PMIUM Tidak Gentleman Menghadapi Kekalahan PRK UM 2010

Sehingga berita ini ditulis, rundingan masih dijalankan di antara Pro-M tajaan Jemaah Islam Kampus (JIK) dan pihak Naib Canselor UM, Prof.  Dato’ Dr. Ghauth Jasmon. Yang menjadikan “rundingan” ini tidak munasabah adalah apabila tuntutan ini adalah agar keputusan, teknik dan perjalanan PRK Kampus yang diadakan semalam dibatalkan. E-Voting kononnya tidak sah dan tidak adil hanyalah kerana aparat-aparat PAS di kampus UM ini tewas di tangan Penggerak Mahasiswa.

Kenyataan lembut dari pihak HEP UM seolah-olah tidak dihiraukan. Malahan dilaporkan bahawa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM, Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Idris telah membenarkan Pro-Mahasiswa yang ditaja JIK membawa Mafrel untuk memantau pilihanraya kampus pada 27 Januari yang lalu. Maka, sepatutnya, jika terdapat sebarang bantahan ataupun salahlaku ataupun penyelewengan Mafrel patut dijadikan sumber rujukan utama.

Tetapi, sejak pengumuman kekalahan sayap bawah tanah PAS ini semalam, kekecohan telah berlaku. Inilah suatu perkara yang amat memalukan jika dibandingkan dengan sikap dan tatacara yang ditunjukkan oleh pihak Penggerak Mahasiswa tahun lalu walaupun secara majoritinya telah menguasai kerusi Majlis Perwakilan Pelajar tetapi akur dengan tindakan calon bebas yang menyebelahi PMI ketika itu. (klik sini)

Nyatalah kematangan berpolitik sangat jauh daripada mereka yang kononnya memakai baju Persatuan Islam ini. Penulis berasa lucu apabila Shazni Munir dipetik mengatakan:

“Pilihan raya wakil pelajar bukan pilihan raya bagi melantik pengawas sekolah tetapi ia adalah untuk memilih kabinet bayangan bagi pemimpin masa depan,” katanya.

Namun, apa yang penulis dapat lihat adalah tindakan mereka tidak menggambarkan diri mereka sebagai mahasiswa tetapi tidak lebih daripada samseng-samseng najis kucing yang berlambak di sekolah-sekolah pemulihan akhlak semata-mata. Maka, wajarlah mereka ini dilayan seperti kanak-kanak sekolah dan bukannya mahasiswa. Tidak kurang dari itu, mungkin disebabkan semakin pupusnya spesis Ahli Unit di kalangan jantan dari Jemaah Islam Kampus ini, siswi-siswi tudung labuh yang ditakut-takutkan dengan wala’ dan bai’ah sekali lagi diusung dan dilacurkan untuk kepentingan politik murahan JIK ini.


Sekali lagi PMI tidak segan-silu memperalatkan siswi-siswi untuk memuaskan nafsu politik murahan mereka.Yang hairannya, siswi-siswi ini rela pula dilacurkan, mungkin untuk memudahkan diri mereka dilihat oleh bakal suami yang sudah diTAMPANkan barangkali?Apakah rasa hati ibu-bapa mereka di kampung melihat tindak-tanduk mereka ini?

Andaian penulis ini mungkin benar, kerana di zaman dahulu, boleh dikatakan ahli jamaah yang sudah berbai’ah bilangannya tidak kurang dari 700 orang. Tetapi, menurut Malaysiakini hanya 300 orang sahaja yang melakukan kekacauan, itu pun sebahagiannya mungkin dari pelajar tahun 1 yang terlalu bersemangat mengikuti usrah. Pada pagi ini pula, hanya 200 orang sahaja dan kebanyakannya sisiwi yang terlibat melakukan huru-hara ini.

Bagi penulis, tidak perlulah pihak ayahanda Naib Canselor terlalu mengikut rentak golongan minoriti ini, kerana lebih 20, 000 mahasiswa yang lain tidaklah seperti pihak yang lebih sudu dari kuah ini.Malahan, bagi pihak penulis, elok sahaja pihak ayahanda menyerahkan golongan ini kepada pihak Polis supaya diambil tindakan atas mengganggu ketenteraman awam. Tidak perlulah ayahanda menggunakan AUKU kerana jikalau akta ini digunakan nama pihak Universiti yang terpalit. Biarlah undang-undang negara yang mengajar mereka ini erti hidup di dalam sebuah Universiti bukannya sebuah sekolah pemulihan akhlak!


5 Responses to “PMIUM Tidak Gentleman Menghadapi Kekalahan PRK UM 2010”

  1. Alhamdulilah pro mahasiswa telah tewas di pilihanraya kampus 2010.
    Nampak gaya golongan intelek muda melayu muslim sudah mula menolak fahaman Islam qutubiyah ala pas yg diperjuangkan PMIUM.

    Terasa seperti sesi 1995-1996 apabila menyertai jentera BMB yg menewaskan NADI. Cuma peringatan kepada pro aspirasi teruslah berjihad untuk mempertahankan kemenangan ini. Pimpinlah mahasiswa ke arah yg benar. Harapan untuk menolak gelombang sesat pakatan rakyat telah mula terlihat.

    kemana saudara zhou menghilang ? Agak merindui tulisan2 saudara sejak march 2009. Diharap saudara terus berjuang untuk menghidupkan blog saudara ini.

    Maharaja Zhou

    Assalamualaikum,terdapat beberapa komitmen yang perlu diselesaikan oleh penulis. Insha Allah,jika ada kelapangan, mungkin saya akan update blog ini,dari masa ke mas

  2. aku sujud syukur dengar berita ni..Alhamdulillah! Allah memberi kemenangan buat kita. telah naiklah kebenaran dan tersungkurnya kebatilan. PMIUM yg diliwat PAS selama ini telah berjaya di kalahkan. kepada pro-aspirasi, harap bekerja dgn rajin dan jujur, jgn hancurkan kepercayaan yg diberikan mahasiswa.

  3. belajar la woi dfah pandai politik betul2, dah kalah terima je la……………

  4. himawari Says:

    tahniah,moga Allah memberi petunjuk kepada “mereka” ini..

  5. melayu sama melayu bersabung si sepet jua yang mengaut keuntungan.

    aduh bangunlah dan bersatulah bangsaku.
    kita hanya tinggal 30 tahun lagi untuk menyelamatkan kendiri bangsa
    jika kini tidak berubah maka selamanya tidak berubah
    kita dipijak dibumi sendiri kerna maki dan cerca sesama sendiri
    bilakah akan kita sedar akan kuasa ekonomi NAGA-NAGA besar.
    membeli rerumpun kaum kita tanpa belas.
    bila kah kita akan sedar yang tiada kuasa tanpa ekonomi .
    bilakah kita akan bersatu dan berhimpun dalam akar yang sama.
    akar umbi nenek moyang kita yang telah tersebar kepelusuk nusantara
    akar kuat bertunjangkan tauhid dan kalimah LAILAHAILLAH.
    SEDARLAH SEDARLAH SEDARLAH BERSATU KITA MAJU.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: