HARAM PMIUM Bersetongkol dengan DEMA!

Jemaah Islam Kampus (JIK) ataupun nama rasminya Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah bekerjasama dengan golongan bukan Islam ataupun nama sebenarnya kafir sejak wujudnya tahalluf siyasi. Dahulunya, sebelum tahalluf siyasi, JIK/PMIUM/Gagasan/GMUM dan nama-nama seumpama dengannya amat yakin dengan dirinya sendiri dan tidak pernah berharap walaupun suku undi pun dari golongan bukan Islam.

Penulis masih lagi teringat di zaman-zaman PMIUM dirundung kekalahan pada tahun 1994/95 dan 1995/96 di zaman pemerintahan Sdr. Muhyiddin Abdul Azizi dan juga Sdr. Abu Zaki Ismail sebagai Presiden,ayat-ayat Al Quran yang mengharamkan kerjasama politik/siyasah dengan kaum bukan Islam disebarkan di seluruh kolej-kolej kediaman samada dalam bentuk risalah ataupun ceramah. Di antara ayat yang popular digunakan adalah:

“Jangan orang-orang yang beriman mengambil orang orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan Sesiapa yang melakukan (larangan) yang sedemikian maka tidaklah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun, kecuali kamu hendak menjaga diri dari bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyaksi kamu) dan kepada Allah tempat kembali “. ( Ali Imran:28)

Kempen-kempen dan “usaha agama” semasa pilihanraya ini oleh PMI dan aparatnya ditujukan kepada aktivis-aktivis Barisan Mahasiswa Bersatu (BMB) yang bergabung dengan aktivis-aktivis EC(Cina) dan India. Boleh dikatakan aktivis JIK waktu ini jika dibandingkan dengan perayu-perayu undi PAS untuk Zaid Ibrahim yang pernah menentang hudud adalah umpama bandingan seorang wali dengan pelacur jalanan. Mereka tidak takut atas kata-kata, malahan mereka boleh memakai serban tanpa malu di kuliah-kuliah yang bukan Akademi Pengajian Islam.

Namun,hujah menggunakan nas Al Quran ini bagi puak-puak ini berubah mengikut zaman dan mengikut waktu. Selepas tahalluf siyasi, hilang pulang ayat 28 dari surah Ali Imran ini seolah-olah ia tidak pernah diwahyukan pula. Bagi puak-puak Tamrin Panjang ini, hukum mereka berdasarkan dari Parti Islam Semalaysia.

Maka teranglah, apa sebenarnya yang menjadi semangat dan nas serta hujah puak-puak PMIUM ini. Bukanlah hujah dan nas dari ugama, tetapi dari ketetapan dari PAS. Jikalau PAS mengatakan bahawa Zaid Ibrahim itu Isa Al Masih sekalipun, maka mereka akan mengangguk dan mengiakannya.

Penulis merasa kasihan dan simpati kerana atas dasar taat membabi buta ini, perjuangan Amir-amir JIK terdahulu terutamanya dalam kes Lina Joy seolah-olah dinasakhkan oleh upacara “penyucian” dan “pembersihan” Haji Zaid Ibrahim apabila Tuan Haji ini menjadi calon dalam pilihanraya 094 Hulu Selangor Ahad lepas. Mungkin gelaran Haji Zaid ini akan ditarikbalikĀ  oleh PAS jikalau Haji Zaid mengikuti jejak langkah Ibrahim Ali ataupun Mohsein Fadzil. Nyatalah keputusan Tuan Guru bukanlah maksum seperti yang selalu didakwa oleh anak-anak buah mereka sehingga orang yang dahulunya dijaja sebagai Menteri Paling Celaka pun diangkat sebagai wahyu yang perlu dipatuhi.

Persoalannya, adakah jikalau surat-surat Mesyuarat Jawatankuasa PAS ke 6 pada tahun 1986 ini digunapakai, maka tidakkah tidak boleh PMI bekerjasama dengan UMANY dan terbitan-terbitan DAP yang lain di Universiti Malaya? Apatah lagi, ini adalah keputusan yang didasarkan oleh Dewan Ulama’ Kelantan yang NYATA disahkan oleh “Ustaz” (sekarang bergelar Tuan Guru) Nik Aziz Nik Mat?

One Response to “HARAM PMIUM Bersetongkol dengan DEMA!”

  1. salam,

    saya linkkan artikel saudara ini ke dalam blog http://rajahmas.blogspot.com

    terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: