Demo PPSMI:100,000?50,000?8,000 atau 5,000 Hadirinya?

Berita ini mungkin berita basi, tetapi sebasi-basi berita ini, wajarlah kita analisakan sedikit kebenaran dan keautaan media-media yang ada di Malaysia.

Penulis amat berminat dengan angka demonstrasi.Angka demonstrasi penting kerana jumlah pendemo inilah yang menyebabkan warga Kuala Lumpur murka terhadap Utusan Malaysia, Berita Harian dan akhbar-akhbar serta media arus perdana lain pada tahun 1998.Dianggarkan 70,000 orang menyertai demonstrasi menyokong Anwar sewaktu dia baru dipecat.Mungkin jikalau 70,000 orang terlalu banyak (berita Harakah menganggarkan hampir 100,000) sekurang-kurangnya 30,000 terlibat dalam demonstrasi tersebut.Tetapi, media-media arus perdana telah mengecilkannya kepada 2-3 ribu sahaja.Mana tidaknya orang KL masa itu marah sangat.

demoppsmi

Demo PPSMI, benarkah dakwaan Harakah, 100 ribu orang menghadirinya?Kalau tak betul,apa ayat Al Quran yang sesuai dengan situasi sebegini?

Bermula dari saat itu, rakyat mula memboikot akhbar arus perdana.Orang mula mencari Harakah.Dahulunya orang benci Harakah kerana beritanya hanyalah umpatan, makian dan cacian kepada pemimpin Kerajaan.Tetapi,orang mula percaya berita dalam Harakah. Itulah saat bermulanya lakunya Harakah.Orang mula menganggap berita dalam Harakah itu sahih, almaklumlah, kononnya, takkan berita parti agama itu penipu?

purdahppsmi

Bila kena gas pemedih mata, orang salahkan FRU.Tapi,bagaimana pula dengan orang yang heret budak-budak, orang tua dan anak gadis berpurdah ke demo?Dulu-dulu,orang pakai purdah tempatnya di rumahtangga dan tempat-tempat pengajian ugama.Sekarang, tempatnya di tepi-tepi jalan bagi pemudi-pemudi fanatik PAS.Adakah ini calon sesuai untuk sebagai seorang isteri?Kalau rujuk Bahrul Mazi dan Muhimmah, confirm reject punya…

Apabila orang percaya, Harakah pun mula naik kepala.Penulis hairan dengan orang Melayu ini satu perkara.Kalau dah buang, buang terus, kalau percaya, percaya terus.Penulis terus ikuti semua akhbar, UMNO/BN, Pakatan Rakyat,Bebas,proksi kuasa asing, penulis baca semua.Ada masa UMNO auta, ada masa PAS auta, ada masa semua auta, tapi kena pandai tapis.Soal figures and numbers, jangan baca satu sahaja.Jangan taksub.Jangan fanatik.

Hari ini, kita lihat jumlah orang Demonstrasi PPSMI:

Harakah Lambang Lelaki Sejati kata:

Semalam, lebih 100 ribu rakyat berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Mahasiswakini (agen PAS di kampus-kampus) kata:

Amarah GMP dan lebih 50 ribu rakyat di sini berikutan sikap acuh tidak acuh Menteri Pelajaran Malaysia Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien menangguhkan keputusan mansuh dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu (PPSMi) sehingga awal tahun depan.

Malaysiakini kata:

Sabtu lalu, kira-kira 8,000 orang menyertai perhimpun anjuran Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP).

Utusan Malaysia kata:

Polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menghalang perarakan kira-kira 5,000 penyokong perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) daripada menghampiri Istana Negara, hari ini.

Kita bandingkan keempat-empat angka tersebut, memang ternyata lari jauh. Dari 100,000 kepada 5,000, bezanya sekurang-kurangnya 95,000 orang.

Jadi mana yang betul?Penulis tidak gemar mengambil angka Utusan kerana Utusan tentulah mengecilkan jumlahnya.Malaysiakini adalah pihak yang tidak berkepentingan dalam hal ini.

Penulis lebih gemar mengambil angka 10 ribu yang menghadiri demo ini.Masih ramai tetapi tidaklah sebohong Harakah yang mencecah kononnya 100,000 ribu orang.Hatta, Mahasiswakini yang dikuasai oleh mereka yang berbai’ah dengan PAS pun tak berani temberang macam bapak mereka, Harakah.

Oleh itu, tepatlah ayat Quran mengenai Harakah Tukang Jual Minyak Maharaja ini:

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

ayat 6, surah Al Hujurat

9 Responses to “Demo PPSMI:100,000?50,000?8,000 atau 5,000 Hadirinya?”

  1. kenapa harus isu PPSMI ini menjadi isu orang-orang tua bertikam lidah,berdemonstrasi sampai ke tahap nak bertempur dengan FRU??KENAPA TIDAK ISU INI DIBERIKAN KEPADA GURU-GURU,MURID-MURID??..Biarlah pihak guru yang mengajar dapat meluahkan pendapat & pandangan mereka.Murid-murid juga boleh memberikan pandangan tapi jgn harus ada campur tangan ibu bapa yang lebih kepada emosi…Hormatilah pandangan para guru yang mendidik anak bangsa kita.Jika mereka membantah,maka pertimbangkanlah semula.Jika mereka setuju maka mungkin ada kebaikannya PPSMI ini didalam pembelajaran & pengajaran didalam kelas….

  2. nistelro0y Says:

    Setiap pelajar pasti ada subjek yang kurang digemarinya, ada yang tak pandai sejarah, ada juga yang gagal dalam geografi, tak kurang juga yang tak mampu menguasai bahasa Inggeris….. akan tetapi, akibat dari PPSMI, mana2 pelajar yang tak mahir dalam bahasa inggeris akan berisiko untuk gagal dalam sains dan matematik, walaupun pelajar ini berminat pada subjek2 “susah” ini…. sains dan matematik memerlukan pemikiran dan daya ingatan yang kuat, akan tetapi pada pelajar yang bertutur bahasa melayu, yang berfikir dalam bahasa melayu, akan mengalami kesukaran untuk memahami subjek matemati dan sains kerana perantaraannya menggunakan bahasa inggeris…. malah guru2 sendiri bertutur broken english…. bagaimana ilmu tu nak sampai?

    soalan : 1 + 2 = ?
    “satu campur dua jawapannya tiga. eh tiga dalam bahasa inggeris apa ya? one, two, three… aaa three….”

    jawapannya : 1 + 2 = three

    pandai… pandai….

    fikir-fikirlah…

    Hidup Islam!!! Hidup PAS!!!

    Maharaja Zhou–

    Anda sendiri sudah memulangkan pakubuah keras kepada diri anda sendiri.Anda mengatakan pelajar berfikiran melayu,dengan mengajar dalam bahasa Inggeris,kita sudah mengajar mereka supaya berfikir dalam bahasa Inggeris untuk sains dan matematik.

    Pendirian saya amat jelas dalam artikel saya ini:

    https://maharajazhou.wordpress.com/2009/03/02/pas-tidak-layak-perjuang-ppsmi/

  3. hilman nordin Says:

    tak boleh serah pada cikgu…diorang tu bodoh!…aku sokong semua yg lawan kerajaan…bapak aku dulu pun sokong komunis..itulah mahasiswa namanya…sentiasa menentang..

    Maharaja Zhou–

    Kalau dah candu dgn PAS, cam ni le jadinya.

  4. nistelro0y Says:

    dah kalau orang melayu kita ajar berfikir dalam bahasa inggeris, mana jatidiri kita sebagai orang melayu, apatah lagi dalam memartabatkan bahasa? itu sebabnya sampai sasterawan negara pun turun padang, kerana beliau khuatir akan terlunturnya jiwa bahasa dalam diri rakyat malaysia
    Maharaja Zhou–

    Sebelum ini, sebelum Dasar Pelajaran kebangsaan, orang melayu belajar yang ingin belajar tinggi, masuk English School.Mereka ini adalah generasi berumur 50-an ke atas sekarang ini.Ada mereka hilang jati diri melayu?malahan,askar melayu yg berkhidmat dengan tentera British lebih tebal patriotisme mereka dari anak2 muda yang lahir dengan penyata2 yang menjadikan Bahsa melayu bahasa pengantar.

    Macam pak samad said dan hassan ahmad sebagainya, adakah mereka dari medium Inggeris atau dari medium bahasa melayu yang menyebabkan mereka berada di tempat mereka sekarang?

    …. cuba kita lihat negara2 maju, mereka sangat tegas dalam soal bahasa sehingga orang luar yang terpaksa belajar bahasa depa…. malah, negara yang dulu mundur dari malaysia, korea selatan kini laju meninggalkan negara kita dari segenap bidang…. and tak pula kita lihat mereka ini belajar math dan sains dalam bahasa inggeris…. jangan diikutkan singapura kerana mereka tiada identiti bahasa….

    Maharaja Zhou–Anda bagi contoh negara maju.baik, kita lihat Jepun dan Jerman.

    Tahu tak, sekarang ini di Universiti Jerman, sudah ditawarkan kursus2 peringkat sarjana muda, sarjana dan phD yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris sebagai usaha pengantarabangsaan negara tersebut?Kalau tidak percaya buka laman ini:

    http://www.daad.de/deutschland/studienangebote/international-programmes/07535.en.html

    Anda boleh lihat german pun sudah membuka ruang kepada bahasa Inggeris mebagai medium pengantar.

    bagaimana pula dengan Jepun.

    http://www.topuniversities.com/gradschool/graduate_programs/graduate_programs_news/article/postgraduate_study_in_japan_a_sleeping_giant/

    Penulis ambil ini dari satu debat antara penyokong PPSMI dengan anti PPSMI.katanya,universiti swasta di jepun akibat tiada halangan undang2 mula menawarkan kursus pengajian dan juga penyelidikan dalam bahasa Inggeris.

    Korea Selatan pun sudah mula menawarkan lebih banyak kursus dalam bahasa inggeris. Di dalam satu laman web untuk pertukaran pelajar Belanda dan Korea,membuktikan bahawa lebih banyak universiti di Korea yang sekarang bukan hanya menawarkan modul2 pengajaran tertentu dalam bahasa Inggeris tetapi juga kursus2 yang ditawarkan sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.Orang Belanda pun hendak ke luar negara, mesti guna bahasa Inggeris dan berfikir dalam bahasa Inggeris tanpa membuang identiti bangsa Belanda.

    http://www.nesokorea.org/dutch-students/study-in-korea/study-programmes-in-english

    p/s jangan sampai orang bukan melayu pula yang memperjuangkan bahasa kita….

    Maharaja Zhou–

    Kalau sekadar hapuskan PPSMI tetapi kitab2 sains dan matematik sukar didapati, menang sorak kg tergadai.Sudahlah khazanah “bangsa” dalam tulisan sendiri tiada, ilmu pun kurang sebab angkuh tak mahu cepat menerima perubahan.

    Datuk nenek kita dahulu disebabkan hendak cepat menyerap ilmu agama, sains macam falaq dan mantik, buang tulisan rencong (orang bugis dan jawa masih kekalkan) 500 tahun dahulu dan gantikannya dengan tulisan jawi.Tak hilang pun jiwa melayu.

  5. Pembantah PPSMI sering menjadikan Korea Selatan,Jepun,Perancis dan Jerman sebagai hujah mereka bahawa kita tidak perlukan bahasa Inggeris sebagai medium pengajaran.Tetapi, harus diingat bahawa negara seperti Jepun dan Korea,jentera penterjemahan mereka cukup kukuh dan mantap.

    Mereka mampu menterjemah sebarang karya asing ke dalam bahasa sendiri dalam tempoh yang singkat.Tetapi, malang sekali jentera penterjemahan kita,usaha untuk menterjemahkan buku-buku dan bahan-bahan berunsurkan Sains dilemparkan semula kepada pensyarah dari bidang sains,kejuruteraan,perubatan dan teknologis.Mana perginya sasterawan negara dan pihak yang memperjuangkan bahasa selama ini?

    Disinilah kita melihat kegagalan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu. Selepas merdeka, Mlaysia telah mengamalkan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris hingga ke awal 70an. Kedudukan Universiti Malaya pada ketika itu adalah antara 20 universiti terbaik dunia. Ijazah dari UM diiktiraf dipersada antarabangsa! Hari ini…setelah 30 tahun pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Melayu..kita hanya mampu berbangga dgn kedudukan sebagai antara 500 terbaik dunia…amat menyedihkan. Inilah kegagalan ahli bahasa kita selama ini.Ijazah kita juga sudah tidak lagi diiktiraf di persada dunia. Inilah kegagalan PPSM-BM. Mana perginya sasterawan, ahli bahasa selama ini?

    Memang senang untuk mengkritik tetapi berilah cadangan yg membina. Mansuhkan PPSMI dan kemudian kita nak perkasakan sains dan matematik macam mana?

    Sewajarnya GAPENA,Sasterawan Negara,ABIM dan pihak2 yg ikhlas mendaulatkan bahasa Melayu ini menggerakkan usaha untuk mewujudkan Jabatan Penterjemahan yang effisen dan terkini. Mereka juga harus menggerakkan usaha mewujudkan Jabatan/Kursus Penterjemahan Istilah Sains di Akademi Pengajian Melayu ataupun Jabatan Pengajian Melayu,Fakulti Sastera universiti tempatan sebagai galakan kepada usaha penterjemahan buku-buku dan makalah sains. Setelah dilaksanakan semua ini, barulah kita boleh bercakap semula mengenai kajian semula terhadap PPSMI.

  6. cinabeng Says:

    Persoalannya kini..adakah demonstrasi ini jihad? Mari kita kembali kepada Quran, Sunnah dan sirah.

    Demonstrasi pertama dalam sejarah Islam terjadi dalam peristiwa pembunuhan saidina Uthman bin Affan. Pemikiran khawarij juga mempunyai hubungan yg cukup erat dgn demonstrasi.Abdullah bi Saba’ adalah merupakan seorang Yahudi yg berpura2 masuk Islam(munafiq) yg telah menanamkan api2 kebencian kepada pemerintahan saidina Uthman di kalangan kaum muslimin.

    Abdullah bin Saba ni adalah orang Yahudi yg pura2 masuk Islam dan Allah dah kata peranagai org Yahudi ni macam ni..
    “Niscaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin.” (Al-Maidah: 82)

    Yahudi adalah musuh kita sejak awal perkembangan Islam dan mereka memusuhi kita sejak zaman Nabi dgn mengkhianati janji pada Rasulullah SAW, merendahkan kaum Muslimin,mencerca ajaran Islam dan sebagainya.
    Rasulullah SAW telah menyingkir mereka dari Madinah dan ini diikuti pula oleh sahabat Rasulullah yg menjadi khalifah seperti Abu Bakar dan Umar.Yahudi terus berdendam terhadap umat Islam.

    Pada zaman Saidina Uthman, masyarakat Islam semakin ramai..mualaf dan orang awam yg cetek imannya diambil kesempatan oleh Yahudi untuk menyebarkan fitnah.Mereka yakni Yahudi ini berpenampilan seperti Muslim dan antaranya adalah Abdullah bin Saba dari San’a yg juga dikenali sebagai Ibnu Sauda.Orang ini menyebarkan benih2 fitnah dikalangan kaum Muslimin agar mereka jelek dan benci kepada pemerintahan Saidina Uthman.Saidina Uthman digambarkan sebagai pemimpin yang korup, kronisme dan lemah. Saidina Ali pula dinaik-naik kan sebagai pemimpin yg lebih baik demi menghancurkan perpaduan kaum Muslimin. Abdulah bin Saba memberikan pelbagai qiyas yang batil untuk tujuan ini..misalannya, “Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah walinya Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

    Apabila pemikiran kaum Muslimin telah diracuni sebegini, Abdullah bin Saba mula menghasut rakyat secara umum dgn menyuruh mereka memberontak melawan saidina Uthman dan mengutamakan Ali.

    Maka dia melontarkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya: “Siapa yang lebih zalim daripada orang yang tidak dapat menurut wasiat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!” Setelah itu dia berkata: “Sesungguhnya Uthman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedang wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kalian). Maka bangkitlah kalian dan bergeraklah. tampakkan amar ma’ruf nahi mungkar! (Tarikh Ar-Rasul juz 4 hal 340 karya Ath-Thabary melalui Mawaqif).

    Amar ma’ruf nahi mungkar Abdullah bin Saba ini sama bentuknya dengan amar ma’ruf menurut Khawarij yakni keluar dari pemerintahan dan memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintahan di atas mimbar-mimbar, forum-forum dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah!Masalah tidak semakin reda tetapi semakin buruk jadinya.

    Fakta sejarah telah membuktikan hal ini. Amar ma’ruf nahi mungkar Abdullah Saba dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Uthman bin ‘Affan, peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah dari zaman Uthman sampai zaman kekhalifahan Saidina Ali bin Abi Thalib(Tahqiq Mawaqif Ash-Shahabati fil Fitnati min Riwayat Al-Imam Ath-Thabari wal Muhadditsin juz 2 hal 342).

    Alangkah serupanya peristiwa dulu dan sekarang ini..
    Di zaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mempunyai pemikiran khawarij. Mereka menjadikan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya sebagai alat dan method dakwah serta jihad.

    Walaubagaimanapun, jika kita dipimpin oleh pemerintah yg melakukan maksiat dan perselisihan terhadap syariat yang tidak menyebabkan pemimpin itu kuffur dan terkeluar dari Islam, wajib bagi kita rakyat untuk menasihati dgn cara yg bersesuaian dgn syariat.Bukan dgn cara ucapan kasar yg di buat ditempat2 umum, menyebarkan dan membuka aib pemerintah yang akan mengakibatkan fitnah yang lebih besar dari tujuan demonstrasi diadakan.

    So, macam mana nak nasihati pemerintah yg diajar oleh Rasulullah?
    “Barangsiapa yang hendak menasihati pemerintah dengan suatu perkara; maka janganlah ia tampakkan di khalayak ramai. Akan tetapi hendaklah ia mengambil tangan penguasa dengan empat mata. Jika ia menerima, maka itu (yang diinginkan) dan kalau tidak, maka sungguh dia telah menyampaikan nasihat kepadanya. Dosa bagi dia dan pahala baginya (orang yang menashati).”
    Hadits ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad. Riwayat ini banyak yang mendukungnya sehingga hadits ini kedudukannya sahih.

    Orang yang menasihati jika sudah melaksanakan cara ini, maka dia telah berlepas diri (dari dosa) dan tanggung jawab.

    Imam Tirmidzi kata: Aku di samping Abu Bakrah, berada di bawah mimbar Ibnu Amir. Sementara itu Ibnu Amir tengah berkhutbah dengan mengenakan pakaian tipis. Maka Abu Bilal berkata, “Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik.” Lantas Abu Bakrah berkata, “Diam kamu! Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: ‘Barangsiapa yang menghina (merendahkan) penguasa yang ditunjuk Allah di muka bumi, maka Allah akan menghinakannya.’” (Sunan At-Tirmidzi no. 2224)

    Diriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahwasanya beliau ditanya: “Mengapa engkau tidak menghadap Uthman untuk menasihatinya?” Maka jawab beliau: “Apakah kalian berpendapat semua nasihatku kepadanya harus diperdengarkan kepada kalian? Demi Allah, sungguh aku telah menasihatinya hanya antara aku dan dia. Dan aku tidak ingin menjadi orang pertama yang membuka pintu (fitnah) ini.”

    Demikian sifat sahabat dan tabiin dalam menasihat pemerintah kawan2..Terbatallah manhaj Khawarij yang mewarwarkan bahawa demonstrasi ini adalah jihad dan cara berdakwah.

    Sifat org khawarij yg menghalalkan darah Muslim, mencerca pemerintah dan menimbulkan huru hara ini dikecam oleh Rasulullah sendiri. Sebagaimana dalam riwayat Said bin Jahm, beliau berkata: Aku datang kepada Abdullah bin Abu Aufa, beliau matanya buta, maka aku mengucapkan salam.
    Beliau bertanya kepadaku: “Siapa engkau?” “Said bin Jahman,” jawabku. Beliau bertanya: “Kenapa ayahmu?” Aku katakan: “Al-Azariqah telah membunuhnya.” Beliau berkata: “Semoga Allah melaknat Al-Azariqah, semoga Allah melaknat Al-Azariqah. Rasulullah SAW mengatakan bahwa mereka anjing-anjing neraka.” Aku bertanya: “(Yang dilaknat sebagai anjing-anjing neraka) Al-Azariqah saja atau Khawarij semuanya?” Beliau menjawab: “Ya, Khawarij semuanya.” Aku katakan: “Tetapi sesungguhnya pemerintah (telah) berbuat kezaliman kepada rakyatnya.” Maka beliau mengambil tanganku dan memegangnya dengan sangat kuat, kemudian berkata: “Celaka engkau wahai Ibnu Jahman, wajib atasmu berpegang dengan sawadul a’dham, wajib atasmu untuk berpegang dengan sawadul a’dham. Jika kau ingin pemerintah mahu mendengar nasehatmu, maka datangilah dan kabarkan apa yang engkau ketahui. Itu kalau dia menerima, kalau tidak, tinggalkan! Sesungguhnya engkau tidak lebih tahu darinya.” (HR. Ahmad dalam musnadnya 4/383)
    Rasulullah mencela golongan khawarij ini sebagai anjing2 neraka..betapa hinanya! Mahukah kita dicelakakan seperti ini..dicelakan pula oleh Rasulullah SAW yg merupakan satu2 nya manusia yg dapat menolong kita di Mahsyar?

    Maka wajib bagi kita menjauhi demonstrasi ini kerana ianya adalah pemikiran golongan khawarij yg diperalatkan oleh Yahudi demi menjatuhkan kepimpinan Muslim.Belajarlah dari sirah wahai sahabat..Demonstrasi, ucapan2 umum anti pemerintah dan fitnah2 yg disebarkan akan mengakibatkan kerugian pada negara,umat Islam dan munculnya tindakan anarki.

    Kesimpulannya demonstrasi seperti 7 Mac lepas bukanlah jihad malah maksiat kerana:

    1. Termasuk khuruj (menentang pemerintah) yang dilarang oleh Rasulullah SAW dalam riwayat Muslim dan lain-lain.

    2. Menceritakan aib pemerintah di depan umum dalam bentuk ucapan2 yang juga dilarang oleh Rasulullah SAW.

    3. Bercampurnya laki-laki dan perempuan, bahkan berdesak-desakan.
    4. Menimbulkan kesesakan dan kesusahan kepada rakyat Malaysia yg lain serta menimbulkan huru hara.

    Ingat…janganlah kita akhirnya terpedaya menjadi anjing2 neraka. Fikir2 la beb…

    Maharaja Zhou–

    Terima kasih atas komen yang bernas.

  7. tak payah bincangla brapa org dtg.. x kirala 1000 ke, 290 ke.. hatta sorang dtg pun, sampai mati x abis..yg penting ada sokongan dtg suarakan bantahan.
    bincang la intelek sikit, pasal nasib anak bangsa, generasi akan dtg.. baru betul…

    Maharaja Zhou–

    Aku dah bincang, kau saja yang tak cari.Aku dah bincang bawah tajuk PAS tak layak perjuang PPSMI, nak kata aku tak intelek, masuk medan yang betul.

    Lagi satu, kalau sorang bantah, takkan pasal sorang nasib 27 juta rakyat malaysia ni kau nak korban?PAS memang suka demokrasi terpimpin…apa boleh buat…

  8. cinabeng Says:

    lagi satu mamat sastera bangang yg bodoh matematik. Sorang bantah dia nak kata wakili suara 27 juta rakyat. bahalol betul! apa nak buat…dia bahalol dia jeles dgn kita yg bijak.

  9. Melayu konon… Nama nistelro0y… Pirah. Wahai ahli PR khusnya buat Ahli Parti Ajaran Sasau yang taksub ngan cakap “TOK GURU” nya,
    Renung-renungkan lah,
    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.

    ayat 6, surah Al Hujurat

    Cayalah maharaja, hujah maharaja berdesup tepat kat otak bebal mat saleh celup dan anak penyokong komunis tu. Garenti terus insaf anak beranak. Betul..betul..betul…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: