Sidang DUN Sivakumar Macam Kerajaan Pasir Dua Butir Daaa…

Sehingga berita ini ditulis,”Arwah” MB Perak,Nizar Jamaluddin dan Speaker DUN Perak, V Sivakumar masih gagal memasuki Bangunan Dewan Undangan Negeri.Berita ini disahkan oleh Malaysiakini dan juga Tukang Jual Lambang Lelaki Sejati,Harakahdaily.

Ternyata, menurut hemat penulis, pihak pembangkang akan memainkan beberapa isu:

1.Polis tidak demokratik kerana menutup DUN dari dimasuki oleh wakil rakyat

2.Wakil rakyat adalah suara rakyat,maka tindakan polis dan kerajaan negeri menutup mulut rakyat

3.Kerajaan BN yang bertanggungjawab mengarahkan halangan terhadap “Arwah” MB Perak dan Speaker DUN Perak.

Pada pukul 10.15 dikatakan wakil rakyat pembangkang sedang berhimpun di luar pagar untuk mengadakan sidang ter”gempar”. Memang ia menggemparkan kerana ia laksana seperti sidang pemerintahan negeri Pasir Dua Butir,Filem Laksamana Do Re Mi sahaja yang beratapkan daun-daun pokok.

negeri-pasir-dua-butir

Beginilah gamaknya,V Sivakumar dan rakan-rakan mengadakan Sidang ter”gempaq” DUN Perak di bawah sepohon pokok di sebelah Bangunan Darul Ridzuan umpama kabinet Kerajaan Pasir Dua Butir Laksamana Do Re Mi.Memang lawak zam-zam ala kazam Nizar dan rakan-rakan!

Namun, harus diingat bahawa jikalau ada keputusan dari persidangan ini,ia tidak sah, kerana mengikut tafsiran pembangkang sewaktu menolak perlantikan MB Zambry,ia mesti dilakukan di dalam Dewan Undangan Negeri.Mereka menganggap perlantikan Zambry tidak sah kononnya ia dilakukan di luar DUN, dan apa yang mereka cuba lakukan pada hari ini sebenarnya menempelak tindakan mereka sendiri menolak MB Zambry.

PAS sedang menggambarkan bahawa peristiwa ini berlaku angkara Barisan Nasional.Tetapi persepektif ini tidak tepat.Ia bukan MB Zambry menentang Speaker DUN tetapi di antara Kerajaan Negeri Perak di bawah naungan Sultan Azlan Shah dan pelaksananya,SUK Negeri Perak.

Cubaan untuk menggambarkan perkara ini oleh Harakah Pengiklan Terbesar Minyak Maharaja adalah salah.Sekarang ini, birokrat Perak telah menyingsing lengan untuk bertempur dengan “kerajaan haram” Pakatan Rakyat.

En. Abdullah Antong Sabri, Setiausaha Speaker DUN, dipecat dan digantikan dengan Misbahul Munir Masduki.Tetapi, kita tidak yakin bahawa kerajaan negeri akan membayar gaji kepada Misbahul Munir.

pasolalwndo

Sivakumar dan Nizar macam Menteri Pasola yang menderhaka.Adakah SUK dan pegawai-pegawai kerajaan negeri Perak akan berjaya seperti Do mengalahkan Menteri Pasola yang durhaka ini?

Seperkara lagi yang harus diingat oleh V Sivakumar dan rakan-rakan.Usul undi percaya terhadap Nizar hanya oleh wakil rakyat DAP,PKR dan PAS.Dan lebih kelakar lagi apabila mereka ini membubarkan DUN Perak.

Masalahnya, adakah SPR akan menerima perintah ini?Adakah Sultan akan berkenan dengan pembubaran DUN ala-ala negeri Pasir Dua Butir ini?Peruntukan manakah yang akan digunakan untuk mengadakan pilihanraya semula?Dari kocek Nizar?Lelong Camry?

Siapa yang akan mengundi?Adakah rakyat Perak akan turun mengundi?Kalau SPR tak setuju, adakah Nizar boleh cari tong sampah untuk ganti peti undi?Beranikah SPR bersetuju dengan mengadakan pilihanraya tanpa izin Sultan?

Siapa yang akan kirakan undian?Unit Amal?Pemuda DAP?AMK?

Bagi penulis, semakin degil Nizar dalam isu ini, semakin kelakar jadinya politik Perak.Nasihat penulis, hentikanlah lawak-lawak ala-ala Laksamana Doremi  zam-zam alakazam ini.

Penulis juga ingin menasihatkan V. Sivakumar agar meletakkan jawatan sebagai Speaker.Mungkin tersiratnya setelah,”DUN dibubarkan” barangkali jawatan Speaker pun sudah terlucut dari Sivakumar dan wakil-wakil rakyat PR pun bukanlah wakil rakyat?

Oleh itu, kita menggesa Sivakumar agar meletakkan jawatan secara rasmi supaya nasib rakyat dan negeri Perak bakal terbela.

3 Responses to “Sidang DUN Sivakumar Macam Kerajaan Pasir Dua Butir Daaa…”

  1. cinabeng Says:

    alhamdulillah..mahkamah dah beri perintah injunksi dari siva lahanat buat sidang DUN. Jadi beruk2 yg meeting bawah pokok, kekallah sebagai beruk2 derhaka bawah pokok…kakakaka.

  2. fadzilah Says:

    eloklah tu..Si Ir Nizar pun ikut duduk bawah pokok. Dah tahu si sami siva menyembah tokong bawah pokok, awak pun ikut pergi bawah pokok..hehehe.. Nak kata tak padai, sijil besar padang bola. Nak kata tak pandai agama, boleh jadi imam pulak. Tapi sijil dan iman tu dah dilontar jauh dek kerana mengejar keduniaan yang tak sudah-sudah. Kesian kesian. Muka penderhaka memang macam tu..muka yang tak ada seri dan bermasaalah. Campakkan dia kat dalam laut biar jadi tukun tiruan.kakaka

  3. sebenarnya yg dun yg bersidang bawah pokok tu sama dgn kerajaan pasir dua butir. kerajaan bn di perak sekarang adalah kerajaan menteri pasola. bn sudah semakin gila nak berkuasa sama seperti pkr yg melaung-laungkan 16 september. beza antara pkr dan bn, pkr nak buat melalui undi x percaya dan bn tau2 je tukaq kerajaan tanpa melalui apa2 proses yg sepatutnya. at least pegi la dun dulu buat undi tak percaya trhdp yb nizar. bn kata apa yg pakatan rakyat buat tu salah dr undang2 tp d mana fakta bn? at least pakatan rakyat ada fakta bukan macam bn, cakap salah tapi salah dekat mana tak berani habaq. kalau betul2 yakin rakyat dah kembali sokong bn, bubar dun, dan buat pilihan raya baru. nak takut apa kalau betul rakyat dah kembali sokong bn. tentu menangkan. tak de la mcm org bachul menyorok belakang istana sebab nak berkuasa

    Maharaja Zhou–

    Salah tu.Nizar dan Sivakumar macam Menteri pasola,sebab orang dah lantik orang lain tapi masih mengaku MB.Anda sebenarnya tak baca artikel ini betul, sebab yang menghalang Sivakumar dan Nizar bukannya kerajaan BN, tetapi birokrat negeri seperti SUK Negeri, SU DUN dan Polis Negeri.Zambry Kadir mohon injunksi untuk halang sidang DUN sahaja.

    Yang lain, saya dah jawab berulang2 kali, prosedur, undang2 semuanya jelas, anda sahaja yang tak cari atau buat2 tak nampak,apa nak hairan, maklumat dalam artikel ni terang depan mata pun tak faham, macam mana nak cerna maklumat lain pun saya tak tahu:

    yang si nizar ni Sultan yang pilih.rakyat tidak pernah pilih dia.Cuma orang pasir panjang saja kenal dia.

    Parti Nizar cuma menang 6 kerusi dari 59 kerusi.Sultan yang pilih dia setelah 3 nama diberikan iaitu Jamaluddin Radzi PKR,Ngah Kam Hoo DAp dan Nizar PAS.Jamaluddin tu bekas posmen, jadi Sultan nak la orang cerdik sikit jaga negeri ni.Masa dapat kerusi MB kenapa tak bising kuasa rakyat?kalau betul, letak jawatan masa tu, bubar DUN,baru betul.tapi, pasal dah dapat semua diam.Yang bising DAP, tapi DAP dah dapat pangkor2,happy.

    Sdr kata rakyat Perak,orang UMNO yang ada 27 kerusi dengan MCA 1 kerusi lagi tu apa?Bukan rakyat Perak?kenapa gadai masa depan rakyat Perak bila majoriti 28 kerusi ni kepada 18 DAP,7 PKR dan 6 PAS yang tidak ada persefahaman hitam putih?

    Sultan Perak tu bukan mengaji pondok ke ataupun berkebun,tuanku tahun 1953 dah dapat degree undang2 dan pada usia 37 tahun telah menjadi hakim besar negara. raja Muda pula ada phD dalam law.Jadi,tidakkah Sultan dan Raja muda lebih arif menafsirkan undang2 negerinya sendiri?

    Article XVI(6): “If the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the Legislative Assembly, then unless at his request His Royal Highness dissolves the majority of the members of the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the Executive Council”.

    Semasa Nizar naik jadi MB,tak pula dia minta kepercayaan adun2 untuk bentuk kerajaan?Oleh itu, bersesuaian dengan undang2 tubuh negeri Perak, apabila seorang Menteri Besar hilang kepercayaan majoriti ahli2 Dewan, maka sepatutnya dia meletakkan jawatan.

    Dalam bab ini,apabila telah hilang majoriti automatiknya,jawatan MB telah hilang sesuai dengan artikel 16(6).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: