PMIUM dan Aparat PAS Tumpas di Kampus UM

Tibalah masanya, kali ini pihak Penggerak Mahasiswa telah berjaya menumpaskan aparat-aparat Parti PAS di Universiti Malaya. Kali ini, sudah pasti Penggerak Mahasiswa memperolehi majoriti mudah iaitu 21 kerusi daripada 41 kerusi yang dipertandingkan.

Namun, PMIUM melalui tangan kirinya yang kononnya bergelarPro-Mahasiswa hanya memperolehi 17 kerusi dan Bebas kekal menguasai Fakulti Undang-Undang.

Sebenarnya, kekalahan aparat PAS di kampus Universiti Malaya ini tidaklah menghairankan. Janji-janji yang ditaburkan semasa pilihanraya kampus yang lepas tidaklah dapat ditunaikan.

Selain itu, mahasiswa juga dapat melihat bahawa PMIUM dan Majlis Perwakilan Mahasiswa hanyalah memperjuangkan isu-isu yang diperjuangkan oleh PAS semata-mata.Contohnya, Presiden PMI,Shazni Muznir yang berani dikejar polis dalam isu krisis politik di Perak,pandai pula mereka bertoleransi dengan pihak Kristian yakni dengan mengadakan dialog. Alangkah indah jika semua isu termasuklah isu e-voting boleh diselesaikan dengan musyawarah?

Isu-isu di dalam kampus seperti perlantikan beberapa pensyarah sebagai dekan dan pengarah didasari dan dicampuri dengan tangan-tangan politik dari PAS. Isu-isu ini sepatutnya boleh dibawa secara rundingan tanpa cuba menunjukkan kekuatan.Malang pula,dalam isu salahguna kuasa,kronisme dan nepotisme Nik Aziz Nik Mat,dibungkam dan disorok di bawah permaidani oleh PMI dan konco-konconya.

Maka,tidak hairanlah,jikalau kali ini,disebabkan oleh tangan-tangan mereka sendiri, mahasiswa telah menghukum PMI dan kuncu-kuncunya.Benarlah kata-kata Zaharuddin Abdul Rahman:

“Mahasiswa bukannya Bodoh!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: