pariyah tak bermaruah..haram pun dia bedal sj. La ni dia dok makan, berak,jima’ dalam camry la kot..pasal kediaman sudah beri pada MB Zambry. Sian nizar…dah jadi setinggan dah…

  4. Aku juga gedebe….dulu tampar siswi…..kini aku kerja Pegwai imiresen…boleh kerja jugak. Padan muka budak2 kera jaan…

    Maharaja Zhou–

    Tafsiran saya,bersyukurlah kerajaan yang ada tidak pernah mendiskriminasikan sesiapa pun dalam soal pekerjaan.Mana tahu,satu hari nanti mrk akan sedar yang pembangkang terutamanya PAS yang merekrut dan mengikat mereka dengan bai’ah di kampus hanyalah mahu memperalatkan mereka sahaja.

    Budak2 aspirasi pun ramai yang dapat kerja kerajaan/swasta dan merata-rata lagi.

  5. Saifulz Says:

    yela tu…imam yang dilantik PAS zaman pemerintahan PAS dipecat begitu sahaja masa BN rampas semula Terengganu macamane?

    Maharaja Zhou–

    Ada bukti kena pecat?

    Kan selalu kata masjid dan surau, kebanyakan orang PAS, jadi yang selalu jadi Imam, bilal, dan jawatankuasa masjid surau satu Malaysia, orang UMNO lah.

    Kenyataan saya bagi adalah secara umum,boleh katakan budak2 PMI semua minta kerja kerajaan dan juga institusi yang ideanya dijana BN seperti Bank Islam dan perbankan Islam.Ada semua pakat mintak kerja dengan HPA,Kopi Janda, Minyak maharaja?Takde bukan, nak jadi ustaz kat sekolah kerajaan juga,nak jadi PTD kat kerajaan juga…betul tak?

  6. wan mije Says:

    aku tak setuju statement Saifulz..bapak aku imam yg Datuk Harun Taib lantik dulu tahun 1999..sampai sekarang dia masih imam tak kena pecat. jgn fitnah guna kami org ganu kawan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: