Zaid Ibrahim: Ghafar Baba atau Kassim Baba?

Penulis sudah lama tidak menulis, tetapi isu Zaid Ibrahim yang ingin menggambarkan dirinya seolah-olah seperti Tun Ghaffar menggeletek penulis untuk menulis. Penulis berasa sedikit kasihan dan tetapi lebih kepada perasaan lucu mengenangkan Tuan Haji Zaid sebagai seorang penentang Hudud tegar yang sangat berprinsip.

Tuan Haji Zaid bersama dengan Tuan Guru (PAS), Nik Aziz Nik Mat. Mungkinkah Haji Zaid sekarang keletihan sama seperti Tuan Guru dalam politik PKR

Tuan Haji Zaid sengaja menimbulkan nama Tun Ghaffar. Kisah kezaliman Anwar terhadap Tun Ghaffar adalah kisah yang budak-budak kecil tidak ingat. Malahan, hairan sekali bapa-bapa budak dalam PAS pun buat tidak ingat. Anwar Ibrahim bukanlah insan kamil mutakammil dalam pemilihan UMNO tahun 1993. Tun Ghaffar bukan setakat dikalahkan secara memalukan tetapi juga dihina dengan pelbagai panggilan. Bukan sahaja Tun Ghaffar, Tun Pak Lah dan Datuk Seri Sanusi Junid juga menerima nasib yang sama.

Khabar yang kuat mengatakan dahulunya sehinggakan kasut Tun Pak Lah juga hendak dibuang dari Majlis UMNO di Pulau Pinang ketika Anwar di puncak kuasa sekitar tahun 1993-94. Begitu hina menjadi orang yang menentang arus Anwarista di zaman itu. Penyamaan tersebut adalah tanda amaran Tuan Haji Zaid kepada Anwar, bahawa jangan Anwar melakukan satu lagi “kezaliman” sebagaimana zalimnya Anwar terhadap Ghaffar. Zaid sudah dapat mencium bau bahawa Anwar tidak redha anak buah kesayangannya ditentang. Dan mungkin Zaid sendiri mempunyai bukti tidakpun sensitif dengan laporan-laporan blog bahawa acara menelanjangkan keburukannya sebelum, semasa dan pasca PRK Hulu Selangor adalah angkara mereka yang tidak senang dengan penonjolan Haji Zaid dalam PKR yang ditafsirkan seolah-olah mahu mengganti Al Syeikh Anwar Ibrahim.

Tetapi,agak lucu dan tidak tepat Haji Zaid mengkiaskan dirinya kepada Tun Ghaffar Baba. Sepatutnya jikalau ada sesiapa yang hendak menisbahkan dirinya kepada Tun Ghaffar, orang yang paling layak di dalam PKR adalah penyandang jawatan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali. Apakah jasa Haji Zaid kepada PKR? Kalaulah dihimpunkan jasa Haji Zaid kepada UMNO dan PKR keseluruhannya pun, debu di hidung Tun Ghaffar lebih banyak jasanya kepada UMNO berbanding Zaid.Jasa Ghaffar terhadap UMNO diiktiraf sendiri oleh Mat Sabu, Mantan Naib Presiden dan calon Timbalan Presiden PAS, yang sendiri berjenaka bahawa nafas Ghaffar itu sendiri berbunyi UMNO.

Oleh itu, penulis merasakan bahawa tidak layak Zaid Ibrahim untuk menyamakan dirinya dengan Tun Ghaffar Baba. Watak yang layak disamakan dengan tindak-tanduk Tuan Haji Zaid lebih tepat lagi adalah karakter Kassim Baba dalam Ali Baba dengan 40 penyamun.Masuk ke dalam PKR adalah seperti masuk ke dalam Gua 40 penyamun. Ketamakan Haji Zaid dalam mengejar jawatan dan keinginan untuk untung cepat dalam politik menjemput bala bencana kepada dirinya. Akhirnya, tidak hairan dirinya dalam PKR bakal dipancung dan tubuh badannya dikerat-kerat bagaikan Kassim Baba dalam Ali Baba Bujang Lapok.

Masuknya Tuan Haji Zaid ke gua 40 penyamun sudah dihidu. Malang sekali, barangkali password keluar gua, Tuan Haji sudah lupa. Karier politik Tuan Haji di dalam PKR mungkin tinggal saat-saat akhir sahaja seperti nyawa Kassim Baba.

Akhirul kalam, mungkin sebelum tamatnya riwayat politik Tuan Haji Zaid dalam PKR, eloklah Tuan Haji Zaid memohon public holiday kepada Ketua Penyamun sebagai mengenang “kehebatan” Tuan Haji Zaid sebagai pemimpin PKR!

2 Responses to “Zaid Ibrahim: Ghafar Baba atau Kassim Baba?”

  1. Nik Adli Yaakob Says:

    Salam..Pengkisahan tuan tentang Dato Hj zaid yg membandingkan diri beliau dgn Al Marhum Tun Ghaffar sangat berkesan dan menusuk jiwa saya. Siapa Dato Zaid kpd UMNO berbanding Tun Ghaffar kpd UMNO? Bukan setakat membandingkan debu di hidung Tun Ghaffar..malah debu tersebut lebih jasa dari segala jasa Dato Zaid kpd UMNO.. itu cerita UMNO.

    Mungkin jugak Zaid nak memohon belas ihsan Anwar supaya jgn jadikan dia kambing sembelihan sptmana DS Anwar “menyembelih” Al Marhum Tun Ghaffar.. Cadangan saya mungkin ada baiknya Dato Zaid balik Kelantan..masuk PAS dan minta dgn Tok Guru untuk jadi Mursyidul Am PAS memandangkan Nik Aziz cukup letih dan tak sihat sekarang..Wallahualam

  2. zaid ibrahim tidak layak duduk sebelah nik aziz.Zaid terlalu kotor dengan dosa2 lepas, sekarang dan akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: