Nik Aziz Nakhoda PAS,Tiada Demokrasi dalam PAS

Nik Aziz telah menempelak Abdul Hadi Awang tentang gagasan Hadi berkenaan Kerajaan Perpaduan.

Ternyata Nik Aziz tidak senang dengan cadangan dan gesaan Presiden PAS tersebut bagi menubuhkan sebuah kerajaan campuran BN-PAS.

Penulis berpandangan isu ini timbul disebabkan oleh kegagalan PKR-DAP menunjukkan perubahan dari segi dasar mereka terhadap negara Islam dan nampaknya mereka juga kurang iltizam mempertahankan hak-hak orang Islam/Melayu dalam banyak segi.

nikazizhadipeluk2

Nik Aziz peluk Hadi, tapi peluk ada makna.

Keadaan ini diterukkan lagi dengan skandal-skandal yang berlaku di dalam PKR, seperti kes Elizabeth Wong, V. Arumugam dan yang terbaru punca-punca bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1,Mohammad Fairus Khairuddin,meletakkan jawatan.

Kumpulan PAS yang anti-Erdogan dan pro-tarbiyyah PAS tulen, menyaksikan semakin lama semakin teruk kedudukan Islam di bawah Pakatan Rakyat.Namun,puak-puak Erdogan yang diterajui oleh mereka yang pernah ditarbiyyah oleh IRC dan JIM terus mempengaruhi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menentang sebarang usaha untuk mendekatkan PAS dengan UMNO.Sudah menjadi tabiat golongan ini untuk berada di bawah perlindungan tokoh-tokoh tertentu dalam PAS.Jika dulu, mereka berlindung di bawah Daeng Sanusi Daeng Mariok dan Azizan razak (MB Kedah) , sekarang mereka berlindung di bawah Nik Aziz pula.

Alasan mereka adalah UMNO banyak gigit dan mengkhianati PAS.Tetapi, orang Erdogan dan lebih malang sekali, orang PAS yang tulen (dari segi tarbiyyah) pun mengiakan ini.Padahal, Anwar jika kita kamirkan segala perbuatannya seorang dari zamannya sebagai pemimpin ABIM sehinggalah dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri, jauh beribu kali ganda telah mengkhianati PAS dari apa yang pernah dilakukan oleh semua ahli UMNO secara ajma’in.

Beberapa hari lepas,Mursyidul Am PAS kembali bersuara akan hal yang sama.Jika hendak berbincang tentang kerajaan perpaduan,mari berjumpa dengannya.Ini kerana Mursyidul Am PAS itu adalah nakhoda dan bukan Abdul Hadi.

Pandangan ini sebenarnya mengecewakan ahli bawahan.Ini bermakna pemimpin yang mereka pilih dari cawangan dan negeri tidak ada suara untuk memutuskan perkara-perkara penting dalam parti.Walaupun terdapat Majlis Syura (khabarnya Nik Aziz sendiri sudah lama tidak mempengerusikan Majlis Syura) sebagai “check and balance” dalam PAS, namun, wala’ dan ketaatan kepada pemimpin adalah merupakan esen terpenting dalam PAS.Mursyidul Am fungsinya adalah penasihat dan tidak sepatutnya melangkaui keputusan tersebut.Jadi, bagaimana pula dengan peranan Haron Din, adakah dia juga lebih tinggi dari Abdul Hadi, dan Abdul Hadi perlu wala’ kepadanya walaupun dari segi tarbiyyah,Haron sangat junior dan tidak berpengalaman dari sudut tarbiyyah samada Ikhwan apatah lagi manhaj PAS sendiri.

Sekarang, nyatalah kuasa veto hendak dipakai oleh Nik Aziz dalam hal Kerajaan Perpaduan ini.Malahan, Nik Aziz menggunakan alasan ia telah diputuskan dalam Muktamar parti itu tahun lepas.Bukankah lebih baik jikalau hasrat Abdul Hadi dibawakan ke Majlis Syura.Nampaknya, Nik Aziz telah melangkaui kuasa syura dan cuba membuktikan kuasanya lebih tinggi dari kuasa ahli jamaah yang bersetuju dengan kepimpinan Abdul Hadi.

Kenyataan-kenyataan Nik Aziz membuktikan bahawa suatu kemelut kuasa sedang serius berlaku di dalam PAS.Setelah berjaya meletakkan calonnya sendiri, Abdul Wahid Endut (anak buah Mustafa Ali),inilah cabaran politik terdekat Abdul Hadi iaitu berhadapan dengan kemelut Erdogan yang berpayung di bawah Nik Aziz.Abdul Hadi mempunyai resam penyu,tidak bising tetapi hasilnya, telur beratus-ratus.

Adakah Abdul Hadi akan mengumpulkan anak-anak buahnya terutamanya dari PAS Terengganu untuk menyingkirkan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am dan seterusnya puak Erdogan keseluruhannya?Kita lihat saja pencak silat Hadi seterusnya!

*Nizar telah diumumkan sebagai calon PR kecil Bukit Gantang PAS.Sebelum ini Nik Aziz tidak bersetuju,Nizar sebagai calon. Adakah ini tanda-tanda Hadi tidak akur akan suruhan Nik Aziz lagi?

One Response to “Nik Aziz Nakhoda PAS,Tiada Demokrasi dalam PAS”

  1. Tony Wong Says:

    Mengikut kefahaman n penelitian sy, mmg kuasa majlis syura adalah yg plg tinggi jika amalan mentadbir sbuah organisasi m’gunakan sistem syura, jd kuasa pengerusi n timb pengerusi majlis syura mmg lbh diutamakan dlm mmbuat kputusan…xkira sape n tahap mane pn individu yg ada dlm majlis syura,slagi dia xmelanggar syara’, mmg begitulah keadaannya… Tugas presiden lebih kepada melaksanakan apa yg diputuskan oleh syura, mngeluarkan arahan kpd ahli bg mmastikan apa yg diputuskan oleh syura berjalan spt yg spatutnya… ke mcm mane sbnarnya yg tuan maharaja zhou ingin utarakan? ke sy t’silap faham?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: