AGM PMIUM:Sepuluh Jong Berlalu, Anjing Masih Bercawat Ekor Juga

Muktamar PMIUM sudah berlalu tetapi bak kata pepatah Melayu, walaupun 10 jong berlalu tetapi anjing masih bercawat ekor juga.Perkara yang sama sahaja, isu yang sama dan masalah yang sama.

Penulis walaupun begitu, masih ingin memuji PMIUM kerana ada juga usaha untuk berdakwah.10 orang telah berjaya diIslamkan oleh PMIUM.Harapnya ia bukan dakwaan semata-mata, hasil dari usaha dakwah PMIUM sendiri bukannya sekadar menjadi penjaga kaunter mengaut hasil dari keringat orang lain.

Namun, jikalau PMIUM benar-benar badan yang menjalankan kerja Rasulullah, maka tentulah lebih ramai yang memeluk Islam dari memeluk PAS.Program tarbiyyah yang menjalankan usaha Nabi boleh mendidik mereka yang belum mendapat hidayah kalau tidak menerima cahayal Islam pun sekurang-kurangnya pun melembutkan pandangan mereka terhadap deenul Islam.

Tetapi, PMIUM jika ditanya pada pandangan mahasiswa Islam UM bukanlah badan dakwah ataupun membuat kerja Nabi, menghancurkan yang syirik dan menegakkan yang tauhid.Mereka yang telah melihat kelibat PMIUM sehinggalah musim pilihanraya, telah mengetahui bahawa PMIUM lebih mengutamakan siasah dari dakwah.

Berapakah peratusnya yang mengajar anak usrah kepada faham akidah, fiqah, muamalat dan akhlak?Berapa ramaikah anak usrah yang solatnya betul (jangan katakan mengikut solat Nabi lagi)?Berapa ramaikah, anak usrah yang bacaan Al Quran yang betul?Berapa ramaikah anak usrah yang tahu bahawa hukum Islam bukan sekadar hudud dan tudung tetapi juga tidak mencarut, tidak mengumpat, tidak memfitnah dan tidak mengkafirkan orang Islam yang lain?

Adakah akhirnya mereka hanya tahu Islam mazhab PMI wa al JIK ataupun benar-benar Islam ahlul sunnah wal jamaah?Apabila politik/siasah melebihi tarbiyyah dan dakwah, maka kekuatan dalaman anak usrah akan pincang.Kejayaan politik mereka hanya dikira dengan berapa banyak demonstrasi, berapa kali keluar kenyataan akhbar dalam harakah, ataupun sejauh manakah kerosakan usaha mereka terhadap pemerintah.Maka, pada akhirnya, kita melihat pergerakan PMIUM berrohkan JIK tidak dinamik, sama sahaja dan statik, sejak 1983 sehinggalah 2009 tanpa sebarang perubahan.

Dahulu pun, masalah akademik menjadi perbincangan.Tidak diketahui penulis, samada diletakkan ia di belakang, bermakna ia paling penting ataupun diletakkan di akhir ucapan kerana ia paling tidak utama.

PMIUM mengalami masalah ahlinya yang bobrok dari segi akademik.Sekadar penyedap hati, mereka melihat rakan-rakan mereka yang bagai layang-layang putus tali, ke arah agama pun tidak, ke arah akademik pun tidak.Maka, mereka mengucapkan syabas kepada diri masing-masing kerana menjadi ahli JIK dengan “hidayah”.

Walhal, tujuan utama mahasiswa Islam ialah untuk menuntut ilmu.Jikalaulah PMIUM yang sepatutnya mempunyai mahasiswa yang paling berilmu Islam pun gagal menjawab ataupun menyelesaikan persoalan siasah, syari’e tidak syari’e  perjuangan mereka selama ini, maka PMIUM mempunyai masalah keilmuan yang amat kritikal.

Bayangkan PMI terpaksa berhempas pulas dengan ramai bakal-bakal ustaznya masih kerkial-kial menjawab persoalan halalkah demonstrasi mengikut Al Quran dan hadith serta ijmak ulama’.Sepatutnya, PMIUM boleh menjawap persoalan tersebut dengan bingkas dan tiada masalah. Tetapi, cara ahli Jamaah ini menghadapi persoalan pokok perjuangan mereka ini seolah-olah mereka adalah ahli persatuan anak negeri ataupun akademik  yang hanya berbekalkan mantik sahaja.

Ini dari segi kefahaman mereka dalam perjuangan yang baru dihenjut dan dihenyak dari sudut dua sumber asal (walaupun dua sumber ini adalah pemutusnya), belum lagi melihat dari sudut falsafah dan teori.Apakah mereka akan terdaya jikalau mereka ber”exercise” minda dengan anak-anak buah Hishamuddin Rais,tidak pun dengan Farish A Noor versi muda tidakpun dengan Mohammad Abu Bakar versi tidak Islamik?

Jika beginilah tahap kekuatan ahli Jamaah tidak hairanlah ramai bekas-bekas anak usrah yang melompat masuk ke Jamaah Islah Malaysia ataupun jamaah-jamaah yang lain kerana tidak cukup daya tahan untuk berhadapan dengan cabaran intelek yang sepatutnya didepani oleh sebuah persatuan Mahasiswa di Universiti.

Maka, tidak hairanlah tindak-tanduk PMI hanyalah berlegar dengan usaha merebut kuasa dan pengekalan kuasa.Semuanya berpaksikan real politik yang cuma disalut dengan Islam sebagai gula-gula.

4 Responses to “AGM PMIUM:Sepuluh Jong Berlalu, Anjing Masih Bercawat Ekor Juga”

  1. Ampunilah Sahabat PMIUM Says:

    Astaghfirullah…
    sampai mengaku dh islamkan org….
    saya tau sape yg bawak untuk islamkan….
    dankamu2 yg PMIUM ni hanya dok menyibuk2 jer…
    kamu sume tau ker sape yg duk mendidik budak2 tu…
    nak solat, mengaji, ….
    ya Allah, tak payah nak carik publisiti kalau pandai cakap jerk….

  2. pelik la mcm mana diorang boleh pilih shazni munir jadi YDP yang baru..

    akademik tak la bagus mana… pastu kene gantung semester plak tu… aku rasa budak PMI ni dah kene nasi kangkang kot…

    kalau nak plih pon biarlah yang ada keterampilan, bagus dalam bidang akademik dan tidak hanya pandai main politik aje sehingga lalai untuk jaga kebajikan ahli.

    kalau shazni munir tu dah kene tangkap, korang pon ikut sama la ye.

    ada dego khabar juga, ada ahli PMIUM yang menyuarakan kebimbangan terhadap PENGGERAK MAHASISWA coz mereka pon memperjuangkan islamik juga, sampai ada bertanya mcm mana nak beza PRO M dan PENGGERAK, sebab kedua-duanya ada ciri-ciri islamik.

    kat sini dah nampak yang PMIUM/ PRO M sudah rasa tergugat kerana ada ahli mereka yang mula angkat kaki dan sudah mula dan berani mempersoalkan tindak tanduk pemimpin PMIUM.

    hal ini dapat dibuktikan dengan election yang lepas apabila ada dari API (Rizal Azizan) berani untuk bertanding mewakili GERAK. Dan mereka rasa tercabar apabila 100% kesemua pencadang, penyokong mahupun dan kesemua wakil calon Rizal adalah bari API.

    Hal ini membuktikan bahawa API sudah terbahagi kepada dua kumpulan dan kumpulan ini semakin membesar untuk terus menyokong GERAK (Rizal Azizan) terutamanya kepada bacth yang sama dengan Rizal. sesi 08/09.

    Ada juga ura-ura mengatakan bahawa, undian untuk jawatan YDP PMIUM sengit dan ramai tidak suka kepada shazni munir. mmg la ia menunjukkan demokrasi tetapi adakah mereka akan memberi sepenuh kepercayaan kepada YDP PMIUM yg baru?

    lagi2 selepas kemunculan Rizal Azizan, mereka yang rasa kecewa ada menyuarakan pandangan utk tidak terlibat secara aktif dengan PMIUM. lagi la terbelah dua…

    even yang bukan ahli pon apabila mendengar nama shazni munir sebagai YDP PMIUM, mereka tergelak dan bertanya “tidak ada calon lain ke?”

    sah2 la PMIUM skrg menjadi bahan ketawa dan jenaka orang luar, skrg pon dah dengar jenaka tersebut. “woi kalau ko nak jadi YDP, ko g demontrasi, muka wanted orang kenal, masuk paper, sure jadi YDP PMIUM.. hahahah”

    itu adalah sindiran yang kedengaran sejak AGM lalu…

    Maharaja Zhou–

    Terima kasih atas analisa.

    Saya rasa perlantikan Shazni adalah zaman kelam bagi mahasiswa.PMI telah melantik seorang yang radikal dan lemah pelajaran sebagai Presiden.Ini memberikan imej kurang baik kepada PMI sebenarnya.

    Penulis merasakan mas’ul-mas’ul Am PMI lebih pentingkan politik daripada Islam.Tatkala PMI memimpin UM,seorang yang mempunyai banyak masalah peribadi dilantik sebagai presiden.Maka,ternyatalah mahassiwa tertipu dengan Pro-M.

  3. Tony Wong Says:

    bagus la tulisan maharajazhou nih… selalu update… tp mane crite psal @ analisis ali rustam n KJ? ni yg rasa mcm maharaja zhou berat sebelah je nih. Time PR salah, cepat je respon, tiba time UMNO-BN salah, senyap menyepi…😕

    kalu mcm nih, sama la mcm gang2 PR, berat sebelah…

    Maharaja Zhou–

    Bukan soal berat sebelah,tapi soal,itulah keputusan yang diputuskan oleh Jawatankuasa disiplin UMNO.

    Time PR salah, senyap saja Harakah, Tranungkite,time BN salah mereka bising.Jadi,kat alam cyber ni,mudah lagi nak cari salah BN dari salah PR.Kalau nak cari salah PR,datanglah ke sini.

  4. hahahaha… aku sokong semua tulisan maharaja zhou… tapi bab shazni munir, maharaja zhou kena lebih halus dlm menganalisa… sepanjang yg aku tau, dia ni jenis yg licik & sukar utk dijangka dlm tindak-tanduk dia… 1 lg maharaja zhou kena analisis skit ttg ilmu-ilmu dia, baik dr sudut agama, mahupun politik, sbb aku dgr crita dia ni mmg trkenal d klgn balaci-balaci pmi sbg ‘born to be a leader’… entah apa-apa… mungkin sbb dr dulu lg dia ni jd ktua kot… so smoga sukses slalu buat maharaja zhou… berusaha sdaya mgkin smoga aparat-aparat pas ni berkubur cpat dr um.. hahahah…

    Maharaja Zhou–

    Penulis tidak hairan dengan kelicikan pimpinan PMI.Kita boleh lihat macam PMI menyusun langkah,berstrategi dan mensabotaj.Nampak sahaja baik, tapi baik ada makna.

    Insha Allah, “pemikiran” shazni munir sedang diawasi.Penulis cuma kasihan dengan ahli jamaah terpaksa berketuakan shazni munir, padahal wajhah silmiah sebelum ni seperti haafizuddin patut dicari sebagai pengganti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: