Kes Liwat Anwar:Utusan Hina Mahkamah, Zunar & Malaysiakini Tidak Pula?

Anwar  mengatakan kononnya bahawa Utusan Malaysia kotor, biadap dan jijik. Utusan tiba-tiba menjadi kotor dan jijik hanyalah kerana tajuk di muka depannya bertulis “Tak rela diliwat lagi” dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

Anwar berang dengan tajuk Utusan.Anwar asalkan sikit saja tak kena dengan seleranya,mulalah cari pasal dengan DS Najib

Asas kepada tuduhan menghina mahkamah hanyalah kerana tiada kenyataan “lagi” disebut.Sekali lagi UMNO  dan DS Najib disalahkan dalam hal ini. Sendiri punya masalah,orang lain yang dipalitkan.

Karpal Singh pula mahu merujuk laporan itu sebaga menghina mahkamah, tetapi segera dibingkas oleh Peguamcara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan menurutnya laporan Utusan Malaysia itu hanyalah “kurang tepat”. Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, nasib baik berpijak kepada bumi yang nyata, menganggap tajuk dan laporan Utusan hanyalah sebagai laporan kurang tepat dan mencadangkan pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Karya Zunar terbaru di Malaysiakini terang-terang  menghina mahkamah dengan menunjukkan DS Najib menunggang Kangaroo yakni mahkamah dengan ditonjolkan kononnya Anwar membawa bukti. Apa bukti yang dibawa Anwar?Anunya barangkali?

Tetapi, hairan pula, Malaysiakini melalui kartunis upahannya,Zunar, terang-terang menghina mahkamah dengan melukiskan gambar kangaroo simbol mahkamah kangaroo yang tidak adil dengan DS Najib menunggangnya. Belum apa-apa lagi, mahkamah dituduh tidak akan berlaku adil,padahal hampir semua kehendak pembela dituruti termasuklah perbicaraan tertutup. Walhal, pihak pembangkang ini kononnya hendak semua telus/transparent tetapi bila terkena muka sendiri, mahukan perbicaraan tertutup.

Bagi penulis, sewajarnya penyokong-penyokong Kerajaan dan geng Anti-Anwar melaporkan “kejijikan, kebiadapan, dan kekotoran” Zunar dan Malaysiakini yang bukan hanya salah lapor, tetapi memang sengaja hendak menghina mahkamah.

3 Responses to “Kes Liwat Anwar:Utusan Hina Mahkamah, Zunar & Malaysiakini Tidak Pula?”

  1. kata-kata hikmat ANWAR aka DSAI, AI, BABI..

    Reformasi,
    Nepotisme/Kronisma
    Keadilan untuk Rakyat
    Ketuanan Rakyat
    Mahafiraun
    Kejam
    Zalim
    Allah bukan hak mutlak orang Islam
    Kesamarataan
    Mokhtar
    can i fuck you

  2. hmmm…

    nak tengok apa perkembangan terbaru lagik,
    memang sangat menarik setakat hari ke tiga nih

  3. […] tidak ada modal. Hanya dengki kesumat dengan Utusan saja yang ada. Penulis telah memberi ulasan,Malaysiakini dan Zunar lebih biadap dan jijik dari Utusan,malah bukan sekali, hari ini juga, Zunar biadap lagi, membuat karikatur kononnya tuduhan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: