Razali Zaidin Mula Mengomel Kepada Anak Buah MPMUM Terkapai-Kapai

Norazali Zainuddin, penasihat dan ketua Jentera Pro M UM yang tidak pernah memerintah MPMUM mula mengomel di dalam Mahasiswakini:

Saya cukup sedih dan kecewa kerana ada sesetengah pemimpin menyalahkan satu sama lain untuk mengisi kemenangan dan hanya melepaskan tanggungjawab dan memberikan bebanan ini kepada saya dengan berkata “Awak mesti bertanggungjawab”.

Maka, benar sekali lagi telahan penulis dalam nukilan penulis yang lepas.Allah Taala akan membiarkan orang yang meminta-minta jawatan itu dengan kepayahan.

Pening kepala Razali kerana dia sendiri pun tidak pernah jadi wakil rakyat.Menjadi Jeneral Perang amat berbeza dengan menjadi pentadbir. Itu sebabnya Umar Ibnul Khattab menggantikan Khalid al Walid dengan Abu Ubaidah al Jarrah selepas beberapa siri kemenangan tentera Islam di Parsi, kerana Umar lebih tahu hakikat tidak semestinya seorang panglima perang akan mampu mentadbir.

Apabila ada anak buah mengadu masalah, maka larilah terbirit-birit mereka yang bertanggungjawab meletakkan biawak hidup ke bahu anak-anak buah ini.Semasa berperang, biasalah, semua hendak jadi hero, tetapi apabila datang masanya untuk melakukan kerja sebenar, maka larilah “hero-hero” tadi bercempera merata-rata.

Maka, dendangan yang sama diulang-ulang. Pemimpin MPMUM perlu redha dengan takdir.Perlu keluar dari zon selesa, jangan banyak mengeluh.Padahal, wakil MPMUM ini bukan ahli politik sepenuh masa tetapi mahasiswa. Mahasiswa ada tugasan, ada peperiksaan, ada projek yang perlu disiapkan.Bukan mesyuarat MPM sahaja, mesyuarat jamaah, mesyuarat kolej, mesyuarat unit, mesyuarat lajnah dan pelbagai lagi.

“Rakyat” pula hari-hari menuntut janji yang diberi.Benarkah pemerintahan Pro-M itu bagus?Tapi, wakil rakyat juga kena hadiri demonstrasi, kena terhegeh-hegeh masuk campur isu nasional.Akhirnya, agenda memperkasakan mahasiswa tinggal melepaskan batuk di tangga.Selepas itu, mulalah tudingan jari diacukan kepada HEP dan TNC HEPA,kononnya merekalah yang tidak betul, untuk menutup kelemahan diri.

Kemenangan yang pertama dalam 5 tahun memanglah memeritkan, tapi yang perit adalah orang yang menanggungnya sehinggakah YDP MPMUM buat pertama kalinya mempunyai SETPOL, jawatan yang tidak pernah diwujudkan dalam sejarah MPMUM.Ini menunjukkan mereka tidak bersedia dan mampu menghadapi cabaran.Malahan, lebih memalukan SETPOL itu lebih dikenali dan diberi publisiti lebih dari YDP MPMUM.

Skrip-skrip biasa ini sudah lali dan mangli penulis dengar.Kepada Razali Zaidin, terimalah hakikat bahawa inilah harga suatu kemenangan apatah lagi kemenangan yang diserikan dan “diberkati” oleh sabotaj dan fitnah.Mohd Rizal Azizan tentu tersenyum melihat ulasan penulis.

6 Responses to “Razali Zaidin Mula Mengomel Kepada Anak Buah MPMUM Terkapai-Kapai”

  1. GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

    http://parpukari.blogspot.com/

    Maharaja Zhou–

    Tn Parpu,lain kali tlg hantar link ya!

    Terima kasih!

  2. haafizudin A berak Says:

    ProM tak menang pun di UM. Kabinet diorg adalah umpama kerajaan PR Perak yg anytime tumbang la ni. Kerajaan ProM adalah kerajaan minoriti yg tidak bermaruah.

    pegang saja dah sibuk berpolitik dan demo sana demo sini. Warga kota ramai angin dgn mamat2 mangkuk sastera yg juarai isu anti PPSMI ni…bila nak kena pelangkung tak tahu le..

    Akhirnya study lingkup. Tengok je si Munir tu…dok bawak isu Perak..ponteng kelas, tipu attendance, pointer nyawa2 ikan je. Fitnah besar pada mahasiswa Islam sebenarnya depa ni..

  3. Syazni Munir Says:

    siot a lu Aberak…pointer aku tinggi apa..sem lepas aku dapat 2.7 tau..pasal attendance tu..lantak le aku nak tipu ke apa..aku dari sekolah dulu pun ponteng kelas…ni kampus apa chi?

  4. hai syazni munir,

    dah keluar dari kepompong persembunyiaan ke?

    mcm mana dengan tunang? dah lari ke atau masih setia di belakang anda. jgn main belakang dah la ye.

    kepada PRO M… baru korang rasa mcm mana rasanya jadi MPMUM… lagi2 la kemenangan korang tu kemenangan yang penuh tipu muslihat.

    kami nak tgk sampai bile korang bertahan, honey moon meraikan kemenangan dah tamat, skrg masa untuk bekerja. tu pon tinggal berapa kerat.

    buktinya masa roadshow hari tu la. beberapa orang aje. kalau mereka betul mengutamakn pelajar, penuh la barisan MPMUM tu, tapi… hampeh…

    berdasarkan gambar roadshow MPMUM tahun lepas n tahun nie, banyak lagi kehadiran MPMUM tahun lepas dari tahun nie.

    hai… kalau mcm ni mcm mana nak buat keje… pasti akan mengeluh Ayuni nanti… berat tugas dia akan pikul sorang. skrg pon dah ada kedengaran… tuhan balas dengan fitnah rasuah.

  5. la yang tak datang tu YB2 penggerak ar… korang tak kenal ker???

    Maharaja Zhou–

    Ooo..jadi semua YB MPMUM Pro-M dari kalangan ahli Unit dan bukan ahli unit join jugakle demo.Patutla kerja tak berjalan…nak buat kerja pulak tak boleh arahan jamaah suruh join…apa boleh buat dah jadi hamba abdi jamaah kan?

  6. ah… semua MPMUM ada 41 orang… Penggerak menang 19 kerusi yang lebihnya Pro M… so, mana yang 22 orang tu??? ko ingat aku tak kenal ke MPMUM…

    janji tinggal janji la wei…

    Maharaja Zhou–

    Apa boleh buat, bila dah diorang menang, depa kata depa menang cara demokratik, tapi bila jadi kes kat perak,depa kata kerajaan tu tak sah, kena bubar DUn walaupun perlembagaan Perak kata tak payah.

    Kalau jujur, kenapa tak mintak TNC HEP bubar balik MPP untuk confirmkan majoriti.Kalau betul jadi, ntah kepala apa, nanti yang diletak kat surau API.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: