Benarkah Ada Demonstrasi Di Zaman Nabi Mengikut Haji Hadi?

Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah berkata pada 16 Julai 2011:

“Dia (Sheikh Ahmed Tijani) tak baca sejarah. Dia kena baca sejarah bila Saidina Umar masuk Islam, penyokongnya berdemonstrasi di Mekah. Nabi dan sahabat pun ada keluar berdemonstrasi,” katanya.” Utusan

Sebenarnya, sumber yang diambil oleh Tuan Guru PAS tersebut tidak sahih. Hadith daif tersebut berbunyi:

Maksud: (Diriwayatkan) Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau bertanya kepada ‘Umar berkenaan gelaran al-Faruq. ‘Umar berkata: “Setelah tiga hari Hamzah memeluk Islam, kemudian Allah pun melapangkan hatiku untuk memeluk agama Islam, lalu aku mengatakan: “Allah, tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Dia, Dia memiliki al-Asma’ al-Husna (nama-nama yang baik), tidak ada di bumi seseorang yang lebih aku cintai melebihi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”.

Aku bertanya: “Di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?” Saudara perempuanku menjawab: “Dia berada di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di as-Shofa”. Lalu aku mendatangi rumah tersebut, pada waktu itu Hamzah bin Abdul Muthalib duduk bersama para sahabat Nabi lainnya di lingkungan rumah, manakala Nabi berada di dalam rumah, lalu aku ketuk pintu rumah. Ketika para sahabat Nabi mengetahui kedatanganku mereka pun datang bergerombolan, lalu Hamzah bertanya kepada para sahabat Nabi: “Apa yang terjadi dengan kalian?” mereka menjawab: “Ada Umar bin Khattab”.

Kemudian Umar meneruskan ceritanya: “Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang, dan memegang baju ‘Umar dan mendorongnya, maka Umar pun terjatuh di atas kedua lututnya, lalu Nabi bersabda: “Wahai Umar apa yang kamu inginkan?” Lalu aku menjawab: “Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah sahaja, tiada sekutu baginya, dan aku mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya”.

Mendengar perkara ini, para sahabat Nabi yang berkumpul bertakbir dengan takbir yang didengari orang-orang yang berada di Masjidil Haram. Aku pun berkata kepada Nabi: “Bukankah kita berada di atas kebenaran sama ada kita mati atau hidup?” beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Benar, wahai Umar, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya kamu di atas kebenaran sama ada kamu mati atau hidup”.

Aku menyahut: “Lalu kenapa kita bersembunyi, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran kita akan keluar (secara terang-terangan menampakkan ke-Islaman)”. Lalu kami pun keluar dalam dua barisan, Hamzah pada salah satu barisan dan aku pada barisan lainnya. Sehingga kami memasuki Masjidil Haram (Ka’bah). Maka orang-orang dari suku Quraisy melihat kepadaku dan kepada Hamzah, lalu mereka pun bersedih hati dengan situasi ini dengan kesedihan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Maka, pada hari tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menggelarkan dengan al-Faruq. Dengannya Allah membezakan di antara yang haq dan batil.”

Rujukan riwayat/kisah ini:
– Abu Nu’aim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya’, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:
حدثنا محمد بن أحمد بن الحسن، حدثنا محمد بن عثمان بن أبي شيبة، حدثنا عبد الحميد بن صالح، حدثنا محمد بن أبان، عن إسحاق بن عبد الله بن أبان بن صالح عن مجاهد، عن بن عباس

– Kisah ini turut dibawa oleh Ali Ibn Abdul Malik al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanzul ‘Umal.

Sebenarnya, salah seorang periwayat hadith ini adalah lemah dan ditolak:

وفيه أبان بن صالح ليس بالقوى وعنه إسحاق بن عبد الله الدمشقي متروك

Maksud: Di dalam rangkaian sanadnya terdapat Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan meriwayatkan daripadanya Ishaq B. ‘Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya). Rujuk: Kanzul ‘Umal, 12/551, no. 35742.

Semakan terhadap riwayat/kisah di atas tersebut:

– Ishaq B. ‘Abdullah B. Abi Farwah meriwayatkan daripada Aban B. Soleh. Dijelaskan oleh al-Mizzi, di dalam Tahzibul Kamal, 2/446, no. 367.

– Juga disebutkan tentangnya oleh Ibnu Hibban dalam al-Majruhin, 1/131.

– Berkenaan dengan Ishaq B. ‘Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan dari Aban B. Soleh) ini, para ulama hadis telah menjelaskan bahawa dia:

1 – Imam al-Bukhari berkata, dia ditinggalkan (hadisnya). Imam Ahmad B. Hanbal melarang mengambil hadis darinya dan dia tidak menulis (tidak mengambil) hadis darinya. Yahya B. Ma’in menjelaskan, hadisnya tidak boleh dipakai. Ali B. Al-Hasan al-Hasnajani berkata dari Yahya, bahawa dia pendusta (Kazzab). (Rujuk: Tahzibul Kamal, 2/450-451, no. 367)

2 – Matruk (ditinggalkan hadisnya). Rujuk: Imam an-Nasa’i, adh-Dhu’afa wa al-Matrukin, 1/154, no. 50.

3 – (كان يقلب الاسانيد ويرفع المراسيل، وكان أحمد بن حنبل ينهى عن حديثه) bahawa dia sering memutarbalikkan riwayat (sanad), dari mursal menjadi kepada marfu’. Dan Imam Ahmad, beliau melarang dari mengambil hadisnya. (Rujuk: Ibnu Hibban, al-Majruhin, 1/131)

4 – Kazzab (pendusta), disebutkan oleh Yahya B. Ma’in sebagaimana yang dibawakan oleh Ibnu Abi Hatim ar-Razi di dalam al-Jarh wa at-Ta’dil, 2/228, no. 792.

5 – Berkenaan riwayat atau kisah di atas, ia disentuh oleh Syaikh al-Muhaddis ‘Ali al-Hasyisy, dengan katanya bahawa riwayat ini adalah palsu.

Rujuk: Website Multaqa Ahl Hadits

Kesimpulan:

Kisah ini adalah tidak sahih, malah palsu (tidak dapat diterima pakai).

Oleh itu, kita berharap bahawa Haji Hadi dapatlah membawakan kisah sirah yang lebih tepat dan bukannya membawakan sejarah palsu.

Kita tidak mahu tiba-tiba penyokong PAS yang asyik berdemonstrasi baru tersedar bahawa tidak wujud demonstrasi dalam Islam, sebagaimana terkejutnya mereka bahawa tidak wujud negara Islam dan yang wujud hanyalah “negara kebajikan”.

PS: jangan pula lepas ini tiada negara kebajikan pula bila memerintah.

Sumber Rujukan: Demonstrasi Jalanan Bukan Ajaran Islam

One Response to “Benarkah Ada Demonstrasi Di Zaman Nabi Mengikut Haji Hadi?”

  1. Amaran, blog Maharaja Zhou ni penuh dengan penipuan. Sebelum ni, tuan punya blog, Azlan Zainal ada keluarkan fatwa salah, mengatakan PAS tak ikut hadis, buat benda bertentangan dengan syarak.

    Lepas tu, dia pura2 alim dalam blog ni. Dia ada cakap dia pernah masuk PAS, masa dalam PAS org respect dia. Dia kenal PAS lebih dari ramai org. Kononya dia kaji hadis dengan mendalam. Bila org kutuk dia, dia cakap semua tu sebab Allah dan Rasul kata betul.

    Hakikat sebenarnya bukan begitu. Dia bukan org alim. Yg dia pernah masuk ialah JIK. Mantan timb amir JIK PMIUM. Org yg paling disyaki meletak kepala babi dalam masjid API tahun 2009 lepas. Masa dok dalam JIK, dia memang dah anti dengan PAS. Masa dok dalam JIK juga, dia suka dok mengorat awek2 comel.

    Kalau nak tengok rupa penulis blog ni, boleh guna Google image search dan cari dengan keyword “Azlan Zainal kepala babi”. Jumpa la gambar dia pakai kopiah, berkulit hitam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: