PAS Tidak Layak Perjuang PPSMI

Harakah Tukang Jual Minyak Maharaja sedang menggerakkan usahanya untuk menunjukkan kepada umum bahawa Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said sedang sangat marah kepada kerajaan.

Lalu,diberitakan A.Samad Said sambil marah berkata:

“Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

Sebab, pemimpin-pemimpin jenis ini hanya tahu ‘bahasa undi’ (pilihan raya). Dia (pemimpin Umno) tidak tahu bahasa Melayu.”

Gerakan PPSMI ini nyata telah berjaya menggerakkan banyak badan NGO yang nasionalis sifatnya menentang dasar Kementerian Pelajaran Malaysia.Suatu perkara yang sebenarnya jikalau dilihat bersifat non-partisan melainkan setelah PAS dan jentera mahasiswanya tampaknya menunjukkan minat.

1-hadi0

Haji Hadi mencelakakan pihak yang mempertahankan PPSMI.Dalam hal ini, nampaknya PAS ke dapan dalam memperjuangkan bahasa tetapi, tidakkah PAS sendiri banyak menggantikan istilah Melayu kepada bahasa Arab semata-mata untuk menampakkan gah?Tidakkah sifat Haji Hadi ini tepat dengan sindiran A Samad Said kepada ahli politik sebagai makhluk bertelinga satu berlidah dua?

Bagi penulis,tidak boleh dinafikan terdapat kesilapan dan kebenaran dalam memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.Kesilapannya, ialah negara telah menjalankan dasar pengajaran sepenuhnya dalam bahasa Melayu sejak dari 70-an dan penukaran pengajaran kepada Bahasa Inggeris semula dalam dua subjek ini merupakan tindakan patah balik ke belakang setelah pelbagai usaha dijalankan selama lebih 30 tahun.Satu lagi kesilapan ialah, penulis merasakan kajian mendalam untuk dasar “baru” ini tidak dilakukan dengan mendalam dan hasilnya tidak diumumkan kepada rakyat sebagai sokongan.

Namun, ada juga kebenaran terhadap dasar ini.Pembantah PPSMI sering menjadikan Korea Selatan,Jepun,Perancis dan Jerman sebagai hujah mereka bahawa kita tidak perlukan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran.Tetapi, harus diingat bahawa negara seperti Jepun dan Korea,jentera penterjemahan mereka cukup kukuh dan mantap.

Mereka mampu menterjemah sebarang karya asing ke dalam bahasa sendiri dalam tempoh yang singkat.Tetapi, malang sekali jentera penterjemahan kita,usaha untuk menterjemahkan buku-buku dan bahan-bahan berunsurkan Sains dilemparkan semula kepada pensyarah dari bidang sains,kejuruteraan,perubatan dan teknologis.Mana perginya sasterawan negara dan pihak yang memperjuangkan bahasa selama ini?

Kesannya,pelajar dan mahasiswa terpaksa merujuk sumber bacaan dalam bahasa Inggeris dalam pengajian mereka seharian.Malahan, mereka keliru pula dengan istilah sains dalam bahasa Melayu yang sebenarnya sangat asing bagi mereka jika dibandingkan dengan istilah sains dalam bahasa Inggeris.

Perkembangan pesat institusi pengajian tinggi sebagai perniagaan baru juga salah satu punca yang menekan negara untuk mempersiapkan diri bagi menerima kebanjiran pelajar-pelajar asing.Selama ini,United Kingdom,Amerika Syarikat,dan Australia menjadi tumpuan mereka.Tetapi,setelah September 11,ramai pelajar khususnya dari Timur Tengah beralih ke negara-negara lain yang kurang sekatannya.

Malaysia sebagai sebuah negara yang tidak kurang mampu berbahasa Inggeris ingin menjadi salah satu negara yang mampu menampung permintaan ini.Bagi penulis, adalah menjadi fardhu kifayah bagi kita menunaikan hasrat saudara seagama kita ini untuk menimba ilmu, dan boleh menjadi fardhu ain jikalau masalah sekatan dikenakan terhadap mereka menjadikan mereka mundur dan menyusahkan umat Islam setempat.

Penulis melihat bahawa kempen menentang PPSMI hanyalah slogan semata-mata oleh penentangnya.Mereka hanya menyuruh kerajaan menghapuskannya tanpa sebarang penyelesaian yang konkrit.Orang lain yang makan nangka,orang lain yang akan kena getahnya.Mereka sekadar seronok berarak,berceramah dan mencelakakan orang lain sekadar untuk menimbulkan kemarahan orang ke atas pihak yang satu lagi.

Bagi hemat penulis, adalah lebih baik puak-puak GAPENA, Sasterawan Negara,ABIM,PKPIM dan mereka yang benar-benar ikhlas menentang PPSMI ini bertindak menggesa kerajaan membina fasiliti mengukuhkan kedudukan Bahasa Melayu di muka bumi ini dengan cara:

1.Mewujudkan Jabatan Penterjemahan  di Kementerian Pelajaran ataupun Pendidikan Tinggi bagi menterjemah buku-buku sains dan teknologi dalam Bahasa Melayu

2.Mewujudkan Jabatan/Kursus Penterjemahan Istilah Sains di Akademi Pengajian Melayu ataupun Jabatan Pengajian Melayu,Fakulti Sastera untuk sebagai galakan kepada usaha penterjemahan buku-buku dan makalah sains

3.Memberi subsidi dan juga peluang kenaikan pangkat kepada pengasas dan pengendali jurnal-jurnal (tidak tertumpu hanya kepada sains dan matematik) dalam  Bahasa  Melayu di Universiti-universiti tempatan

4.Memberi subsidi kepada makalah-makalah dan penerbitan-penerbitan sains dan matematik dalam Bahasa Melayu serta edaran percuma kepada pelajar-pelajar sekolah.

5.Mata ataupun merit akan diberikan kepada penterjemah buku dari kalangan ahli akademik dan guru-guru terutamanya sains dan matematik untuk kenaikan pangkat.

6.Pinjaman tanpa faedah kepada syarikat penerbitan yang ingin meluaskan bidang percetakan mereka ke dalam buku-buku sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

7.Penghapusan cukai terhadap keuntungan ataupun perolehan buku-buku,makalah dan cetakan sains dan matematik dalam bahasa Melayu.

8.Mengenakan potongan cukai terhadap syarikat yang beriltizam dalam menerbitkan buku-buku sains dalam Bahasa Melayu.

Sebenarnya, lebih mudah membina asas dari terus mendesak Kementerian Pelajaran menghapuskan terus PPSMI.Kita tidak mahu PPSMI ini hanyalah menjadi agenda keegoan ataupun projek balas dendam semata-mata.

Kita harus sedar,kerajaan telah membelanjakan ratusan juta ringgit untuk menukarkan bahasa pengantar dalam subjek Sains dan Matematik dari Bahasa Melayu ke bahasa Inggeris.Bagi penulis,kita perlu bijaksana walaupun mungkin pihak yang satu lagi sebenarnya pada hemat pejuang bahasa tidak bijaksana dalam perlaksanaan PPSMI.

Penulis tertarik dengan pendapat Hishamuddin Rais tentang perlaksanaan untuk mendaulatkan bahasa Melayu secara praktikal dari kaedah slogan yang menjadi “trademark perjuangan” orang kita.

Namun,pejuang-pejuang bahasa tidak seharusnya meletakkan kepercayaan kepada PAS untuk memperjuangkan PPSMI.Mereka sebenarnya hanya mahu memperalatkan perjuangan ini untuk kepentingan politik sempit mereka sahaja.

Cuba lihat kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor :

“Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Kita harus ingat bahawa PAS tentunya tidak akan bersetuju jikalau pelajaran agama diajar dalam Bahasa Melayu seratus-peratus, dan jikalau dilakukan ia akan dituduh sebagai sekular.

Kita boleh melihat bagaimana istilah Melayu yang sudah wujud dan difahami ramai tetapi digantikan dengan istilah Arab oleh PAS untuk menunjukkan ia lebih gah.Bersediakah PAS menukarkan istilah Arab yang mendominasi jemaah tersebut kepada bahasa Melayu?

Tanyakan soalan ini kepada A. Samad Said tentulah Haji Hadi menepati ciri makhluk yang digambarkannya iaitu:

Makhluk bertelinga satu dan berlidah dua yang sangat hodoh, menakutkan di samping menjadi bahan tertawaan.

Adakah PAS sedia menukarkan muktamar kembali kepada persidangan agung,mursyidul am kepada pemimpin tertinggi,majlis syura kepada majlis penasihat,harakah kepada gerakan,jamaah kepada perkumpulan, tarbiyyah kepada pendidikan,lajnah kepada bahagian(biro/unit juga pinjaman bahasa Inggeris),usrah kepada keluarga,amir kepada pemimpin,dan pelbagai lagi istilah bahasa Arab kepada bahasa kebangsaan?

Bukankah Haji Hadi menggesa rakyat dididik dengan bahasa sendiri bukan dengan bahasa asing?Tidakkah penggunaan istilah Arab tadi menggantikan istilah bahasa Melayu yang sedia ada ini menggambarkan PAS cakap tidak serupa bikin laksana makhluk bertelinga satu berlidah dua?

Jika Haji Hadi terkedu pabila ditanyakan soalan ini,nyatalah PAS juga perlu diajar dengan bahasa peti undi dan Haji Hadi pun tak faham bahasa Melayu.

18 Responses to “PAS Tidak Layak Perjuang PPSMI”

  1. cinabeng Says:

    hanya mereka yg merana di fakulti aliran sains kerana payah menafsir rujukan Inggeris ni saja yg akan hargai usaha kerajaan ni. Beruk2 sastera memang tahu kritik saja.

  2. Bila masa aku ambil sastera?

    Maharaja Zhou–

    Ada yg terasa jadi beruk ke?

  3. penulis_cyber Says:

    adakah Hj Hadi sudah mula fikirkan bab bangsa dan bahasa bangsanya sekarang ini ?

    sekali lagi kita terpedaya…

    Maharaja Zhou–

    Saya rasa tidak,cuma untuk mengaut sisa-sisa kepentingan politik semata2.

  4. wah..sngt menarik blog anda.pertama kali sy m’bce blog sebegini.sy stdnt di bhagian Utara,di mana,t’llu rmai y membuta tuli menyokong pembangkang tnpa tahu apa y sebenar nya y di perjuangkn..menyampah..truskn usaha anda 🙂

    Maharaja Zhou–

    Assalamualaikum,

    Terima kasih,datanglah lagi!

  5. alam buana Says:

    salam semua,,lu org ni jgn ingat belajar tinggi pandai sangat,lu org belum tahu lagi gelombang hidup kat luar ni,,esok dah tamat dah keroje ke,,xdapat keroje ke,niaga ke baru lu org tau la..lu xcaya nanti esok dah keluak lu org join la umno (untuk melayu no otak) tu,,lu masuk berseh keluar nanti bau taikkkk,bro

    Maharaja Zhou–

    Wa alaikumussalam

    Ye orang dah lama dah kerja.Alhamdulillah,saya cukup cerdik dengan semua info yang ada,takdalah membabi buta sokong UMNO ataupun PAS.

    Kalau UMNO tu keluar bau taik,masuk PAS (parti ajaran sesat) tu bukan setakat bau,memang penuh taik berselepat.Nak buat macam mana,kalau dah ketagih najis PAS,cakap apa pun tak betul.

  6. cinabeng Says:

    dia dapat rasuah puki dari PAS kot…hang kawin dgn betina PMI tak pun JIM la tu..tu yg dok puja kesesatan PAS..

  7. alam buana Says:

    HI CINABENG,,KESAT SUNGGUH BAHASA ORG2 TERPELAJAR INI YA,,
    INI LAH YG DIAJAR HADHARI TU YA..TIADA SOPAN,,MALU LER SIKIT JADI ORG MELAYU,,ITU KE YG AYAH IBU AJAR DULU..JGN BERBANGGA SANGAT YG DIBAWA OLIH HADHARI TU,,LOTERI HALAL,JUDI HALAL,ARAK HALAL,,PIKIAK LAH SIKIT,,JGN MEMBABI BUTA HENTAM ORANG,,ANTARA LU LU SEMUA DGN NIK AZIZ TU MACAM LANGIT DENGAN BUMI LA BRO..

    Maharaja Zhou–

    Seperti periuk menuduh bontot kuali hitam nampaknya cik alam.

    Kalau baca balik kenyataan cik alam buana,mungkin itu hasil pengajaran mak bapak cik alam.

    Dalam konteks UMNO “halalkan”maksiat, PAS pun halalkan zina(Ketua Muslimat PAS pelukrapat2 Eli Wong),arak (tak keluar pun PAS Selangor dari Pakatan Rakyat bila Khalid Ibrahim takmau haramkan arak di Shah Alam),murtad(penceramah PAS menjadi peguam bela Fatimah Tan untuk isytihar keluar dari Islam) dan konsert (sebut sahaja I-dance,carburetor dung dsb anjuran Pakatan Rakyat.)

    Pikirlah sikit,jangan membabi buta sahaja sokong Pakatan Rakyat.

    Nik Aziz?Nik Aziz kata mencarut boleh.Shahnon lagi banyak mencarut dari Cinabeng dan Nik Aziz kata boleh.Apa beza Shahnon dengan cinabeng?Hanya kerana Shahnon masa itu PAS?Cinabeng itu UMNO.

    Hadharah Islamiyyahnya Nik Aziz…bagus pendidikan makbapaknya yerr??

  8. Karya_Agung Says:

    fuyoh!!!!!bangsat gila pemikiran korang dalam politik negara ek>>>>>

    Maharaja Zhou–

    Lebih b**g**t PAS dalam memperalatkan PPSMI untuk kepentingan politik

  9. Karya Agung Says:

    “””Kita harus ingat bahawa PAS tentunya tidak akan bersetuju jikalau pelajaran agama diajar dalam Bahasa Melayu seratus-peratus, dan jikalau dilakukan ia akan dituduh sebagai sekular.””
    -ayat cam takde agama-
    -ayat cam takde agama-
    -ayat cam takde agama-
    -ayat cam takde agama-
    -ayat cam takde agama-
    -ayat cam takde agama-

    Maharaja Zhou–

    Ai katakan cintakan bahasa?Hadi sendiri yang cakap kalau nak ajar ilmu kena bahasa sendiri.Tak yakinke dengan bahasa sendiri dalam pengajaran ugama?

    Cuba tanya A Samad Said. Khalid Salleh ttg pengajaran ugama dalam bahasa Melayu 100%, sekular ke tidak diorang?

  10. Karya Agung Says:

    takkan la ko nak baca Quran dalam solat dan bacaan dalam solat ikut bahasa ibunda????????
    ke mangkuk otak camni…terus terang ko ni ikut pemikiran kamal attaturk

    Maharaja Zhou–

    kau tu lagi mangkuk, aku kata pengajaran agama lah.Kalau kau buat programming dalam bahasa melayu pun confirm org kata hang mangkuk sebab gerenti tak boleh run program inikan lagi nak baca Quran dan sembahyang.

    mak bapak kau ajar semayang masa kecik dulu cakap Arab eh?

  11. Karya Agung Says:

    tak pernah denagr kuliah TGN Aziz ajar dalam bahasa arab. istilah agama perlulah dalam bahasa arab sebab al quran diturunkan dalam bahasa tu….takkan ko nak ganti dalam BM kalau ada pakailah!

    Maharaja Zhou–

    Haa..setuju pun kau dengan aku.Itulah,kalau sebut awal2 kan bagus.Suruh pimpinan kau tu tukar istilah2 yang selalu diguna tu balik ke bahasa melayu.Muktamar tu gunalah bahasa melayu,persidangan agung.Banyak perkataan melayu yang molek dan comel.

  12. cinabeng Says:

    pas tu cakap tak serupa bikin..istilah agama ke muktamar,lajnah,muqhayyam,tsiqah? BODOH! Bila tiba hangpa budak AI guna istilah..Arab hangpa izin…Kat AI pakat2 beljar dalam Arab pasai rujukan kenbanyakan dari Arab. Bantah PPSMI macam lembu sebab kat U tak belajar sains! sains dan matematik banyak istilah dalam Arab, Yunani, Latin, Inggeris! So..best method…belajar dalam bahasa yg mempunyai rujukan terbanyak iaitu Inggeris. Blah la budak sastera!

  13. to maharaja zhou : tahniah.. pemikiran yg logic dan munasabah..

    to cinabeng : sy phm apa yang awk perjuangkan.. tp control yourself and your words.. jgn samakan diri dan perkataan kita dengan mereka.. klu tak, sama jer kita ngn dorg..

    to karya agung : Allah paham semua bahasa.. x kira la bahasa apa…

    Maharaja Zhou–

    Terima kasih,silalah datang lagi.

  14. Tok Naning Says:

    Muslimah dan muslimat PAS semua bingong… Adaka patut boleh kata undu DAP wajib untuk keadilan semua.. Memang orang PAS bodoh taksub… Kena kencing kat Aljubbbbbbbbbbbbbbbbbb…..

  15. nistelro0y Says:

    bahasa malaysia ni sentiasa berkembang, istilah2 sentiasa ditambah dari pelbagai2 sumber bahasa lain, banyak istilah2 inggeris dah dimelayukan… (klise, kolaberasi dll)…

    Maharaja Zhou–

    Istilah itu sentiasa berkembang, tapi orang faham ke istilah sains melayu sepantas istilah sains dalam bahasa inggeris?Tak payah pergi jauh2: Aircond dgn penghawa dingin.Screwdriver, spanner.

    nak tanya sikit, yang inggeris dimelayukan tu dah masuk kamus ke tak?Tahu tak, berapa ribu artikel sains dan tenologi dikeluarkan setiap hari dalam jurnal penyelidikan dengan istilahnya sekali. Tgklah glosari DBP dalam bidang sains, teknologi, perubatan dsb tu yang terakhirnya edisi tahun berapa?.

    Buku2 teks sains dan teknologi di universiti, berapa banyak yang diterjemah ataupun keluaran sendiri, berapa banyak?Cukupkah untuk menampung perkembangan ilmu yang cepat berkembang?

    Alih2 yang terjemah bukan pakar bahasa yang berarak dalam demo, tapi pensyarah tempatan dalam bidang masing2.Yang berarak tu balik tidur dan habis kuat bersajak, tulis novel.

    and apabila PAS menggunakan istilah arab dalam penggunapakai bahasa melayu adalah tidak salah kerana ia akan menambahkan lagi perbendaharaan kata…. malah, apabila istilah arab digunapakai, kita akan terbendung dalam erti perkataan tersebut dalam bahasa arab… contoh seperti taaruf, ijtimak, usrah, bai’ah…. walhal dalam perbankan islam sendiri menggunakan istilah arab seperti muamalat, wadiah dll… ini untuk menunjukkan sesuatu itu lebih islamik kerana bahasa arab ini bahasa Al-Quran…. takkan itu pun maharaja boleh labelkan PAS seperti hipokrit?

    Maharaja Zhou–

    bukankah bahasa jiwa bangsa kata korang.Adakah malu nak guna bahasa sendiri pulak bila terkena feel pemimpin PAS?Takde nilai komersial ke kalau tak guna istilah arab dalam perbankan Islam?

    Allah Taala dalam Al Quran bila firmankan bahasa Arab dalam Al Quran, Allah taala menyifatkan Bahasa Arab dalam al Quran adalah paling tulen.Begitu juga, semua pakar bahasa Arab yang mengkaji AL Quran.jadi, kenapa dalam soal bahasa melayu tak boleh guna yang tulen selagi mana boleh dalam soal kehidupan harian?

    Kenapa bila mai tang PAS, ooo..ini boleh kayakan bahasa kita.Padahal, bahasa yang ada tu bahasa yang dah sedia ada, bukan bahasa sains yang berkembang setiap hari yang tak terkejarnya penterjemah.

    Dulu pun orang Melayu berkenalan,berjumpa,buat majlis bincang2 hal ugama, tak de pun kurang nilai Islam dalam jiwa Melayu.Alih2 sebab baru ikut tamrin,dah ikut usrah, tau ana anta sikit baru terasa nak kayakan perbendaharaan kata,hebat!

  16. hipokrit la tu…guna istilah2 Arab untuk berpura2 sebagai islamik. Sedangkan dok mencarut, menfitnah, mencerca pemimpin, rasuah..Kalau maksiat…tetap maksiat hatta kalau pelakunya berserban, berjubah atau bertudung labuh.kalau daging babi dibungkus dgn bendera PAS dan ditulis Halalun Toyyibah…kau nak makan ke? fikir2 la..

  17. Islam itu Indah Says:

    Beza antara UMNO dan PAS dan isu PPSMI:

    Secara ringkas, dasar perjuangan UMNO adalah untuk orang melayu. bagi umno, membela org melayu samalah dgn membela org islam.

    Maharaja Zhou–

    Itu tepat,kerana Melayu adalah tunjang kekuatan Islam di muka bumi ini.Rasulullah juga memberi keutamaan kepada Quraisy dalam bab pemerintahan,rujuk 12 hadith yang mengatakan 12 khalifah selepas baginda adalah berbangsa Quraisy.

    Kekuatan bangsa adalah penting untukmenjaga agama,kerana bangsa yang kuat boleh menjaga ugama,di dalam tarbiyyah ikhwan diterangkan bahawa agama boleh dijaga dengan amanah dan quwwah.Dahulu,Uthmaniyyah menguasai dunia, maka Barat mengeluarkan kata2, Bila Turki kuat, Islam pun kuat.

    Begitu hebat perkaitan kekuatan sesuatu bangsa dengan agama

    PAS pula, perjuangannya bertunjangkan Islam. Tanpa mengira bangsa, Islam perlu ditegakkan oleh semua golongan di bumi ini..

    Perjuangan dirasakan bertunjangkan Islam berasaskan slogan.Sama macam kempen cinta bahasa,cinta IT.Jika dinilai dari sudut branding dan penjenamaan.Penulis setuju PAS bertunjangkan Islam.

    Tetapi, PAS ada perlembagaan.Perlembagaan PAS berasaskan Al Quran dan As Sunnah.Jikalau perlembagaan PAS sendiri mengharamkan kewujudan PAS bagaimana:

    “Akan ada sepeninggalku para pemimpin yang tidak mengambil petunjuk dari petunjukku dan tidak mengambil sunnah dengan sunnahku. Akan muncul ditengah-tengah kalian pemimpin yang berhati syaitan dalam wujud manusia” Aku (Hudzaifah) bertanya: “Apa yang aku harus perbuat jika aku mendapatinya?” Hendaklah kalian mendengar dan taat kepada pemimpinmu meskipun ia memukul punggungmu dan merampas hartamu.” (HR. Muslim no. 3435).

    Oleh itu,perbuatan PAS cuba menjatuhkan kepimpinan Islam yang ada sekarang walaupun tidak lengkap adalah HARAM menurut hukum Islam dalam bab pemerintahan serta bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

    Kita tidak lihat dakwah PAS kepada bukan Islam berjaya mengislamkan bangsa2 yang masih kepada Islam.Bandingkan Perkim dengan PAS, takperlu jauh, bandingkan outreach ABIM dengan PAS,siapa yang lebih ramai yang buat kerja Rasulullah?Siapa yang berjaya menggantikan syrik dengan tauhid?

    Pada pendapat saya, perjuangan PAS lebih konsisten dan lebih luas serta menyeluruh. Islam sebagai landasan yang jelas untuk kemajuan manusia di dunia dan di akhirat.. Mengangkat martabat Islam terangkat juga identiti bangsa-bangsanya. Usah diperlekeh perjuangan PAS. Bantulah perjuangan untuk menegakkan akidah umat Islam. kerana di dalamnya terdapat ramai saudara kita dari pelbagai bangsa yang mahukan kehidupan yang lebih harmoni di tanah air ini.

    Maharaja Zhou–

    Perjuangan PAS tidak konsisten.PAS tidakkonsisten dengan seks bebas,contoh Eli Wong.PAS tidak konsisten dengan rasuah,contoh menyokong Anwar Ibrahim yang sabit dengan kesalahan rasuah (ingat ANwar tidak pernah mempertikaikan keputusan mahkamah berkenaan hal ini),PAStidakkonsisten dengan isu arak (kes MBSA yg nak wartakan haram arak,tapi Khalid Ibrahim tak beri,dan PAS tidak berbuat apa2 pun apatah lagi nak keluar dari Pakatan Selangor),PAS tidak konsisten dengan konsert (apabila ada I-Dance di Penang, takda pulak demo),PAS tidak konsisten dengan anti-murtad, contoh-penceramah PAS jadi peguambela Siti Fatimah murtad.

    Perjuangan PAS mesti diperlekehkan jika ia bertentangan dengan suruhan Rasulullah dalam bab pemerintahan.Jika ikut lojik yang penulis berikan pun dalilnya menunjukkan PAS tidak konsisten dalam perjuangan.

    Jikabenar hendak bicara soal aqidah,bicara dulu ketaatan kepada hadith2 dalam bab pemerintahan.Apa yang PAS lakukan dalam bab pemerintahan mengikut sunnah Rasulullah adalah bersamaan dengan golongan sembahyang niat yang tidak ikut sunnah Rasul dalam bab solat.

    Kita tidak membuang identiti bangsa. Kita sayangkan bangsa. Malah kita sentiasa berjuang mempertahankan identiti dan khazanah bangsa dengan sebaik mungkin. Kerana bangsa mempunyai nilai budaya yang tersendiri. Kerana itu, PAS sejak tahun 2004 telah menyaman kerajaan kerana memperkenal dan melaksanakan PPSMI. dan ketika itu, tokoh-tokoh sasterawan belum lagi secara agresif menentang PPSMI kerana mungkin memberi masa untuk membuat kajian dan mungkin juga kerana bimbang dikenakan tindakan. Kini rakyat mulai sedar, PPSMI sebenarnya bakal meninggalkan impak yang besar dalam identiti bangsa Melayu khususnya. Percambahan idea, ilmu, dan wacana serta kajian yang berterusan dari ahli-ahli akademik dan ahli politik menyedarkan rakyat tentang apa yang sedang berlaku sekarang ini.

    Maharaja Zhou–

    Anda perlu ingat bahawa budaya dan pengekalan identiti bangsa bukan perjuangan PAS.Hujah anda menunjukkan PAS tidak konsisten dengan perjuangan menjaga khazanah bangsa.Contohnya,adakah PAS membela seni warisan bangsa seperti wayang kulit,makyong,tarian-tarian melayu yang lain.

    PAS di kampus adalah penentang tegar kepada perkara-perkara ini.PMI memang alergi dengan nama budaya.

    Tidak dapat dinafikan bahawa ada unsur tidak syari’e dalam wayang kulit(syirik),dan tarian2 (pergaulan laki dan perempuan) tetapi perkara ini boleh ditapis dan disesuaikan dengan hukum Islam.Kita tidak pernah melihat unit budaya PAS.Kita tidak pernah melihat PAS Kampus iaitu PMI membuat unit budayanya yang mengekalkan identiti bangsa apatah lagi PAS Pusat melalui Dewan pemuda.

    Jadi, “perjuangan mendaulatkan budaya bangsa” PAS adalah selektif dan hanya boleh mendatangkan malu kepada kerajaan dan meningkatkan sokongan politik.

    Anda perlu ingat bahawa PPSMI adalah berkenaan penguasaan matematik dan sains bukannya berkenaan budaya.Seperti dalam artikel di atas, jikalau PPSMI dimansuhkan cukupkah fasiliti yang akan menyokong pembangunan ilmu sains danmatematik dalam bahasa Melayu?

    Yang berarak hanyalah 8,000 orang mengikut Malaysiakini, penulis dengan adil meletakkan 10-15 ribu.Adakah kerana manusia serama ini,anda mengatakan ia suara rakyat?

    Masalahnya lagi,bagaimanakah Sasterawannegara menentukan nasib pelajar-pelajar sains dan teknologi?Adakah wajar?Saya ambil jawapan saya dari seksyen yang lain:

    nak tanya sikit, yang inggeris dimelayukan tu dah masuk kamus ke tak?Tahu tak, berapa ribu artikel sains dan tenologi dikeluarkan setiap hari dalam jurnal penyelidikan dengan istilahnya sekali. Tgklah glosari DBP dalam bidang sains, teknologi, perubatan dsb tu yang terakhirnya edisi tahun berapa?.

    Buku2 teks sains dan teknologi di universiti, berapa banyak yang diterjemah ataupun keluaran sendiri, berapa banyak?Cukupkah untuk menampung perkembangan ilmu yang cepat berkembang?

    Alih2 yang terjemah bukan pakar bahasa yang berarak dalam demo, tapi pensyarah tempatan dalam bidang masing2.Yang berarak tu balik tidur dan habis kuat bersajak, tulis novel.

    Siapa dalang?

    PAS bukan dalang dalam isu ini. Perjuangan PAS adalah konsisten. Dalam Islam kita dituntut untuk mempertahankan identiti diri kita sendiri. tidak kira Melayu, Cina, India atau Kadazan. Selagi ia tidak bertentangan dengan hukum syarak, kita boleh mempertahankannya.

    Jika mengambil fakta anda,anda telah mendedahkan PAS adalah dalang, kerana PAS telah mula menentang PPSMI dari 2004.Jadi, PAS telah menjadi dalang dalam isu ini dan menggerakkan sayap mahasiswanya untuk menentang PPSMI.

    Seperti jawapan di atas,benarkah PAS mempertahankan budaya Melayu dan khazanahnya?PAS akan menggunakan perkataan tidak tepat dengan syarak,lantas mengharamkannya tanpa melakukan “overhaul” supaya “syariah compliance”.Apabila sampai budaya Melayu yang tidak memberikan faedah kepada “political mileage”,ia tidak Islamik dan perlu dihapuskan.Sesetengah budayawan sekularis,memanggil ini pengaraban orang Melayu.Jadi,apakah usaha PAS untuk menidakkan kata2 budayawan sekularis dan mematuhi premis anda bahawa PAS menjaga identiti bangsa?

    Bahasa Jiwa Bangsa. Kita mengenal agama kita dengan bahasa ibunda kita. Ia bahasa pertama kita. Kita mengenal agama kita setelah kita tafsirkan ayat-ayat suci al-Quran ke dalam bahasa kita. Seterusnya kita mempelajari bahasa Arab dengan membacanya agar kita fasih didalam solat, tadarus, dan kita amalkan sebagai doa yang mustajab. Akhirnya ilmu agama kita bertambah. Ilmu-ilmu lain juga kita dapat kuasai. Malah dengan bahasa kita kita mampu memperkenalkan agama kita kepada bangsa-bangsa yang beragama lain. Inilah yang PAS lakukan. Peminjaman perkataan bahasa Arab ke bahasa Melayu juga berlaku. Kerana Islam itu diturunkan didalam bahasa Arab. Maka ia merupakan bahasa ilmu yang mesti dikongsi bersama. Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda atau bahasa pertama kita. Bahasa Arab pula adalah bahasa ilmu, bahasa agama dan bahasa kedua bagi mereka yang bilingua. Disini adakah PAS telah merosakkan bahasa Melayu? adalah berfikiran cetek bagi orang-orang yang mengatakan demikian.

    Maharaja Zhou–

    Sebenarnya dalil anda telah mengesahkan bahawa PPSMI adalah benar.Lihat ini:

    Seterusnya kita mempelajari bahasa Arab dengan membacanya agar kita fasih didalam solat, tadarus, dan kita amalkan sebagai doa yang mustajab. Akhirnya ilmu agama kita bertambah. Ilmu-ilmu lain juga kita dapat kuasai.

    Kenapa tidak kita pelajari semua ini dalam bahasa Melayu,adakah bahasa Melayu tidak mampu menanggung perkara2 ugama?Tidak bukan, jawapan pembantah PPSMI.

    Ini kerana ulamak2 kita gagal menterjemahkan kitab2 dalam bahasa Arab kepada bahasa Melayu.Untuk mendapat ilmu dengan pantas,kita terus belajar bahasa Arab dan membaca kitab dalam bahasa asal.

    Contohnya, tahun berapakah terjemahan Al Quran pertama dalam bahasa Melayu berbanding dengan berapa lama keIslaman orang Melayu?Pernahkah kita berjumpa tafsir Al Qurtubi, Syarah Sahih Bukhari Imam Ibn Hajar Asqalani atau Syarah Sahih Muslim Imam Nawawi dalam bahasa Melayu?

    Itu ilmu agama yang ratusan malahan ribuan tahun selepas orang Nusantara pertama masuk Islam tidak diterjemahkan ke bahasa Melayu,bagaimana pula dengan artikel sains samada buku, jurnal dsb yang berjumlah jutaan yang belum diterjemahkan?

    Maknanya walaupun Bahasa Melayu adalah bahasa pertama tetapi ilmu asal adalah dalam Bahasa Arab, dan jika kita hendak mendapatkan ilmu yang tulen mengetahui bahasa Arab adalah penting untuk ilmu yang dalam dan tidak cetek.Kita lihat bagaimanakah penterjemahan al Quran dalam Bahasa Melayu, perkataannya tidak sekuat maknanya dalam bahasa Arab.Perkara ini juga sama kepada bahasa Inggeris,jika diterjemahkan sebahagian esen ataupun pati perkataan itu akan hilang.

    Perkara sama juga berlaku jika perkataan Arab yang PAS gunakan kononnya untuk kayakan Bahasa Melayu,rohnya tidak akan sama dengan jiwa Melayu yang asal.Kita beri contoh amir dengan pemimpin,roh melayu pada pemimpin itu jelas, menunjukkan pemimpin itu prlu memimpin,memandu, orang yang dipimpin,tetapi amir?Hanya orang yang berbahasa arab sahaja boleh menggali pati atau roh perkataan terus.AKhirnya, jati diri bangsa sedikit sebanyak terhakis.

    Tentang memperkenalkan Islam kepada bangsa lain yang belum Islam telah dijawab sebelum ini.

    Ramai dikalangan pemimpin PAS adalah golongan bilingualisme. Mereka boleh menguasai bahasa melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan baik. Jarang kita dengar, pemimpin PAS menjawab atau bercakap bahasa Inggeris di dalam soal jawab bersama media tempatan kerana menghormati dan sayang akan bahasa ibunda. Tetapi yang selalu didengar ialah dikalangan pemimpin UMNO yang kononnya pejuang bangsa. Mungkin kerana mereka merasakan mereka sudah terlalu terpelajar dan berada ditahap elit sehinggakan bahasa ibunda boleh menjadi bahasa kedua mereka.

    Maharaja Zhou–

    Kita tidak nafikan bahawa sebahagian mereka boleh berbahasa Inggeris ataupun berbahasa Arab.Tetapi, jika benar kenapa mereka menghadapi isu kekurangan penulis bahasa Inggeris dalam Harakah sehingga menyebabkan dahulunya mereka bergantung kepada penulis2 sosialis dan sekular seperti Farish A Noor untuk menulis?

    Kita boleh melihat bahawa ini bergantung kepada masa.Jikalau PAS memerintah,adakah kita akan melihat golongan Erdogan yakni bekas2 pimpinan IRC yang dilatih di UK lebih gemar berbahasa Inggeris ataupun Bahasa Melayu seperti Dr Dzulkefly Ahmad dan lain2.

    Tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja blog Hilman Nordin, Pengerusi BBMN.Adakah kerana berasa terlalu terpelajar,bahasa Melayu boleh menjadi bahasa kedua dirinya dan ahli jamaah yang sama dengannya?

    UMNO adalah dalang dan petualang dalam isu ini.

    Jangan terkejut jika suatu hari nanti, bahasa Melayu yang kini dimandulkan kelak akan mati, malah mati dengan lebih pantas. Dek kerana ’pejuang-pejuang’ UMNO yang ingin melihat anak bangsa maju dengan lebih pantas dari biasa. Dengan menguasai bahasa Inggeris didalam subjek Sains dan Matematik, anak-anak bangsa akan lebih pantas dan mudah ’mencuri’ ilmu dan teknologi bangsa asing. Sehinggakan tanpa mereka sedari bahasa mereka sendiri semakin menguncup kerana tiada perkembangan ilmu didalam bidang Sains dan Matematik. UMNO memang terkenal dengan sikap agresif yang membuta tuli. Bising dengan pemimpin yang bacul menghunus keris yang kulup. Usah bercakap tentang perjuangan bangsa jika kita tidak tahu untuk melaksanakannya. Ya, kini Menteri itu mengatakan kita tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya ketika menjawab soalan peperiksaan. Ia dijalankan dalam dwi-bahasa. Tetapi didalam sesi pengajaran dan pembelajaran, subjek-subjek tersebut menggunakan buku teks sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan diajar oleh guru secara lisan dengan menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris untuk memudahkan pelajar memahami. Penjelasan ini bunyinya seperti ingin mengatakan bahawa kita masih punya ’hati perut’ untuk melindungi bahasa Melayu dan pelajar. Sedarlah, bukan itu yang kita persoalkan. Anak-anak kita, yakni pelajar-pelajar disekolah dari generasi ke generasi akan semakin mahir dan mantap didalam pengunaan bahasa Inggeris kelak. Mereka tidak perlu lagi ruangan bahasa Melayu sebagai bantuan atau dwi-bahasa. Sains dan Matematik akan dikuasai dengan mantap didalam bahasa Inggeris suatu hari nanti. Malah ketika itu, anak-anak kita sangat dekat dengan teknologi dan lebih dari apa yang dapat kita lihat sekarang ini. Tetapi bahasa Melayu? Bahasa ibunda tercinta ini bagaimana? ini persoalannya.. Adakah ‘pejuang-pejuang’ UMNO akan bertanggungjawab? Bagaimana mereka akan bertanggungjawab?

    Maharaja Zhou–

    Bahasa Melayu sudah berapa kali mengalami perkembangan.Jika anda menganggap “pencemaran” Bahasa oleh PAS sebagai pengayaan kepada Bahasa,tindakan kerajaan juga sebenarnya adalah pengayaan kepada bahasa kita.Kita akan melihat pengayaan bahasa apabila golongan teknorat ini menggunakan istilah2 baru yang diperolehi dari jurnal apabila bersembang selepas persidangan/conference/simposium ilmu sains.Orang Melayu walaupun dikatakan tidak patriotik dengan bahasa tapi sebenarnya kita sangat patriotik,kerana apabila bertemu sesama bangsa.kita akan bertutur dalam bahasa Melayu terutamanya orang Kelantan,Terengganu dan Kedah dan istilah-istilah sains ini akan dimasukkan dalam perbualan sesama saintis dan teknokrat.

    Bagi saya, itulah tujuannya Bahasa Inggeris digunakan sebagai medium dalam sains dan matematik.Anda sendiri telah mengiktiraf keberkesanannya dalam menyerap ilmu dan memahami dengan cepat perubahan dalam sains.Anda seolah-olah takut anak bangsa kita cepat menyerap teknologi.Dan adakah anda rela anak bangsa kita menjadi mundur tetapi sangat pandai berbahasa?Tidakkah anda sedar bahawa anda menang sorak kg tergadai?

    Tanyalah sasterawan dan “pejuang bahasa” yang berusia 50 tahun ke atas,medium apakah yang mereka belajar sewaktu di sekolah dan universiti?Tidakkah mereka ini belajar dalam medium bahasa Inggeris?Orang seperti Hassan Ahmad, Prof.Wan Abu Bakar,A Samad Said.Adakah mereka luntur jiwa Melayu mereka?Tidak bukan?

    Soalnya kenapa PAS agresif membuta-tuli,yang hanya tahu cuma berdemonstrasi?Adakah PAS berusaha memperkasakan infrastruktur mengajar sains dan matematik dalam bahasa Melayu?Tidak.Berapa banyak istilah sains dan matematik yang diterjemah?Tiada?

    Adakah PAS hanya tahu berdemosntrasi sahaja untuk “melindungi” bahasa itupun setelah mengetahui ia ada nilai politik yang berguna?Sejauhmanakah PAS benar2 melindungi bahasa?Adakah terdapat buku2 ilmiah terbitan PAS mengenai bahasa Melayu?Adakah bahasa Melayu yang digunakan oleh PAS,bahasa Melayu yang digunakan dalam harakah dan buku politiknya mengikut piawai/standard?Adakah PAS membuat glosari istilah ugama/teknikal ke bahasa Melayu?

    Siapa yang mempertahankan bahasa Melayu selama ini,jika semua jawapan soalan tadi tidak?

    Kelak bahasa Melayu tidak subur dan terbantut dengan istilah-istilah teknologi, UMNO mesti dipersalahkan. Ia akan dikenang sebagai organisasi yang memandulkan bahasa Melayu. Sebagaimana mereka memandulkan tulisan jawi dahulu.

    Maharaja Zhou–

    Yang sepatutnya anda persalahkan adalah “pencinta bahasa Melayu”.Lihatlah perkembangan penterjemahan buku2 dan artikel sains ke bahasa Melayu.Buku2 yang ada kebanyakannya adalah dari tahun 70-an dan 80-an.Ilmu semakin berkembang tetapi ilmu yang ada yang diterjemahkan adalah obsolete/lapuk.

    Semenjak PPSMI,kenapakah pejuang bahasa ini tidak terus menterjemahkan buku2 dan artikel2 sains ini?Adakah nak tunggu dimansuhkan baru terhegeh2 nak terjemah?Tetapi, seperti jawapan penulis yang terdahulu,sasterawan2 ini tidak akan terjemah,yang akan terjemah adalah pensyarah2 sains dan matematik yang tidak ada kena mengena pun dengan “perjuangan” membantah PPSMI ini.

    Jikalau bahasa Melayu dianggap telah dimandulkan oleh UMNO,maka penulis rasa ilmuwan2 melayu yang menukarkan tulisan rencong ke tulisan jawi 500 tahun dahulu juga telah bertindak memandulkan bahasa melayu.Berapa banyak istilah bahasa Melayu telah dibuang dari perbendaharan kata Melayu sepanjang 500 tahun dahulu?Bolehkah Tun Perak faham bahasa Melayu yang kita tuturkan hari ini?

    Bahasa Melayu adalah dinamik.Apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini,sama seperti ulama2 dahulu apabila menukarkan tulisan asli melayu kepada tulisan jawi.Tuduhan anda berat, adakah anda ingin mengatakan bahawa ulamak dahulu memandulkan bahasa Melayu?

    Orang Benggali,orang Malabari dan orang Tamil Muslim masih mengekalkan tulisan mereka,adakah mereka kurang Islam dari orang Melayu yang bertulisan jawi?

    p/s. Bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka kelak mungkin akan jadi pusat perniagaan orang-orang UMNO jual kain kafan, kain batik dan kain sampin merah dan putih.

    Maharaja Zhou–

    Ini adalah suuz zaan semata2,UMNO tidaklah sekejam dan buta perut seperti PAS yang mana boleh menjualkan alat bahasanya iaitu Harakah kepada Minyak Maharaja dan baru2 lepas kepada Kopi Janda hanya untuk sedikit keuntungan duniawi.

  18. Islam itu Indah Says:

    Komen terus kepada pemilik blog ini.

    Ada beberapa soalan hendak saya tanya.

    1. Apakah asas perjuangan anda?

    Maharaja Zhou—

    Perjuangan penulis adalah Islam ahlil Sunnah WalJamaah,terus bersandarkan kepada sumber asal,alQuran dan hadith serta ijmak ulamak yang sahih dan haq.

    2. Adakah anda tahu antara agama dan bangsa yang mana lebih utama?

    Maharaja Zhou–

    Islam kekuatannya adalah amanah dan quwaah, dan di nusantara ini,bangsa yang dominan adalah Melayu.Jika di China,bangsa Hui adalah pemegang panji2 Islam,dan jikalau di Eropah,bergantung kepada kawasan,jika UK,Pakistan,jika Eropah,Turki,jika perancis,Arab Morok yang menjadi penjaga ugama di sana.Jika bangsa yang memegang panji2 ini lemah,maka agama itu lemah.

    Kekuatan bangsa adalah penting untukmenjaga agama,kerana bangsa yang kuat boleh menjaga ugama,di dalam tarbiyyah ikhwan diterangkan bahawa agama boleh dijaga dengan amanah dan quwwah.Dahulu,Uthmaniyyah menguasai dunia, maka Barat mengeluarkan kata2, Bila Turki kuat, Islam pun kuat.

    Maka, jika dipisahkan perjuangan memperkasakan bangsa maka dengan sendirinya agama itu lemah.Jawapan penulis ialah,ia mesti dilakukan serentak,tidak boleh dipisah2kan.

    Sebagai memulangkan paku buah keras anda, Malaysia adalah salah satu negara Islam selain dari Pakistan yang mampu mendidik dalam Bahasa Inggeris.

    Jikalau dilihat dari situ,apabila umat Islam dari negara2 Islam lain seperti Arab Saudi,Iraq,Iran,Algeria malahan Pakistan sendiri mengalami masalah untuk belajar di US,UK,Australia dan sebaginya sebagai agenda menentang teroris,apakah semangat bahasa kebangsaan anda lebih besar dari semangat Islam untuk menyediakan ruang bagi mereka belajar diinstitusi pengajian kita dari peringkat universiti sehingga sekolah rendah?

    Tidakkah ini menjadi fardhu kifayah dan jikalau tidak ada, mungkin mencapai taraf fardhu ain untuk membolehkan mereka menjadi negara berteknologi tinggi dengan Malaysia sebagai pengnantaramuka ilmu?

    3. Adakah anda tahu bahawa tanggungjawab kita menjaga bahasa kebangsaan adalah tugas bersama?

    Maharaja Zhou–

    Penulis menyedari lebih lama dari anda.

    Adakah anda baru sayang bahasa setelah ada PPSMI?Adakah anda berpendapat orang seperti Hilman Nordin,penegerusi BBMN itu pengkhianat bahasa?Aakah jati dirinya sebagai orang Melayu hilang cuma berblog dalam bahasa Inggeris?

    Adakah menjaga bahasa Kebangsaan ini cuma menjadi kewajipan bagi anda bila ada arahan jemaah?

    4. adakah anda sedar bahawa PPSMI itu bukan kerjanya menterjemah Bi ke BM?

    Maharaja Zhou–

    PPSMI adalah usaha menguatkan orang melayu dari segi bidang sains dan teknologi,di mana orang Melayu boleh terus memperolehi teknologi tanpa menunggu ilmu diterjemahkan kepada bahasa Melayu.Jika mahu ditunggu ilmu itu diterjemah ke dalam bahasa Melayu,jawabnya anda terpaksa menunggu beratus tahun lagi jurnal2 yang ada sekarang untukditerjemah ke bahasa Melayu.

    Bukti jelas, walaupun orang Melayu sudah masuk Islam sebelum 1000 masehi lagi (berdasarkan batu nesan di Acheh) dan Melaka menjadi pusat Islam 500 tahun yang lepas,kitab2 penting seperti Syarah Sahih Bukhari,Syarah Sahih Muslim masih tidak kedapatan dalam versi Bahasa melayu.

    Jadi apakah harapannya, buku2 stephen hawkings,dan pemuka2 kejuruteraan,perubatan,sains dan sains komputer yang ada sekarang bakal kita baca dalam bahasa Melayu dalam tempoh 2-3 tahun ini?

    5. adakah anda tahu kerajaan persekutuan boleh mendesak dan membantu serta menyokong kuat DBP agar lebih komited dalam proses menterjemah bahasa?

    Maharaja Zhou–

    Peruntukan sudah diberikan,dasar sudah jelas, tapi glosari bagi semua jurusan sains dan teknologi dalam edisi ke berapa dan tahun ke berapa?Sedangkan teknologi dan istilah sains terutamany perubatan dan sains komputer setiap hari makin berkembang.

    Kita lihat yang menentang PPSMI masih kuat bersajak,bernovel dan bersayembara, jika mereka ikhlas,merekalah ke depan menterjemahkan ke semua ini.Jadi, di atas pundak pensyarah sains dan teknologi yang tiada kena-mengena dengan pembantah PPSMi ini pula akan terbeban.Orang lain makan getah,orang lain makan nangka..tentulah PAS yang makan nangka, orang lain dapat celaka.

    6. Adakah anda sedar, tokoh-tokoh bahasa sejak dahulu dipinggirkan kerajaan BN?

    Maharaja Zhou–

    Adakah kerana baru bermesyuarat,berceramah sekali dua dengan sasterawan negara dan tokoh bahasa,PAS itu mengangkat darjat ahli bahasa?

    Mungkin A Samad Said dan Hassan Ahmad dapat title Datuk dari kerajaan Kelantan mungkin,mmm..ataupun penulis tersilap baca, A Samad said itu sasterawan Kelantan…bukan sasterawan negara…ya lah…BN kan meminggirkan tokoh2 bahasa.

    Mungkin Dewan Bahasa itu PAS yang tubuhkan…tidak begitu?

    7. Tidakkah anda sedar Menteri Penerangan yang terdahulu pernah mengeluarkan slogan saluran ‘infotainment’ anda? Menteri kesayangan anda la tu..

    Maharaja Zhou–

    Jika tindakan pemimpin PAS memasukkan perkataan arab dan membuang perkataan Melayudinamakan memperkayakan bahasa.Jadi penulis rasakan maksud Islam itu Indah ini tentulah memuji tindakan bijak Menteri Penerangan tersebut memperkenalkan lbih banyak perkataan baru ke dalam bahasa Melayu.Maknanya,anda menyayangi menteri berkenaan kerana pantas memperkayakan bahasa kita sehingga teringat sampai ke hari ini.

    8. Adakah anda sedar PDRM yang anda sayangi menggunakan istilah ‘RakanCop’ sebagai bahasa rojak? Cop itu adalah sejenis logam yang dibentuk menjadi logo polis sebagai tanda pengenalan atau tanda kuasa setiap polis di negara barat yang digelar syerif/police.

    Maharaja Zhou–

    Jawapan penulis hampir seperti di atas.Anda diseru untuk mendalami bahasa Inggeris sebab makna “Cop” yang dimaksudkan bukanlah logamataupun lebih tepat lencana (kata pejuang bahasa, tapi istlah tepat pun tak tahu) tersebut,kerana ia hanyalah “folk etymology” kepada asal usul kenapa polis digelarkan “Cop” di Amerika,dan bukannya maksud sebenar,kerana “cop” di zaman sekarang sudah membawa maksud langsung yakni polis.Jika anda berkata “cop” itu maksudnya cuma lencana besi,tentulah ia tidak difahami oleh umum pada zaman ini di Amerika Syarikat dan dunia.

    Kerana jika anda menyebut “cop” tentulah penjenayah akan lari.Bukannya tengok ke bawah mencari lencana tembaga yang jatuh.

    Tidak salah menggunakan istilah rakan cop seperti istilah anak usrah,kerana maksudnya ialah rakan polis.Ia setaraf dengan istilah peserta tamrin (bukankah mudah menggunakan istilah peserta kursus?)

    9. adakah anda tidak sedar bahawa kerajaan yang anda sayangi sebenarnya tidak komited untuk menegur kesalahan bahasa yang dilakukan oleh agensi-agensi dibawahnya?

    Maharaja Zhou–

    Boleh senaraikan kesalahan yang dilakukan mereka yang tidak bersungguh-sungguh (adakah komited itu dalam perbendaharaan kata Melayu..hmmmm)tersebut?Pergilah laporkan kepada pejuang bahasa dan berdemolah.Boleh juga lapor tentang salah guna istilah logo atau logam besi yang sepatutnya dipanggil lencana kepada mereka.

    Mungkin penulis sangat sayang dan bersunguh-sungguh(bukan komited apatah lagi kemetot) dalam menegur kesalahan bahasa orang yang memberi ulasan.

    Adakah PAS bersungguh-sungguh dalam menegur kesalahan bahasa dalam Harakah ataupun Tranungkite kelolaan Dewan Pemuda PAS Besut?Hebat susunan kata dan indah serta tingginya bahasa Melayu dalam Tranungkite.Syabas PAS!

    10. adakah anda pernah mengambil kursus/ subjek bahasa dan minda Melayu atau linguistik diperingkat Universiti?

    Tidak, penulis tidak seperti barangkali Haafizuddin Abierah sudah,Shafie Hashim ataupun mungkin Hilman Nordin.Mungkin juga Nik Aziz dan Haji Hadi sudah berulang kali khatam,bukan..maksud penulis tamat kursus beberapa kali di Universiti sehingga cantik dan tinggi bahasa Melayu mereka tanpa dicampur loghat kenegerian masing-masing.

    11. kenapa anda seperti iri hati dengan bahasa Arab?

    Maharaja Zhou—

    Ana la iri sama lughatul arabiyyah,ba’dan, ana cuma ta’jub sama PAS,ba’dan ada kata pejuang lughatul malawiyyah, lakin kalau boleh guna lughatul arabiyyah, PAS ada guna itu lughatul arabiyyah lah…ana la iri sama lughatul arabiyyah, lakin ana fikir kalau guna lughatul malawiyyah yang darajul uula,lagi afdhal.PAS la setuju sama ana.

    12. kenapa anda mempertahankan PPSMI?
    Maharaja Zhou–

    PPSMI adalah alat untuk orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menguasai ilmu sains dan teknologi disebabkan ketidaksungguhan pejuang bahasa untuk menterjemah buku2 dan tulisan2 sains dan teknologi dari bahasa asing ke bahasa Melayu.Ilmu2 yang telah diterjemah adalah lapuk kerana istilah2 sains dalam bahasa Inggeris cepat berkembang dan tidak mampu dikejar oleh skuad penterjemah kita. Jika orang Melayu tidak dibiasakan dengan bahasa Inggeris, orang Melayu akan ketinggalan.

    Dunia sekarang termasuklah Jepun, Jerman dan Korea Selatan pun makin byk universiti yang tawarkan kursus pengajian dan modul2 pengajaran dalam bahasa Inggeris.Jadi, apabila dunia makin ke depan ,kenapa Malaysia yang dah ke depan hendak undur ke belakang.Jangan teknologi kita macam filem Malaysia, tahun 50-an, 60-an setaraf filem Hollywood,sekarang ni?nasib baik ada Upin dan Ipin.

    13. Kenapa anda benci sangat dengan PAS?

    Maharaja Zhou–

    PAS adalah parti yang tidak syari’e dari segi hukum syarak.Parti yang membohongi rakyat biasa untuk mendapatkan undi dengan topeng ugama, dan parti yang menipu orang yang hendakkan kebebasan dengan seruan tersebut (padahal bila dah masuk kena wala’, ada hisbah,dan tiada keraian untuk wajah berbeza).PAS korup bila pegang kuasa,pemimpinnya pecat orang lain kalau berbeza fikrah dan kalau boleh sapu siswi, golongan tertentu yang sapu.Maka, dari segi pengetahuan,pengalaman dan ilmu yang cukup, penulis menolak PAS dari kamus perjuangan penulis.

    Saya juga mahasiswa seperti anda. saya pernah membiarkan diri saya diperkuda pihak universiti dan dipaksa untuk turuti segala arahan kerajaan dan universiti. saya cuba ikut demi pengalaman peribadi.. dan tinggalkan apa yang tak patut unutk saya ikut. Akhirnya, saya bukan penjenayah dan bukan pengkhianat agama dan bangsa.

    Pengalaman yang menarik berada dengan pemimpin universiti.. kami diajar menjadi lembu yang baik.. diajar untukmelakukan sabotaj.. kami diajar untuk membenci mahasiswa/i fakulti pengajian islam.. kami diajar menolak mahasiswi yang bertudung labuh..
    kami diserap sebagai ejen membuang pelajar dari kolej kediaman yang menyokong Pro-Mahasisiwa. kami dididik menganjurkan konsert yang melalaikan. kemudian kami jadi pelajar Hadhari kesayangan PM.. Keluar dari U dgn harapan menjadi samseng masa depan orang melayu.. kononnya memperjuangkan bangsa melayu lah.. terima kasih BTN, HEP dan BN yang menjadi dalang terbaik.

    Maharaja Zhou–

    Janganlah kau berlakon seperti raja..walaupun rupa mu tidak kukenal..tapi kelentong mu tatap menjadi pujaan hatiku….

    Siapa yang ajar jadi lembu yang baik?kau ikut tamrin sampai level mana?Dah ikut tampan ke belum?dah bai’ah ke belum?Dah sumpah untuk taat kepada jamaah Islam kampus?PAS kampus dengan nama luarannya PMI?jadi lembu apa sangat dengan HEP, kalau kau tak mau, tak payah pergi, apa HEP boleh buat?Buang kolej…apa heran buang kolej, rumah sewa banyak lagi ada..tapi dengan PMI, berani kau tak mau demo?kalau tak mau demo, kau diumpamakan sebagai tentera yang lari dari medan perang, hang tu macam pesalah tabuk depa kata?Ini lembu tahap apa ni?kalau tak pergi kuliah ilmu, hilang thiqah lah…apa ni?

    sabotaj…kau jangan temberang la sama Maharaja Zhou..kau tu tahun berapa?Kau tak kenal ke Hilman Nordin dan rakan2?Kau tak pernah dapat flyers fotostat bodo PMI ke?yang pukul diri sendiri?Ini muktamar PMI yang luaran, (aku tau dalaman korang dah habis lama dah..)siap hari bulan sabo suruh dtg, konon PMI nak kena haram, suruh tunjuk kuat..kepala babi tu, siapa yang mampu letak..di tengah2 kubu kuat PMI sendiri dengan skuad hirasah dok keliling, kau ingat mahasiswa bodoh ke?

    Siapa yang ajar untuk benci Rizal Azizan,siapa yang ajar untuk benci Wan hasif, siapa yang ajar untuk benci Nordiyyana?Biarlah diorang nak pertahankan fikrah diorang, tak bolehke budak API sokong lain dari PMI?Dosa ke?Tudung labuh tu pakaila, siapa yang benci, siapa larang, tapi korang tu yang kerana takut dituduh PMI boleh tukar tudung labuh tinggal tudung wardina saja…

    Jangan buat lawak le..student tahun 1, jadi agen buang student pro-M konon,tgk saja blog balai islam KK Astar, tgk je pun aku tahu ahli unit yang jadi pengerusi balai Islam.Balai Islam berapa banyak korang pegang, sebab korang depan master dan penyelia lembik tengkok bukan main, tapi tu la yang merancang dan maki masters dalam meeting mas’ul kolej.Aku tahulah, jangan jadi munafik.

    Yang anjur ladies night puak mana eh?Bila siar mahasiswakini kena kutuk balik dengan ajk dari puak2 korang, mulalah tarik balik, mulalah teringat, ini projek kroni rupanya.

    Pasal samseng tu, konon mahasiswa UMNO samseng bila keluar, korang tu samseng dalam kampus lagi.Siapa yang demo lawan FRU tu?Siapa yang sabo rizal azizan?Siapa samseng?

    sekarang saya bersyukur kerana telah diberi pengalaman menjijikkan ini sebagai teladan. saya mohon maaf dan keampunan dari Allah swt dan individu2 yang pernah saya zalimi dahulu tanpa niat.

    Maharaja Zhou–

    kau tu asal duduk dalam debu yang suci, tapi kau basuh debu tu dengan air kencing yang disangkanya air mutlak.malang sekali, dah diberitahu dan sah baunya air kencing pun masih kumur2 lagi dengan air kencing tu.Sekarang patutlah kau minta Ampun dari Allah SWT untuk dosa kau memperdayakan mahasiswa mengikuti perjuangan yang sesat itu, kerana dulu kau rasakan yang kau zalimi tanpa niat, sekarang kau zalimi ramai hamba Allah dengan niat atas nama wala’ dan bai’ah kepada JIK/PAS yang tidak syari’e.

    anda anda dari golongan ini?
    Insaflah.

    Maharaja Zhou–

    Ana dah insaf..dah lama daaah…enta bila lagi?

Leave a reply to lemon Cancel reply